Peringatan yang diberikan oleh doktor berkenaan trend baru-baru ini berkenaan tindakan ibu ayah berkongsi gambar, nama dan nombor akaun semata-mata untuk mendapatkan tawaran duit raya, wajar digentijan dan diambil serius keputusan tersebut.
Diharapkan dengan perkongsian tersebut, selepas ini tidak ada lagi ibu ayah begitu mudah ‘menceroboh’ priversi anak-anak. Ini penting untuk keselamatan anak mereka juga.
Saya sangat tidak selesa dengan satu trend terkini. Semalam ada yang minta orang ramai kongsi nama anak dengan menawarkan duit raya sebagai ganjaran. Hari ni ada guna taktik sama minta gambar anak pula.
Tak sangka ramai pula yang kongsi gambar anak-anak mereka. Kenapa ada yang tega kongsi nama, gambar anak, serta nombor akaun bank, sedangkan orang yang meminta tu mereka tak kenal pun?
Saudara-saudari, di dunia ini ada orang baik, dan ada juga segelintir yang sentiasa mencari peluang atas kebaikan orang. Bukan suruh kita buruk sangka, tapi kita haruslah sentiasa berwaspada.
Jadi, berhati-hatilah. Anak-anak tak tahu apa. Tugas kita adalah untuk melindungi anak-anak. Termasuk lindungi privasi mereka. Bukan sekadar lindungi mereka dari ancaman fizikal sahaja.
Kita yang dewasa ni, jika wajah dan nama kita dijaja oleh ibubapa kita kepada orang yang tidak dikenali, demi dapatkan sedikit duit raya, mesti kita pun tak selesa, kan?
Marilah kita berpesan-pesan hal ini.
Semoga Tuhan lindungi kita dan anak-anak kita dari helah, tipu daya dan ancaman yang kita tidak sedari.
sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan