
Peringatan yang diberikan oleh doktor berkenaan trend baru-baru ini berkenaan tindakan ibu ayah berkongsi gambar, nama dan nombor akaun semata-mata untuk mendapatkan tawaran duit raya, wajar digentijan dan diambil serius keputusan tersebut.
Diharapkan dengan perkongsian tersebut, selepas ini tidak ada lagi ibu ayah begitu mudah ‘menceroboh’ priversi anak-anak. Ini penting untuk keselamatan anak mereka juga.
Saya sangat tidak selesa dengan satu trend terkini. Semalam ada yang minta orang ramai kongsi nama anak dengan menawarkan duit raya sebagai ganjaran. Hari ni ada guna taktik sama minta gambar anak pula.
Tak sangka ramai pula yang kongsi gambar anak-anak mereka. Kenapa ada yang tega kongsi nama, gambar anak, serta nombor akaun bank, sedangkan orang yang meminta tu mereka tak kenal pun?
Saudara-saudari, di dunia ini ada orang baik, dan ada juga segelintir yang sentiasa mencari peluang atas kebaikan orang. Bukan suruh kita buruk sangka, tapi kita haruslah sentiasa berwaspada.
Jadi, berhati-hatilah. Anak-anak tak tahu apa. Tugas kita adalah untuk melindungi anak-anak. Termasuk lindungi privasi mereka. Bukan sekadar lindungi mereka dari ancaman fizikal sahaja.
Kita yang dewasa ni, jika wajah dan nama kita dijaja oleh ibubapa kita kepada orang yang tidak dikenali, demi dapatkan sedikit duit raya, mesti kita pun tak selesa, kan?
Marilah kita berpesan-pesan hal ini.
Semoga Tuhan lindungi kita dan anak-anak kita dari helah, tipu daya dan ancaman yang kita tidak sedari.
sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Saya ‘Lembut hati’, Isteri Pula Lebih Tegas Dengan Anak-Anak- Asfan

Menyebut namanya mungkin agak asing bagi sesetengah peminat bidang seni, namun lagu-lagunya cukup diminati dan menjadi siulan. Asfan Shah, 34 pemilik lagu popular Sumpah Cintaku dan terbaru Cinta Fatamorgana tidak kecewa biar diri kurang dikenali. Sebaliknya, dia yang sudah hampir 10 tahun dalam industri seni menganggap rezeki seseorang adalah ketentuan Sang pencipta.
Berpeluang mengabadikan kisah penyanyi dan komposer ini bersama keluarga tersayang untuk Majalah Keluarga memberi peluang penulis melihat sisi berbeza ayah kepada tiga cahaya mata ini.
“Saya sebenarnya seorang yang work smart, kalau dalam sebulan kerja 1-2 minggu dan selebihnya adalah bersama keluarga. Tetapi kalau kerja memang akan fokus dan suka bekerja di bawah tekanan kerana hasilnya pasti berbaloi. Isteri dan anak-anak sudah faham dengan cara kerja saya. Kalau saya sibuk dengan kerja, isteri akan bawa anak-anak untuk pulang ke rumah keluarganya supaya tidak ganggu kerja saya.
“Tetapi kalau anak-anak ada di rumah dan tidak dapat elak kalau mereka datang kepada saya. Jadi saya tinggalkan seketika kerja. Jujurnya anak-anak kurang takut dengan saya. Kalau tegur mereka tidak takut dan jenis yang sangat lasak. Walaupun ada masanya saya marah juga tetapi kalau saya tutup pintu, mereka akan terus ketuk pintu sampai saya buka.
“Berbeza dengan isteri saya, dia tidak garang tetapi tegas. Mungkin yang membuatkan anak-anak takut dengannya. Sekali isteri bersuara, anak-anak akan dengar. Kalau saya yang marah mereka boleh gelak-gelak seolah-olah saya sedang bergurau. Mungkin kerana saya jenis simple dan dengan anak-anak saya bukan jenis pemarah.
“Anak-anak juga sangat ‘behave’ di rumah ketika ketiadaan saya. Tapi kalau saya di rumah anak-anak akan bermain sehingga 1-2 pagi tak tidur. Bukan mereka bermain dengan saya tetapi mungkin kerana saya ada, jadi mereka jadi mengada-ngada sedikit,”Cerita Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, mengenai gelagat dan keletah anak-anaknya.
Tiada istilah kena tinggal
Mendirikan rumah tangga ketika berumur 28 tahun bersama bekas pramugari bernama Ain Sakinah pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Ali Haytham Shah, 5, dan Ali Wakeel Shah, 3 dan terbaru, Ali Binyameen Shah, 7 bulan.
Usai berkahwin, Ain mengambil cuti panjang sehingga disahkan mengandung, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Saya berkahwin ketika masih dalam bulan Syawal. Selepas itu, saya mengikut isteri ke Dubai kerana dia bertugas di sana. Awalnya saya mengambil keputusan untuk menetap di sana, tetapi lagu saya waktu itu tengah meletup di radio dan kebetulan isteri disahkan mengandung. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan isteri berhenti kerja. Jadi tiada istilah ‘kena tinggal’ waktu raya seperti mana pasangan lain. Malah dalam bab nak pulang beraya tiada masalah kerana kami berdua jenis ‘fleksibel’. Kami bergilir-gilir. Untuk tahun ini, kami akan pulang ke rumah keluarga saya terlebih dahulu.
“Malah, kalau raya pertama di rumah saya dan ada majlis di rumah mentua jadi kami akan pulang ke sana pada raya kedua. Jadi, tidak timbul soal bermasam muka nak balik beraya,” ujar Asfan sambil memberitahu tiada istilah bercuti dalam dirinya kerana semuanya adalah fleksibel dan mengikut jadual sendiri.
Tidak suka bekerja pada hujung minggu kerana lebih kepada masa bersama keluarga, anak kelahiran Melaka ini ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
“Jujurnya anak-anak saya memang lasak dan kadang-kadang tak terlayan. Jadi, saya dan isteri guna pendekatan tersendiri. Kami akan memberi ‘bintang’ kepada mereka jika mereka buat baik. Jadi, mereka kena kumpul bintang-bintang tersebut. cukup 10 bintang saya akan beri hadiah ikut apa yang mereka mahukan. Tetapi jika mereka buat salah, maka ‘bintang’ tersebut akan ditolak secara automatik.
“Saya ni cepat ‘lemah’ dengan anak-anak. Kalau sudah tiga kali beli tetapi mereka masih nak lagi nak tak nak terpaksa beli untuk pastikan mereka tak buat perangai. Tetapi isteri saya tegas dan tidak akan ikut apa yang anak mahukan. Isteri tegas tetapi anak-anak hormat,” seloroh Asfan lagi yang gemar membawa anak-anak dan isteri setiap kali ada kerja di luar.
Asfan suami yang manja
Ditanya persiapan raya tahun ini, Asfan menyerahkan semuanya pada isteri yang lebih ‘expert’ dalam bab tersebut.
“Tahun ini isteri cakap nak buat biskut raya sendiri, jadi saya nak tahun berhasil atau tidak dengan keadaaan anak-anak ini. Tetapi sebagai suami saya tetap menyokong dan membantu mana yang patut. Lagipun kami ada baby jadi agak penat isteri di rumah. Tetapi setakat ini baby tak banyak ragam dan kalau saya ada di rumah saya akan bantu isteri di dapur.
“Ada masanya saya akan tunjukkan kepakaran memasak terutama waktu pagi. Saya rajin sediakan sarapan yang ringkas sahaja untuk keluarga seperti cekodok pisang, cucur jagung, pizza segera. Tapi jangan harapkan nasi lemak, lauk rendang dan sebagainya memang saya tidak pandai.
“Jadi isteri dan ibu bukan semudah yang disangka. Ada juga pembantu di rumah tetapi hanya menguruskan anak-anak tetapi sekarang semuanya isteri yang lakukan sendiri. Jadi suri rumah memang penat dan sebagai suami saya sangat faham part tu. Kerana itu, saya membantu jika ada masa terluang.
‘Jujurnya saya seorang suami yang manja terutama sekali apabila sakit. Saya tidak boleh jika ada berlaku perselisihan faham kerana mudah serabut dan stres. Kalau ada pergeseran, saya jenis suka meluahkan dan bercakap dan isteri pula berbeza. Dia lebih suka diam, saya jadi stres sebab tak boleh kalau tak bercakap dengannya,”kata Asfan sambil mengakui tidak romantik namun itu cara mengambil hati dan memudahkan kerja isteri termasuklah mencuci pakaian dan pinggan di dapur.
Sumber: Majalah Keluarga Jun 2018
“Mama Kuat, Berani & Sanggup Tak Ada Apa-Apa Janji Anak-Anak Ada Semuanya.” Luahan Hati Elfira Loy Buat Ibunya Cukup Menyentuh Hati.

Isi Kandungan
ToggleIbu dan anak ini sememangnya cukup rapat. Bakal mengakhiri zaman daranya, si anak baru-baru ini ada membuat luahan perasaan mengenai ibunya di dalam laman instagram.
Luahan sempena hari jadi ibunya, ternyata setiap kata-kata Elfira Loy cukup menyentuh hati.
Dalam perkongsian tersebut, Elfira mengakui ibunya seorang yang sangat kuat, berani dan sangat caring kepada anak-anaknya.
“Dear Mama , i just want you to know that kakak paling bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu yang sangat kuat , brave & caring pada anak-anaknya . Mama sanggup takde apa-apa janji anak-anak mama ada semuanya. People might not know what you’ve gone through but Allah knows.
“I can already see your place in Jannah mama , Amin. Kakak akan selalu doakan Allah panjangkan umur mama supaya mama sentiasa ada disisi kakak untuk mendoakan kebahagian & kejayaan kakak. Because i know , all of the rezeki that i got is because of you.
“Thank you for always praying for us eventhough we are all very naughty. We will try to be better & better . Muah ?
“Kita semua ada ibu dan kita semua harus menghormati kaum ibu . How you treat other mothers reflects on how you treat your own mothers. So , be nice .
HAPPY BIRTHDAY MAMACAT.
View this post on InstagramA post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on
Perkongsian gambar Elfira dan ibunya itu turut mendapat respond dari pengikutnya. Ada yang memuji akan wajah ibunya yang nampak muda sehinggakan mereka berdua seolah-olah kakak dan adik.
anysizzaty Macam kakak and adik. Hiks btw happy birthday to mama elfira. Moga bahagia selalu dan dilimpahi rahmat Allah.
diyaaa2.co Bahagiaaanyaa
santhawan Happy Birthday Aunty Mamaaaaaaaa, have a lovely one and stay beautiful aunty ❤️❤️❤️
Sumber: IG elfiraloy
Minum Air Kosong Banyak-Banyak Tak Boleh Kurangkan Gula Berlebihan Dalam Badan. Baca Perkongsian Dr Ni

Untuk menjaga kesihatan tubuh, pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Tubuh memerlukan air untuk mengawal suhu badan, membekalkan nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan dan sebagainya.
Pengambilan air sebenarnya tidak hanya mengira air kosong, tetapi merangkumi minuman lain termasuk kopi mahupun teh serta sup. Dalam pada itu, ada pendapat yang mengatakan jika seseorang mengambil minuman manis, boleh bilas dengan mengambil air kosong banyak-banyak. Sebenarnya kaedah ini tidak bagus. Jom baca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sebenarnya, jika kita minum air manis kemudian kita bilas air kosong banyak-banyak, ia tetap tak bagus!
Contoh:
1 hidangan boba milk tea(250ml)
= 10 sudu teh gula
= 50g gula
Kita minum 1 cawan/hidangan, bermakna kita ambil 50g gula. Kemudian kita minum 1 liter air kosong. Rasa macam ia akan kurangkan kepekatan gula dalam darah kita kan?
Hakikatnya, tak begitu! Air banyak-banyak yang kita minum tadi akan keluar dari badan sebagai air kencing, dan gula tadi kekal dalam badan.
Jadi, berapa banyak pun kita minum air kosong selepas atau sebelum itu, tetap ada 50mg gula telah masuk dan berada dalam tubuh kita.
cNak bakar 50g gula ni perlu berjalan 1 jam, atau jogging 30 minit.
Kalau tak buat aktiviti ini, mana gula tu pergi? Jadi lemak. 50g gula ada sekitar 200 kalori, jika tak dibakar ia akan jadi sekitar 30mg lemak.
Ikut saranan WHO, satu hari kita perlukan tidak lebih 50g gula sehari. Bermakna 1 cawan boba milk tea sahaja dah ngam-ngam atau lebih jumlah saranan harian.
Kesimpulannya: gula berlebihan dalam badan, tak boleh dikurangkan dengan minum air kosong banyak-banyak. Sebab gula tu tak akan keluar melalui air kencing.
Kalau dah tahap keluar melalui air kencing, itu dah kena kencing manis namanya.
Salam Merdeka!
Merdekakan diri kita dari gula!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nota: boleh minum, tapi jangan kerap, dan pastikan bakar semula kalori berkenaan.