Keperitan hidup dibuang ibu sendiri sendirian ketika usia masih kecil hanya Tuhan yang tahu. Lebih memilukan dia sudah terjebak dengan dunia hitam bila mana terpaksa bekerja di lorong tatkala usia 12 tahun.
Disebabkan itu dia terjebak dengan dunia kotor apabila bergelumang dalam komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Namun, nun jauh di hati tetap terselit rasa dosa dan ingin berubah. Justeru, dia baru-baru ini mengikuti program bersama penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang mengambil pendekatan bersama mereka dalam kemMakNyah.
Individu yang dikenali dengan nama Mas menerusi video di Instagram Ustaz Ebit Lew, dia memberitahu telah mula memelihara solat dan timbul rasa rindu hendak bertemu ibu ayahnya walaupun tidak pernah berjumpa.
“Saya memang rindukan mak ayah walaupun tidak berjumpa. Sebelum ini memang tidak rasa rindu, tetapi bila saya mula solat, saya selalu rindu.
“Saya rasa mereka ada dekat dengan saya, saya ada simpan lagi surat beranak tetapi saya belum ada kekuatan untuk mencari mereka,” katanya.
Mengulas mengenai pengakuan Mas tersebut, akui Ustaz Ebit Lew perasaan sebak tidak dapat ditahan apabila mendengar sesi hati ke hati bersama golongan tersebut selama tiga hari dua malam di sebuah resort.
Menurut Ustaz Ebit Lew lagi, Mas yang berusia 26 tahun telah kembali kepada jalan ALLAH SWT dengan mengambil masa tiga hari sahaja malah kini telah mendirikan solat lima waktu tanpa gagal.
“Sebak dan akhirnya semua menangis… sesi hati ke hati bersama maknyah transgender 3hari 2malam. Ini malam pertama. Mas 26 tahun, kali pertama saya jumpa beberapa bulan lalu dan beri masa 3hari di jalan Allah.
“Kini solat 5 waktu.tak tinggal solat.. Ditinggalkan ibu dengan surat beranak, 5 helai lampin,susu…..mula kerja lorong dari umur 12 tahun. Bila mula jaga solat rasa rindu nak jumpa mak ayah walau tak pernah jumpa.
“Semua tak tahan menangis rasa rindu pada Allah dan ingin menjadi anak yang baik..Allahuakbar..ramai yang hadir..solat fardhu dan qiamulail semua datang awal..Allahu,”ujar Ustaz Ebit Lew lagi.
https://www.instagram.com/p/BpTJyggHdbt/?utm_source=ig_web_copy_link