“Ditakdirkan Kubur Bersebelahan, Ayah Pergi Sebulan Selapas Mak.” -Anak Ni Kongsi Cerita Buat Ramai Sebak!
“Bila bercakap berkenaan ready ke tidak. Aku rasa aku dah ready je sebab mak ayah aku dah lama sakit. Sejak aku darjah 2 mak aku dah ada cancer. Ayah aku pulak kena strok tahun 2011.
“Sekarang aku dah 28 tahun. So lama dah aku tengok diorang bertahan dan berjuang untuk terus hidup. Walaupun kami diuji dengan pemergian ibubapa dalam 1 bulan, aku yakin apalah sangat ujian aku ni jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin ibubapa mereka pergi secara tiba-tiba,” begitulah respon yang diberikan oleh pemuda bernama Muhammad Firdaus Bin Zulkifli di Twitter bila ada yang bertanyakan persoalan tentang pernah tak korang get ready kehilangan orang yang tersayang?
Tidak dengan itu, turut dikongsikan sekeping gambar yang sangat menyentuh hati warganet. Bila mana kuburan ibu dan ayahnya direzeki bersebelahan di antara satu sama lain.
Berkongsi lanjut bersama Majalah Keluarga bagaimana Muhammad Firdaus Bin Zulkifli bersama empat orang adik beradik yang lain tabah menerima kehilangan insan tersayang dalam jarak tempoh yang dekat, di mana ibunya meninggal dunia selang waktu sebulan sebelum ayahnya pula menyusul. Maka ini jawabnya.
“Pertamanya saya yakin semua yang hidup pasti merasakan mati. Cuma cepat atau lambat. Rezeki saya, sebelum pemergian mereka Allah hadirkan sakit yang kritikal untuk mereka ketika umur saya 8 tahun.
“Jadi dengan sakit tersebut, sejak umur 8 tahun saya sudah ajar diri saya untuk bersedia jika bila-bila masa Allah nak ambil mereka berdua. Sekarang umur saya dah 28 tahun. Allah dah panjangkan umur mereka 20 tahun untuk kami hidup bersama.
“Dan keadaan di akhir hayat mereka, mereka sangat uzur. Maka saya rasa jika ditakdirkan mereka pergi, memang itu lah yang terbaik daripada mereka terus hidup dan menahan sakit yang tiada penghujung,” jelasnya ringkas.
“Atas rasa sayang, wajar lah pemergian mereka sedikit melahirkan rasa gembira kerana tiada lagi sakit untuk mereka. Rasa sedih mesti ada sebab sudah tiada lagi mereka yang kami gelar ibu bapa. Tapi dunia ni hanyalah tempat persinggahan sebelum menuju ke akhirat, kehidupan yang abadi. Esok lusa mungkin bahagian kita pula. Maka sebelum ujian-ujian yang berat semua ni terjadi, banyakkan positif self talk and expacting the worse.
“Jadi bila ia benar-benar terjadi, sekurang kurangnya redha kita dah sampai dulu sebelum emosi yang menguasai diri. Dengan pemergian mereka, peluang berbakti kepada mereka tetap ada iaitu dengan banyak-banyakkan beramal soleh, insha Allah. Ini sahaja jalan yang tinggal buat kami adik beradik dalam nak membuktikan rasa cinta kami kepada kedua ibubapa iaitu dengan banyakkan berdoa buat mereka,” kongsinya lagi dengan tenang.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- Bila Adik Lunaskan Hutang Dengan Kumpul Duit Syiling, RM1 & RM5. Tarik Perhatian Warganet, Jadikan Inspirasi!
- Berkongsi Rezeki Perniagaan, Amir Bayar Zakat. Raih Pujian & Buat Ramai Terinspirasi!
- Keluarga Selebriti Ni Sanggup Buat Yang Terbaik Demi Anak Autisme. Ramai Terinspirasi!
Jangan Buang Masa Meratapi
“Jadi di sini bukannya nak banding ujian siapa lebih berat. Cuma nak ingatkan, kita bertemu dekat dunia yang sementara ini adalah untuk berpisah. Dan yakin lah satu hari nnti kita akan dipertemukan semula dengan orang-orang yang kita sayang.
“Kita yang masih hidup ni mestilah teruskan perjuangan kita. Sikit je lagi. Kalau Allah takdir kan kita mati lagi setahun, kita cuma tinggal 1 tahun je lagi untuk kita perbanyakkan bekal untuk hidup sejahtera di akhirat kelak. Dan macam mana kalau Allah takdirkan tinggal 1 bulan?
“Semoga roh ibu bapa kita ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Dalam membuktikan cinta kita kepada kedua ibubapa kita, amalan sahaja lah yang kita boleh perbanyakkan agar kita sama-sama dihimpunkan di tempat terbaik di akhirat sana.
“Akhir kata, untuk perkara-perkara yang kita memang tak boleh ubah walau hebat macam mana sekali pun kita, hadapi lah perkara tersebut dengan sabar dan berhikmah. Lebihkan fokus kepada perkara-perkara yang kita boleh ubah dan bimbing lah diri kepada versi kita yang terbaik.
“Jangan buang masa meratapi hal-hal yang luar dari kemampuan kita. Kebahagiaan itu perlu dibina dan dicari. Ingat, kita tidak akan mendapatkan hasil yang berbeza jika tindakkan yang kita ambil masih sama,” kongsinya lagi.
Bahkan anak muda ini turut berpesan, “Buat kalian yang masih ada ibu bapa, percaya lah peluang untuk berbakti kepada mereka memang betul-betul singkat. Hanya dengan kiraan saat, Allah boleh ubah daripada ada kepada tiada.”
Raya Terasa Pilu
Bercerita tentang sambutan Raya kali ini, lima beradik ini laluinya dengan suasana yang pilu tanpa adanya dua insan tersayang disisi.
“Meskipun Raya disambut sedikit sendu. Tetapi kasih sayang sedara mara dan orang sekeliling meredakan rasa kerinduan kami kepada ibu bapa kami. Perhatian dan sokongan mereka sangat-sangat mendorang kami untuk teruskan melakah dan bersedia dengan perjalanan hidup kami di masa akan datang.
“Walaupun bersedihan, kami bergotong royong pada malam raya untuk masak rendang ayam dan rendang kerang, resepi seperti yang ibu kami selalu masak dulu bagi mengubati rindu kami kepada mereka.
“Kami juga menziarahi sedara mara dan kawan-kawan ibu ayah kami bagi mengekalkan hubungan silaturahim yang sudah dibina sepanjang mereka hidup,” ceritanya panjang lebar.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club