Sekitar bulan Jun 2022, tular kes kematian Nour Rania Asyifaa atau lebih dikenali sebagai Baby Syifaa yang berusia 15 bulan ketika itu di bawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Pada ketika itu kecederaan bayi malang tersebut dikatakan terjerut buai tetapi tidak masuk akal kerana ada kesan luka di kakinya. Menurut siasatan awal polis, pengasuh mengatakan mangsa arwah Baby Syifaa dalam keadan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar dari buaian manakala badannya masih di dalam buaian.
Melalui hasil bedah siasat merumuskan kematian bayi tersebut disebabkan tekanan pada leher. Hal ini telah membuatkan bapa arwah Baby Syifaa, Yuseri Yusoff menuntu keadilan di atas kematian anaknya itu.
Sangat memeranjatkan apabila pada Selasa yang lalu, Yuseri ditahan polis berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman. Ketika ditangkap, polis telah mengesahkan bahawa dia juga positif dadah.
Bapa Arwah Baby Syifaa Positif Dadah
Dipetik dari artikel di Sinar Harian, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Hal ini telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail.
Beliau berkata, ujian air kencing dibuat setelah suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah unit kediaman di Wangsa Maju, di sini berhubung kes penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman.
Ads
Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibupejabat Polis (IPD) Wangsa Maju telah membuat serbuan di sebuah unit kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Selasa.
Yusseri Dituduh Menyalahguna Harta Sebanyak RM67,000
Hari ini, Yusseri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan menyalahguna wang milik seorang wanita sebanyak RM67,000 pada tahun lalu.
Yuseri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.
Ads
Sinar Harian melaporkan bahawa mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak perempuan itu didakwa menyalahguna harta sebanyak RM67,000 milik seorang wanita di sebuah premis di Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju pada 20 Julai hingga 12 Oktober 2023 lalu.
Dia yang memakai baju T berwarna kelabu, didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan.
Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda yang juga merupakan anak kepada rockers Malaysia, Amy Search telah meluahkan pendapatnya apabila ramai kaum wanita yang obses untuk memiliki warna kulit yang cerah dan putih.
Nabila yang sememangnya memiliki raut wajah yang jelita asli serta kulit yang cantik melalui ciapannya di Twitter, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata bahawa warna kulit asli wanita Melayu adalah cantik.
“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih.
“Korang sedar tak, kulit asli warna kita ni sebenarnya menggambarkan wanita Melayu cantik,” katanya.
Menurut Abil lagi, dia sangat berbangga dengan warna kulitnya yang seakan-akan warna gula perang itu.
“Brown sugar is sexy you know. I love my skin so much and I am so proud of it,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Abil dan menyatakan isu warna kulit cerah ini sebagai ‘beauty standard’ orang Asia yang bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman diejek oleh rakan-rakan kerana memiliki warna kulit yang gelap.
Gurauan pelawak Singapura yang tular semalam kerana membangkitkan isu warganegara dan juga menjadikan tragedi MH370 sebagai satu bahan jenaka telah mengundang kemarahan ramai terutama rakyat Malaysia.
Susulan daripada itu telah mengundang isteri kepada salah seorang KRU MH370, Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othman tampil menyelar keceluparan Jocelyn Chia.
Intan menyifatkan pelawak tersebut sebagai seorang yang tidak berhati perut kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa nahas MH370.
‘Anak lelaki saya, Muhammad masih lagi menangis sehingga ke hari ini atas kehilangan ayahnya dan kamu menjadikan MH370 ini sebagai bahan jenaka.’
‘Tahukah kamu berapa ramai ibu yang masih menangis sehingga kini? Kamu tidak tahu kerana kamu tidak mempunyai empati dan perasaan.’
‘Tambah Intan lagi, Jocelyn tidak seharusnya menggunakan lawak hambar sedemikian semata-mata untuk meraih populariti.’
‘Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada kamu yang duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji.’
Di akhir video tersebut, Intan berharap agar Jocelyn menjadi seorang wanita yang berguna dan tidak melakukan perkara bodoh yang memalukan diri.
Terbaharu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
Apabila tiba musim durian, selain kendurian ada perkara yang selalu dibangkitkan. Apa lagi kalau bukan kerana bau durian yang kuat dan menusuk.
Bagi peminat durian, mungkin ia bukanlah masalah namun bagi yang kurang menggemarinya dan alah pada bau, perkara ini merupakan isu besar.
Ada juga pasangan yang bergaduh mengenainya walaupun ianya dilihat sebagai satu perkara yang kecil.
Jangan risau, kini sudah ada solusinya.
Anda boleh gunakan lima petua atau tip yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut:
1. Serbuk kopi
Bungkus serbuk kopi dalam kain atau gunakan kopi uncang dan letakkan di dalam kereta.
Aroma dikeluarkan kopi akan menyerap segala bau durian atau segala jenis bau busuk lain dalam kereta.
Biji kopi juga biasanya digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau pada hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda untuk dicuba.
2. Cuka
Letakkan semangkuk cuka dalam but kereta sebelum ditinggalkan kereta bertutup.
Bau cuka yang sifatnya berasid boleh menghilangkan bau durian.
Cuka juga berfungsi untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan kereta kerana baunya.
Tip ini boleh mengelakkan kita daripada terkena najis kucing di sekitar kereta sebelum menaiki kenderaan.
3. Roti putih
Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari.
Roti berfungsi menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras.
4. Arang
Kalau di rumah tiada roti, boleh gunakan arang untuk ditinggalkan dalam kereta.
Arang berfungsi untuk menyerap bau dalam kereta selepas ditinggalkan beberapa hari.
Bahan bakar tersebut masih boleh digunakan untuk membakar atau majlis barbeku (BBQ) setelah dikeluarkan dari kereta.
5. Daun-daun tumbuhan
Balut durian dengan daun ubi kayu, betik atau pandan atau apa-apa daun yang boleh menutup buah.
Melalui kaedah ini, bau tersebut akan dapat diserap oleh daun itu terlebih dahulu.
Satu lagi cara adalah dengan membungkus dahulu buah durian sebelum dimasukkan ke dalam kereta dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik yang diikat dengan kemas