Pelbagai cara dan resipi air detoks dikongsikan buat anda yang ingin berdiet dan paling penting dapat kuruskan badan.

Salah satu resipi yang cukup mudah adalah air rebusan pink yang disediakan oleh DiaNa Said


DIY AIR REBUSAN PINK BUAT PERUT KEMBALI KEMPIS

Pagi ni Hakak nak share satu resepi air detox buat yang suka sangat detox setiap pagi. Baru lah kempis perut ni kan sebab apa yang kita makan senang jer dibuang.

Boleh guna macam macam buah untuk kita detoks. Tapi hari ni Hakak nak buat air rebusan pink. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.

Ads

Mudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.

bahan-bahan
2 biji lemon
3 asam keping
3 biji asam masin
3 inci halia

DIY Air Rebusan Pink Buat Perut Kembali Kempis. Ada Rasa Masam & Panas, Barulah Bergetar Lemak Kan. Wanita Ini Kongsikan Caranya!

Ads

Cara membuatnya.
1) Rebus 1 liter air
2) Basuh semua bahan dan potong kecil
3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.
4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.
5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Senang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.

Ads

Better buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang.

Excited nak try kan, sebab confirm selamat nak kempiskan perut. Sekiranya suka boleh Share resepi ini Yana izinkan. Selamat mencuba semua.

#TipKurusSelamat

Sumber: fb DiaNa Said VIA Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI