Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, kelmarin.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Axia selepas mangsa diambil dari sebuah TASKA berdekatan tempat kejadian sekitar jam 2 petang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang pegawai perubatan hospital terbabit pada jam 8.01 malam.
“Ketika ditinggalkan, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu mangsa berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital itu dipercayai hanya menyedari insiden terbabit selepas dihubungi suaminya pada jam 6 petang.
Ads
“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan, Hospital Shah Alam, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, bedah siasat sudah dijalankan pada jam 2 petang semalam dengan keputusan ‘pending laboratory investigations’.
Ads
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati tidak ada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman pada kanak-kanak itu.
Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Jangan tak percaya, bukan kita orang Melayu sahaja yang mengamalkan petua untuk penjagaan kesihatan dengan menggunakan rempah ratus. Bahkan orang Arab juga percaya khasiat rempah yang sering digunakan dalam masakan dapat membantu melegakan masalah perut kembung.
Diakui kembung perut ini walau ia bukanlah penyakit yang serius, tapi jika dibiarkan boleh membuatkan rasa tidak selesa malah perut juga akan terasa mengeras seperti batu.
Tahukah anda, untuk meredakan kesakitan itu rupanya orang Arab akan mengamalkan minum air rebusan jintan putih.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Emma Wan Noordin. Jadi bolehlah anda mencuba petua ini untuk meredakan ketidakselesaan pada perut.
Pernah tak kena bloated stomach sampai makan gaviscon dan ubat gastric pun tak jalan.
Asyik nak muntah dan perut keras macam batu?
Ni my husband bagitau petua yang orang Arab selalu guna kalau ada masalah perut kembung.
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu besar serbuk cumin @ jintan putih
Lemon
Cara Penyediaan:
1.Masak air dan serbuk jintan putih selama 5 minit.
2. Kemudian tapis airnya
3. Kemudian perah lemon sebelum minum
After that sure perut akan lembut dan tak rasa keras dah…Cubalah! Cumin memang elok untuk perut.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Baru beberapa hari melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon Zahirah Macwilson dipuji ramai kerana tetap cantik jelita biarpun baru sahaja bertarung nyawa melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video yang dimuat naik Zahirah di Instagramnya, ibu anak dua ini dilihat semakin sihat, segar dan bertenaga sekali.
Bahkan Zahirah juga kekal cantik apatah lagi fizikalnya kekal kurus walaupun baru saja lepas bersalin.
“Nothing much, just gave birth you..?,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Video pendek Zahirah itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah memuji sifat positif yang ditunjukkan ibu muda ini biarpun baru sahaja melahirkan cahaya mata beberapa hari lalu.
Malah, ada yang kagum melihat fizikal Zahirah yang kurus dan berharap mereka juga boleh kelihatan cantik seperti aktres itu selepas bersalin.
Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 31 Mei lalu yang diberi nama Inara Raisa.
Kebiasaannya minuman sarapan pagi kita adalah teh tarik atau kopi panas. Tak sah jika tak ada minuman manis. Anak-anak pun ikut sekali ‘joint’ mak bapa minum minuman manis itu. Namun, jika anda pergi ke hotel bertaraf lima bintang, anda akan lihat, majoriti hotel akan menyediakan minuman jus untuk sarapan pagi. Kebanyakkan warga asing dari eropah akan minum jus buah-buahan termasuk jus oren.
Melalui perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Tengku Irwan di blognya menjelaskan sebab kenapa ‘mat salleh’ suka minum jus waktu pagi. Menarik perkongsian ni.
Khasiat jus oren saya sendiri baru tahu. Almaklumlah, saya ni bukannya ‘mat salleh’ yang tiap pagi bersarapan dengan jus oren dan roti bakar. Saya ni anak jati tulen Malaysia yang tiap pagi lebih syok kalau dapat pekena roti canai, nasi lemak dan teh tarik!
Oh nikmat! Tapi demi untuk kesihatan memang tak boleh nak melantak semua tu tiap hari. Untuk tubuh yang lebih sihat wajib pantau pemakanan selalu dan sebab itulah saya agak teruja selepas berjaya tahu yang jus oren ini banyak khasiat rupanya. Patutlah mat dan minah salleh suka minum jus oren waktu pagi!!
Jus oren tak asing untuk kita disebabkan rasanya yang sedap. Cuma tak dinafikan masih ramai tak tahu khasiat-khasiat yang ada di dalam segelas jus oren tu. Tapi memang musykil juga pada mulanya bila lihat ramai warga barat akan teguk jus oren waktu pagi.
Ala dalam TV pun selalu tunjuk sebab itu dah memang habit mereka. Teguk jus oren sebagai sarapan tu dah memang sebati dengan budaya dan amalan hidup mereka kat sana. Breakfast ala western jika tanpa jus oren fresh memang tak lengkap.
Di sini saya kongsikan sekali 6 khasiat buah oren yang telah dijadikan jus (perah buah oren segar ambil air) untuk tubuh badan manusia. Antara khasiat tersebut adalah :
1 – Meningkatkan Sistem Imun & Kaya Dengan Vitamin C
Jus oren sangat baik untuk kesihatan kerana kaya dengan vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk tubuh badan kita, terutama untuk sistem imun. Vitamin C ini juga dapat membantu sel-sel imun dalam badan untuk berfungsi dengan lebih baik.
Vitamin C juga boleh mencantikkan kulit dan boleh mencegah demam selesema. Malah vitamin C ini juga boleh mengurangkan risiko serangan penyakit kanser. Oh patutlah dikalangan mereka yang mudah jatuh sakit suka amalkan minum jus oren setiap hari, untuk meningkatkan sistem imun ketahanan badan rupanya!
2 – Jus Oren Juga Kaya Dengan Antioksida (Anti Radang) Selain vitamin C yang banyak, jus dari buah oren segar ini juga sangat kaya dengan antioksidan yang sering disebut sebagai anti radang. Antioksida berfungsi sebagai penghalang radikal-radikal bebas seperti asap rokok, asap kenderaan, pencemaran udara dan bahan-bahan kimia lain. Ia bahaya untuk kesihatan kita maka eloklah jika dapat dielakkan dengan pelbagai cara. Sekaligus dapat mengurangkan risiko terkena serangan penyakit seperti strok, jantung, dan lain-lain. Jika sudah jus oren boleh bantu untuk tujuan ini juga, apa salahnya kan? Sedap pun sedap.
3 – Mengawal Tekanan Darah
Khasiat Jus Oren segar yang seterusnya adalah untuk mengawal dan menurunkan tekanan darah. Ini disebabkan oleh bahan utama dalam jus oren itu adalah hesperidin. Dan hesperidin ini akan berfungsi untuk mengawal tekanan darah.
Kajian juga turut mengatakan yang dengan pengambilan 500ml jus oren segar setiap pagi secara teratur dapat menurunkan tekanan darah dengan cepat. Amalan minum jus oren setiap pagi ini juga dikatakan sangat bagus untuk golongan pesakit darah tinggi.
4 – Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Darah Selain dari itu, khasiat Vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus oren boleh membantu untuk menurunkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL di dalam badan.
HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana berfungsi untuk membawa lebihan kolesterol keluar dari badan melalui air kencing. Jadi bila kolesterol terkawal kita pun sudah tentu akan berasa lebih sihat. Badan juga akan semakin cergas dan bersemangat berbanding dulu.
5 – Mencantikkan Kulit Wajah
Ini tentu orang perempuan suka dengar. YA! Khasiat jus oren segar yang paling popular adalah untuk mencantikkan kulit wajah. Jangan terkejut jika saya katakan yang kandungan Vitamin di dalam segelas jus oren itu boleh memberikan anda kulit yang cantik, sihat, gebu dan menawan.
Ia juga dikatakan dapat merangsang kolegen dan turut boleh melindungi kulit dari kesan buruk sinaran UV matahari. Tak hairanlah kenapa ada begitu banyak lambakan produk vitamin C di pasaran. Awas! Produk sebegitu belum tentu diperbuat daripada vitamin C asli sepenuhnya. Pastikan di baca dulu label dan kalau takut tersalah beli produk, rajinkan diri minun jus oren segar tiap pagi untuk dapatkan jumlah vitamin C yang diperlukan.
6 – Jus Oren Tinggi Dengan Vitamin Asid Folic
Khasiat jus oren yang terakhir adalah berkaitan dengan asid folik. Apa itu asid folik? Untuk pengetahuan, asid folik ini sebenarnya bagus untuk ibu yang mengandung. Setiap ibu yang ingin hamil sangat digalakkan untuk makan asid folik seawal 3 bulan kandungan kerana asid folik dapat berfungsi sebagai vitamin untuk bayi. Dan boleh mencegah kecacatan otak bayi.
Memang banyak vitamin asid folik di pasaran, tetapi lebih bagus jika para ibu hamil ini hanya amalkan asid folic yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKM) dan jika nak amalkan minum jus oren setiap hari untuk dapat khasiat asid folik secara semulajadi juga boleh. Namun jangan sampai tahap dapat sakit perut pula sudahhlah. Almaklumlah ibu hamil ni tak sama dengan golongan orang biasa.