Mengandung adalah momen yang sangat dinantikan oleh setiap wanita berkahwin. Namun, ada antara ibu hamil yang mengalami alahan teruk ketika mengandung.
Ditambah lagi bulan puasa pasti sedikit sebanyak memberi kesan. Justeru, ibu-ibu yang sedang hamil dinasihatkan supaya tidak meneruskan puasa.
Tetapi bagi bakal ibu yang kuat dan tetap mahu berpuasa tiada masalah asalkan tidak memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan. Justeru, admin kongsikan satu resipi dari Nurasykin Ali.
Resepi DIY air tenaga guna 3 bahan ini bukan sahaja sesuai untuk ibu hamil, malah boleh dicuba oleh mereka yang di dalam berpantang dan menyusu. Kandungan fiber yang tinggi akan membuatkan si ibu rasa bertenaga sepanjang hari.
Kekalkan tenaga ibu mengandung
3 bahan mudah DIY air tenaga
Ads
Cuma guna 3 bahan je awak. Susu, kurma dan barli.
Barli tu rebus dulu tau. Biasanya 1/2 cawan barli rebus dengan 6 cawan air. Rebus sampai kembang.
Ini sukatan untuk sekali minum.
1 cawan susu 1/2 cawan air rebusan barli 5 biji kurma (buang biji dan basuh) 2 sudu barli (yang dah direbus)
Ads
Seminit dah siap!
Caranya, masukkan semua bahan tadi dalam blender.
Blend sampai puas hati
Ads
Ha, tak sampai 1 minit pon. Siap dah!
Maaf la ya kalau tertelan-telan air liur tu. Takpe, tinggal berapa jam je lagi nak buka.
Sesuai untuk ibu hamil, pantang dan menyusu
Air ni sesuai sangat untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu tau. Rasa dia pon sedang elok manis lemaknya. Disebabkan tinggi fiber, ibu akan rasa sentiasa bertenaga sepanjang masa.
Kalau suka, boleh pergi dekat Resepi Ibu Berpantang. Dalam ni memang lubuk resepi-resepi sihat. Join lah!
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil anak kedua dan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Beli roti kononnya penyelamat la kalau anak mengadu lapar tak ada makanan, boleh makan just sapu mentega ke kaya je atasnya. Tup tup, tak ada sorang pun nak usik, terbiar je kat meja!
Dah satu hal mak-mak nak fikir pula apa nak buat dengan roti tu. Nak buat dessert, lagi lah anak tak makan! Dah alang-alang nak buat sesuatu guna roti, jom transform jadi pizza! Confirm anak-anak dari jeling je roti tu, terus dicapainya silap-silap diorang yang bagi habis! Ye dak? Jom try buat pizza resipi dari Suzana Othman ni, siap bagi step lagi nak buat!
Hai mommies gojez sekalian alam.
Selalunya bila nak buat pizza homemade yg paling bercinta sekali nak uli doh utk base pizza kan? Kalini kita shortcut aje guna roti sandwich cepat dan mudah. Jom tengok macamana cara nak buat pizza shortcut.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar pada Rabu lalu.
Waris sulung Tengku Puteri Iman Afzan dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah itu diputerakan pada 23 Julai lalu.
Instagram House of Pahang berkongsi berita dan turut memuat naik beberapa keping gambar untuk tatapan ramai sepanjang berlangsungnya istiadat penuh tradisi itu.
Pada hari Rabu 2 Oktober KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu YM Tengku Zayn Edin Shah Bin Tengku Abu Bakar.
YM Tengku Zayn Edin Shah ialah putera sulung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Abu Bakar Ahmad ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.
Turut berangkat ke istiadat yang penuh tradisi ini ialah Kerabat DiRaja Pahang.
YM Tengku Zayn Edin Shah telah diputerakan pada 23 Julai lalu.