Trend jualan makanan pada hari ini jika dilihat cukup unik dan hingga ada yang terlalu ‘berani’ membuat kelainan demi untuk menarik perhatian pelanggan.

Umpamanya jika kebiasaannya makanan akan dibungkus dengan plastik makanan akan dilipat kemas atau akan diikat dengan getah namun disebabkan ingin memberi sesuatu yang luar biasa, ada peniaga yang sanggup menggunakan paku!

Disebabkan Trend ‘Nasi Paku’, Seorang Anak Ni Mengadu Sakit Perut & Terpaksa Dibedah!

Disebalik mahukan keunikan pada produk jualan, siapa sangka hal ini telah mengundang bahaya kepada pelanggan apabila salah seorang kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan apabila imbasan Xtray dilakukan mendapati paku tersebut sudah sampai ke bahagian perut.

Ini seperti mana yang dikongsikan di twitter Public Health Malaysia

 

Ads

Menurut hantaran tersebut, paku merupakan ‘Food Hazard’ yang tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Guna getah )atau kaedah mengikat lain) tidak mengubah rasa, resepi asal makanan.

Bahkan turut diingatkan kepada pengendali makanan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan. Jangan letak paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak.

Disebabkan Trend ‘Nasi Paku’, Seorang Anak Ni Mengadu Sakit Perut & Terpaksa Dibedah!

Dan tahukah anda bahawa sebenarnya  hal ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Makanan 1983. Oleh itu jika anda menemui peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan, laporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

Ads

Sumber : Public Health Malaysia 

ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Ads

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Disebabkan Trend ‘Nasi Paku’, Seorang Anak Ni Mengadu Sakit Perut & Terpaksa Dibedah!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI