“Disleksia Ni Bukan Kecacatan Ya.” Selepas Qadejah, DS Shahida Dedah Kini Baem Pula Alami Masalah Sama!

Share

Memiliki anak istimewa adalah satu anugerah buat ibu bapa. Mungkin ramai yang yang sudah sedia maklum, pengasas produk D’Herbs Dato’ Seri Aliff Syukri merupakan penghidap disleksia.

Disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan sejenis gangguan yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.
Jika sebelum ini, Qadejah mewarisi masalah tersebut, terbaru, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem turut disahkan mengalami masalah yang sama.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi perkongsian di laman instagramnya usai membawa Baem bertemu pakar bagi mengesahkan perkara tersebut.

“Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya,” kongsinya menerusi Instagram.

Meskipun begitu, Shahida tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.

“Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa.
“Mereka perlu ada cara khas untuk belajar, jadi, ibu bapa jangan susah hati okay,” tulisnya lagi.

Rata-rata memberikan kata semangat supaya Datin Sri Shahida kuat demi anak-anak.

Anak-anak hebat

zarinazainuddin_ takpe baem good boy cess pun good girl
eyra_amieraJgn isau datin, disleksia nie ada keistimewaan dia juga. Ada ja disleksia yg berjaya cthnya lee kuan yew ahli politik, whoopi goldberg pelakon, leonardo da vinci artis, albert einstein saintis….. Mereka2 nie mempunya pemikiran yg kratif, imaginasi yg kratif, mampu berfikir dalam pelbagak sudut dan berkemahiran dlm sukan. ❤️Dont worry. 😇Never stop to pray. InshaAllah xdak apa2. Kita semua sama datin
Berjaya seperti ayahnya
massie7513 Anak anak hebat nie datin. Mendiang Mr Lee Kuan Yew pun ada dyslexia. Salam dari singapura. Saya juga mengajar murid murid dyslexia. Mereka orang yang hebat lagi creative
azreennnnnnnn_ Disleksia ni boleh sembuh kann..bukan selamanya masalah pembelajaran..its okay..baem ni pun nampak bijak..petah bercakap👍
intankitchen_ Xpe..baim blh berjaya jugaaa..cnth terdekat..ayahnyaaaa👏👏
Malah ada yang berkongsi pengalaman memiliki anak yang mengalami masalah disleksia.
Petah bercakap
my_lovely_1991 Contoh macam mana ya disleksia.. Anak saya 6 tahun, x. Petah bercakap Dan lambat belajar
daud_rozita Anak sy pun dyslexia jugak…tapi lepas masuk Al-Ghazali Special kids Ctr dia dh ok…skrg tahun 1 di skolah biasa dan still continue kt kt AlGhazali pada hari Sabtu😊
sharinahawangmat Ok tu blum trlmbat,saya pn ada sorang 10 thn pnglman jenuh thn 3 bru lancar mmbaca sntiasa trblik ape yg diajar cth kasut tp kelebihannya anak yg baik sgt,dgn kerjasama cikgu & kita ibubapa…saya pn sama zmn knk2 thn 3 bru pro,dulu perkara mcm ni tk heran pn tgk2 dh boleh menulis mmbaca .
Kefahaman makin bertambah
noor.aiin.rosli I have kid dyslexia too….no worries datin @shahidadherbs …baem become good after get a new environment there…
faizahadi74 Disleksia.. Anak saya pun sama datin.. Tetapi kebanyakan mereka masa kecil aje nt dh meningkat dewasa perfahaman mereka lagi bertambah kini dh berusia 19 tahun baru habis belajar.. Alhamdulillah

Sumber: IG shahidadherbs