Malang tidak berbau, demikianlah apa yang kita faham tentang kejadian apabila berlakunya kecelakaan atau musibah terhadap diri seseorang.
Pun begitu, kita juga sering dinasihatkan agar sediakan payung sebelum hujan. Ini sebagaimana cadangan yang ingin dikongsikan oleh saudara Azizul Azli bilamana seorang isteri berdepan dengan ujian suami ditimpa musibah agar dapat segera bangkit untuk meneruskan kehidupan.
BILA SUAMI KEMALANGAN?
Tidak banyak yang kita boleh cadangkan bila jadi begini. Tetapi ia bukanlah akhir kepada sebuah kehidupan.
Ramai saja wanita yang berdikari sendiri selepas sesuatu peristiwa duka berlaku.
Apa saya boleh cadangkan.
1. Usahakan cari satu pekerjaan tetap, yang ada potongan KWSP sebaiknya. Tetapi anaknya masih terlalu kecil.
2. Jika tidak dapat pekerjaan tetap, ibu ini perlu lakukan ushakan kerja tambahan lagi selain mengasuh dan menjahit sedia ada.
Ads
3. Manfaatkan duit KWSP suami jangan lebih dari RM2000 untuk jadikan modal berniaga kecil kecilan. Perniagaan online banyak yang tidak perlukan modal.
4. Fokus pada jana pendapatan untuk keluarga hidup dulu. Jangan pasang impian beli rumah dulu untuk 5-10 tahun kedepan selagi kehidupan anak dan ibu belum stabil.
BUAT SEMUA SUAMI,
1. Belilah takaful perlindungan diri dan kemalangan. Ia tidaklah mahal mana pun sebenarnya.
Ads
2. Janganlah terlalu lama menangguh untuk membeli rumah pertama, 1-5 tahun lepas kahwin sebaiknya ada rumah pertama. Biar kecil dan sempit, janji rumah sendiri.
3. Saya kecewa bila ada suami kata, “alah nanti aku meninggal pandai pandai lah mereka hidup”.
Apakah kita tak simpati pada anak dan isteri kita bila jadi begini.
4. Rumah jika kita beli, biarpun kecil ada perlindungan MRTT atau MLTT. Jika sesuatu berlaku, anak isteri ada sebuah kediaman buat mereka teruskan hidup ini.
5. Saya juga pernah dengar, “Alah, nanti pandai pandailah dia kahwin lagi”. Jangan ingat ada semua lelaki nak ambil dan jaga isteri dan anak kita nanti.
Ads
BUAT SEMUA ISTERI,
1. Buatlah simpanan sendiri, jangan hanya bergantung suami.
2. Belilah perlindungan kemalangan buat suami dan masukkan nama sendiri. Bila suami meninggal, anda ada perlindungan diri.
3.Ada yang saya pernah nampak Pos Malaysia jual hanya RM80 setahun untuk perlindungan sehingga RM80,000.
Saya walaupun bukan ajen takaful, saya galakkan semua isteri belilah lindungi suami sendiri.
4. Pujuk, pujuk, pujuk dan bantulah suami untuk beli rumah pertama dan bukannya minta gelang sampai kekaki atau asik nak minta bercuti luar negeri.
Kita tak tahu, bila ujian buat kita pula. Bersedialah sebelum datangnya ujian seperti ini.
Sejak berhadapan dengan pandemik Covid19 pelbagai usaha dilakukan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga dengan kisah pelakon era 80, Harun Hashim yang turut hilang punca pendapatan akibat tiada lagi penggambaran boleh dilakukan ketika PKP.
Dalam kesulitan hidup pelakon veteren ini baru sahaja sedar daripada serangan darah tinggi setelah tidurkan sebelum ini.
Lebih menyedihkan lagi, isterinya juga isterinya, Sakinah menjalani pembedahan akibat barah otak. Pasangan ini dimasukkan di tempat yang sama iaitu di salah sebuah hospital di Subang.
Situasi yang dialami oleh pasangan ini yang mempunyai enam cahaya mata diketahui setelah Exco Agama dan Muafakat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Salman al-Farisi menerusi Facebook berkenaan pelakon yang sinonim dengan watak hero drama TV sekitar 1970-an sehingga awal 1990-an itu yang sedang sakit serta isteri.
Dalam pada itu, menerusi Instagram pelakon Betty Banafe, memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai Harun dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.
Meluahkan rasa simpati kepada apa yang dilalui oleh rakan seperjuangannya, beliau mendedahkan bahawa Harun sebelum ini pernah menghantar mesej meminta bantuan bayaran sewa rumah.
“Harun ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp minta bantuan membayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu.
“Namun, saya terlambat membalasnya kerana kesibukan kerja. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital.”
Katanya lagi, kali terakhir berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.
“Saya terbabit dalam program infak artis bersama badan bukan kerajaan mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Harun antara penerima bantuan yang disalurkan. Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun sudah tidak sihat, malah matanya semakin kabur.
“Beliau menghadapi Glaukoma iaitu penyakit urat saraf mata yang boleh menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.
“Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan buta. Saya lihat matanya sudah bertukar warna. Perkara ini diakui Harun, cuma tidak berkemampuan mahu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Dilaporkan Harun membantu isterinya mengusahakan perniagaan makanan di sebuah restoran di Batu Caves Centerpoint sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Dia juga turut membuka cawangan kedua perniagaan mereka di Sentul, selain berniaga secara dalam talian.
Dalam pada itu, sejak tular kisah pelakon veteren dan isterinya, para peminatnya mendoakan kesihatan agar kembali sembuh.
Malang tak berbau. aktiviti riadah bersama keluarga sepatutnya berlangsung penuh keriangan akhirnya bertukar duka bila mana anak menjadi mangsa ragut.
Kejadian hitam itu berlaku ketika keluarga ini berkunjung ke Jom Heboh di Batu Kawan baru-baru ini. Dalam sekelip mata ia berlaku, namun kesannya cukup mendalam. Si anak yang menjadi mangsa ragut oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Kisah ini dimuat naik sendiri oleh Siti Haryani Azmi menerusi laman facebook.
Kejadian hitam di Jom Heboh Batu Kawan yang takkan kami lupakan sampai bila-bila.
29 September. Hari Ahad. Hari kami sekeluarga nak beriadah, berseronok, happy-happy tapi sebaliknya berlaku.
Rantai leher Anelia kena ragut kat jom heboh. Baru saja kami sampai sana. Masa tu tengah jalan dekat bahagian orang jual barang 1 beg rm10. Ada jacker, zess apa semua tu.
Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab “orang tu amek rantai kakngah”. Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku 😭
Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa yang amek . Gelabah cikni dah macam apa kat sana. Nak menjerit, nak melolong pun tak guna. Peragut mungkin ada sebelah cikni saja tapi kita tak tahu siapa dia.
Suami cikni pegang tangan Anelia time tu. Orang memang ramai bersesak. Dengan bising speaker main lagu, dengan bising penjual dok bercakap pakai mic. Pandai sungguh peragut cari tempat dan masa.
Akibat kejadian tersebut, si anak menjadi trauma selain turut mengalami luka kecil kesan merah akibat kuku
Rantai tak kisah. Ada rezeki boleh beli lain. Tapi anak yang penting. Mujur tak luka apa. Cuma kesan merah-merah dengan kesan kuku saja kat belakang. Kalau cikni jumpa pelaku, cikni cakar-cakar dia balik.
Jom heboh memang tak pernah bawak depa mai. Sampai depa dah besar sikit ni baru jejak kaki.
Ibu mintak maaf kat Anelia. Kesian dia trauma sampai balik ke rumah still dok gitao “orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.”
Semua details dia cerita. Wallahualam sama ada betul atau tak gambaran dia bagi tu. Tapi setiap kali tanya, cerita dia sama.
Moga jadi pengajaran buat cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukaklah bila ke tempat sesak dan ramai orang. Spesies jahat lani ada di mana-mana. Tergamak buat dekat insan sekecil tu.
Dan untuk pelaku tersebut, kami sekeluarga memang tak dapat buat apa. Tapi ingatlah Allah ada. Dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya.
Tolong doakan Anelia dapat lupakan kisah hitam ni ya 😔
Hati-hati buat semua tak kira ke mana kita pergi. Orang jahat sedang memerhati dan menunggu masa terbaik saja untuk lancarkan kerja.
Kredit fb Siti Haryani Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setelah sekian lama menanggung penyakit skoliosis atau masalah tulang belakang melengkung, akhirnya penyanyi lagenda Zamani sudah bersedia menjalani pembedahan pada 7 November ini.
Dipetik dari laporan BH Online, penyanyi berusia 51 tahun itu sudah melakukan persediaan terutama dari segi mental kerana membabitkan pembedahan besar.
Zamani berkata, dia yang menanggung sakit sejak 2015 itu akan mengikut saran doktor bagi mengekalkan tahap kesihatan setelah selesai pembedahan sekitar tempoh dua jam setengah itu.
“Perasaan takut tetap ada, tetapi bukanlah disebabkan bimbang perkara buruk berlaku. Segala-galanya saya serahkan kepada ketentuan Allah.
“Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang dilalui. Saya dimaklumkan pembedahan akan mengambil masa selama dua setengah jam.
“Saya akan ditidurkan ketika pembedahan. Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.
“Sebelum ini, saya hanya pernah melakukan pembedahan kecil membuang batu karang,” katanya memohon doa orang ramai agar urusan pembedahannya berjalan lancar.
Zaman berkata demikian kepada media selepas majlis bacaan yasin dan doa selamat yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.
Malah penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu memaklumkan, dia memerlukan tempoh rehat selama dua hingga enam minggu untuk kembali pulih dan bekerja seperti biasa.
“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.
“Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan. Itupun bergantung pada kekuatan antibodi,” ujarnya.
Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud) , Instagram Zamani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...