“Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

Share

Perkahwinan pasangan Datin Seri Heliza Helmi dan Suami, dato Seri Mahadi Badrul Zaman ini mendapat perhatian usai mereka selamat diijabkabulkan. Tanpa majlis yang besar-besaran, jauh sekali menghebahkan perhubungan mereka sebelum bernikah, nyata membuatkan ramai yang kagum dan memuji cara pembawaan diri masing-masing sehingga sah bergelar suami isteri.

Bahkan, status suami yang jutawan juga tidak sedikitpun membuatkan mereka bermewah-mewah dalam merancang baik di majlis pernikahan mahupun persandingan. Lebih mendatangkan rasa kagum orang ramai bila mana pasangan mempelai diraikan oleh ramai Ilmuan terdiri daripada guru-guru dan ahli ulama pada majlis tersebut.

Pasangan mempelai berkesempatan memberi ucapan sekali gus berterima kasih atas kehadiran tetamu yang meraikan mereka pada malam tersebut.

“Saya menerima takdir ilahi untuk mengakhiri zaman bujang pada usia 38 tahun. Saya percaya jodoh bersama Heliza merupakan perancangan serta nikmat terbesar daripada Allah SWT untuk saya. Dia banyak membantu, apa yang anda baca kisah tentang Heliza, memang betul. itulah niat dia untuk dekatkan dengan Allah SWT.

“Untuk semua, kami ucapkan terutama guru-guru ulama dan selalu kongsi dan respon atas apa ilmu yang diberikan dan boleh disampaikan pada orang lain. kami juga ingin memohon doa daripada anda semua

Turut berkongsi rasa syukur dan terharu, Heliza mengharapkan doa semua agar rumahtangga yang dibina bersama suami kekal hingga ke Jannah.

“Terima kasih atas kehadiran, terutama keluarga dan sahabat handai, serta guru-guru. apa yang kita nak dalam sesuatu majlis, adalah doa. dan doa juga senjata orang mukmin.

“Bila orang tanya, Heliza apa yang nak hadiah. saya cakap tak nak benda lain kecuali DOA. kerana Doa itu nak Allah sampaikan dan kabulkan agar kita semua kembali ke Jannatul Firdaus.

“Terima kasih kepada ahli keluarga serta semua. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian.

“Doakan kami, kami baru baru bermula, perjalanan masih panjang. Yang kami mahukan adalah reda Allah. Kita nak kehiduapn yang barokah dan cinta pada Nabi. Sebab itu dalam majlis ini ada maulid, bacaan al-quran dan tazkirah dan perkara ini mudah-mudahan menjadi asbab untuk menuju ke syurga.

Dalam pada itu, mahadi turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibu tersayang serta mentuanya atas penerimaan dirinya sebagai menantu.

Terima kasih ibu saya kerana lahirkan dan besarkan saya sampai sekarang. Balik rumah selalu tanya bila nak kahwin. Sekarang saya dah kahwin. Terima kasih abah dan mama mentua terima saya. InsyaAllah amanah yang besar ini saya akan galas,” tulus ucapan Dato Sri Mahadi.

Sumber: Heliza Helmi


ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!

ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!

“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club