Mengajar anak untuk lebih berdisiplin memang kita sebagai ibu bapa kena ekstra sabar dan ekstra usaha.
Tapi tidak semua mampu berbuat demikian sepanjang masa. Sampai masa dan ketikanya pasti kita akan tinggikan suara sampai tahap menjerit dek kerana anak-anak tidak mendengar kata.
Andai perkara ini sentiasa kita lakukan, tentu sakit tekak juga dibuatnya. Jadi ketahui cara yang lebih mudah untuk disiplinkan anak-anak sebagaimana yang dikongsikan oleh Ummu Ilham ini. Jom semak.
#tip1 Disiplin datang dengan latihan rutin
Agak sukar mendisiplin anak-anak tanpa rutin. Cuma suka saya tekankan, rutinkan anak dengan solat dulu terutamanya Solat Subuh. Solat Subuh penting supaya mereka memulakan hari awal. Kemudian baru masuk disiplin-disiplin asas hidup seperti, kemas katil, basuh baju, mandi, gosok gigi, kemas rumah dan sebagainya.
Bila kita kata rutin, maksudnya jangan bagi peluang anak skip. Kena latih juga. Disiplin maksudnya bukan pakai baju sama pergi sekolah, pakai kasut sama pergi sekolah, angguk-angguk saja arahan orang. Disiplin adalah attitude, bukan kosmetik.
#tip 2 Disiplin datang dengan visual model
Kalau ibubapa jenis disiplin, bangun pagi, solat, jaga masa, tepati masa, anak akan ikut juga. Cabaran besar kita adalah menepati masa. Ibu-ibu yang ada anak kecil akan menghadapi masalah ini untuk mengurus anak dan sampai dengan tepat. Jadi, kita rutinkan juga diri sendiri mengurus masa, kita akan lebih berdisiplin dan anak akan ikut juga.
#tip3 Anak lambat respon, apa nak buat, jerit baru jalan.
Ini bukan berlaku kepada ibubapa lain saja, ia juga berlaku kepada saya. Penting untuk ada social story pada setiap malam. Contoh:
“Kakak esok, kena bangun awal, solat Subuh baru mandi semua pergi sekolah. Tak boleh mengamuk, tak boleh marah, ummi kejut terus kena bangun”.
Ini kena buat setiap hari. Tanpa gagal. Satu lagi, ikut pengalaman saya, anak susah bangun pergi sekolah bila dia rasa sekolah tidak seronok dan tiada kawan baik. Penting ibu tahu siapa kawan baik anak dan bantu anak establish hubungan.
Ada anak didik saya begini. Sudah lama saya detect. Namun, saya masih ambil masa mencari rakan yang sesuai untuk menjadi kawan baiknya. Memang anak didik saya bermasalah bangun pagi. Tidak seperti anak-anak saya. Anak-anak saya sangat excited bangun pagi, gembira. Macam semua tentang Loppy Academy semua yang menggembirakan.
#tip4 Set minda kita yang anak akan ambil masa proses arahan.
Sekiranya anak kita jenis cepat tangkap setiap arahan, memang setiap tugasan itu lebih cepat. Namun jika anak kita jenis ada masalah fokus, cepat terganggu kena beri arahan satu-satu. Anak saya ada yang begini. Kasihan anak kita. Jangan herdik pula bila lambat. Bila sudah set minda, kita akan lebih tenang.
Kita akan sangka baik dengan anak. “Oh, anak saya sukar fokus jadi lambat. Oh, anak saya cepat terganggu, jadi sukar dengar arahan” Ayat-ayat begini membantu kita bersangka baik dengan anak dan membantu mereka membina disiplin, bukan marah dan jerit. Ia akan kekal pada ketika itu saja, ia tidak menjadi habit atau tabiat.
#tip5 Rasa nak jerit juga, stress anak-anak susah nak berdisipin!
Boleh jerit. Jeritlah. Tapi bukan depan anak. Masuk bilik air kunci. Masa rasa stress jangan beri arahan pada anak. Pergi jerit dulu dalam bilik air. Sampai puas, sampai penat, sampai nak keluar anak tekak, baru handle anak, beri arahan. Anak tidak dapat info yang perlu jika kita marah-marah dan jerit-jerit. Kadang-kadang mereka pun tidak faham kenapa mereka kena marah atau jerit?
Jadi, stabilkan emosi dulu baru beritahu apa sebenarnya anak kena lakukan.
#tip6 Banyakkan memuji perbuatan atau usaha. Saya tahu ibubapa sibuk. Kadang-kadang nak peluk anak pun tak sempat. Apa lagi nak puji. Jadi setkan beberapa waktu rutin peluk dan puji perbuatan anak yang melatih disiplin jika tidak sempat memuji terus selepas perbuatan itu dilakukan.
Macam saya, 1) Selepas solat 2) Dalam kereta 3) Masa mahu tidur
Kesannya lain. Ini penting terutama ibubapa SERIUS. Yang tidak tahu memanjakan anak. Kasihan anak. Saya ada jumpa kanak-kanak begini. Patutlah beliau sangat suka dengan guru yang selalu ketawa dan memuji.
Saya sudah lalui semua. Alhamdulillah, banyak perubahan. Terutama solat. Disiplinkan anak solat bukan senang. Tapi berbaloi bila anak kita kadang-kadang solat tanpa perlu diingatkan.
Benar,
Ummu Ilham
Sumber : Nurul Ilyani