DIY Backsplash, Kena Tahu Cara Pasang, Elak Dinding Rosak, Kos RM40

Share

Pemilihan backsplash dinding kabinet memberikan impak besar untuk rekaan dapur sesebuah kediaman. Kemasan pada dinding iaitu backsplash mampu menaikkan seri kediaman anda. Bagi mereka yang masih kekurangan bajet untuk memasang jubin backsplash, ada cara murah dan lebih jimat untuk anda lakukan.

Anda boleh diy sendiri backsplash dengan menggunakan 3D sticker. Sempatlah anda menabung untuk jubin backsplash yang lebih berkualiti. Fungsi utama backsplash ialah sebagai pelindung dinding daripada terkena kesan kotoran masakan selain menjadikan dinding anda lebih tahan lama.

DIY Backsplash 3D Sticker

Berikut perkongsian Wirdalina Tauhed

“Sementara tunggu backsplash idaman, kita pakai diy punya dulu. 3D sticker, kos RM40.00.”

Kena Tahu Cara Pasang, Elak Dinding Rosak

NOTA: Lapik dengan plastik sebagai alas. Elakkan daripada melekatkan sticker secara terus pada dinding. Ia bagi memudahkan kerja-kerja ‘mencabut’ semula sticker apabila ingin memasak backsplash yang kekal.

SEBELUM STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG

SELEPAS STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG

 

 

Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, dikongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut:

1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan

2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep

3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang

Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality.

Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!

Ini 4 material pilihan untuk backsplash:

Kaca

Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.

Batu Marmar (Marble)

Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.

Besi Tahan Karat (Stainless Steel)

 

Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.

Jubin Seramik atau Porselin

Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.

Kredit: Wirdalina Tauhed