Disangka Beguk Rupanya Petanda Hidap Kanser Limfoma. Wanita Ni Berjuang Untuk Sembuh, Jadikan Inspirasi!

Share

Sihat, antara nikmat yang tiada ternilai harganya. Satu anugerah yang membolehkan kita menjalani kehidupan ini bagi  melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan sempurna.

Namun hidup ini juga satu ujian, tidak selalunya indah. Hari ini sihat, mana tahu esok lusa diuji pula dengan kesakitan. Semua boleh berlaku dengan sekelip mata.

Apatah lagi bila diuji dengan penyakit kanser. Seakan satu bom jangka dapat dirasakan terjadi dalam hidup.

Ini memandangkan stigma bagi sesetengah pihak yang beranggapan jika disahkan menghidap penyakit tersebut, itu bermakna maut menanti. Sekali gus apabila disahkan mempinyau penyakit kanser dalam tubuh badan, ia menjadi detik hitam dalam hidup mereka.

Sudah pasti berita yang diterima itu membuatkan penghidap kanser tertekan, namun kisah perjuangan Nur Izzatie Mohd Rizan, 33, melawan penyakit kanser Limfoma ini boleh disifatkan menakjubkan untuk dijadikan inspirasi buat semua.

Ketepikan Kerjaya Untuk Bangkit Melawan Kanser

Memetik kisahnya sebagaimana dikongsikan di mStar, wanita yang mesra disapa Zety ini mengetahui mengenai penyakitnya selepas pulang bertugas membuat liputan Pilihanraya Umum ke-14 di Pengerang, Johor.

“Kesibukan kerja menyebabkan saya ingatkan benjolan di sebelah kanan leher saya ni beguk.

“Saya pula jenis lasak dan sememangnya dari kecil susah nak dapat penyakit, jadi saya tak layan sakit badan dan rasa lesu macam nak demam tu. Tapi keadaan makin teruk pula selepas tu dan benjolan itu tak surut, sebaliknya makin besar.

“Saya ambil keputusan ke klinik berjumpa doktor. Doktor bagi antibiotik dan ubat sapu untuk jangkitan kuman tapi tidak nampak kesanya. Saya pun ambil keputusan ke hospital swasta di Seremban,” ujar Zety yang sudah berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama 13 tahun turut mengakui dirinya kurang pendedahan mengenai penyakit kanser sebelum ini.

Balik Kampung Berubat

Setelah mendapat keputusan buat kali kedua menerusi prosedur imbasan CT yang mengesahkan dia menghidap kanser limfoma pada tahun 2018, ahli keluarga Zety membawanya pulang ke kampungnya di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kesedaran tentang kanser memang kurang dan ia beri kesan pada diri hinggakan kurang tidur sebab stres. Asyik fikir apa nak buat dengan hidup.

“Lebih-lebih lagi apabila ramai yang menasihatkan supaya tidak teruskan rawatan kemoterapi,” katanya sambil menambah kansernya dalam kategori tidak agresif.

Berkongsi pengalamannya, Zety berkata kesakitan yang dialami begitu perit dan sukar digambarkan sekitar pukul 5 pagi di mana dia akan alami batuk berterusan dan wajahnya akan membengkak.

Lebih menyeksakan apabila mengalami sakit pada tubuhnya hinggakan berat badannya turun mendadak dan menyebabkan Zety sukar untuk duduk.

Keadaan Semakin Parah

Disebabkan keadaan semakin parah, pada tahun 2019 paru-paru wanita ini dipenuhi air membuatkan dirinya semakin lemah untuk bergerak.

“Masa tu saya dah tak larat. Nak tidur pun secara menelungkup di sofa, sebab dengan cara itu saja saya boleh bernafas.

“Disebabkan keadaan saya semakin lemah, emak bawa saya ke hospital dan rawatan yang dibuat menyebabkan air dikeluarkan dari paru-paru, semuanya lebih kurang 10 botol,” katanya.

Bercerita lanjut, wartawan penyiaran stesen televisyen terkemuka di negara ini mengakui mencuba rawatan alternatif hingga berdepan masalah untuk mendapat rawatan susulan di hospital.

“Saya ingat lepas makan ubat alternatif, kesannya lebih baik sebaliknya keadaan semakin parah,” luah wanita yang mendakwa ditinggalkan suami yang dikahwininya selama empat tahun ketika berdepan dugaan akibat penyakit itu.

“Diberi 2 Pilihan, Koma Atau Paru-paru Ditebuk…”

Walaupun banyak hospital telah menolak untuk merawatnya, namun Zety bersyukur ada sebuah hospital di Seremban bersedia membantunya.

“Saya diberi pilihan untuk koma atau paru-paru ditebuk tetapi saya tolak kedua-duanya dan saya memilih untuk ditebuk,” ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu yang bersusah payah membantunya.

Ditanya mengenai tugasnya sebagai wartawan, graduan Ijazah Komunikasi Korporat Universiti Infrastruktur (IUKL) yang belum dikurniakan cahaya mata itu akui apabila terpaksa melepaskan kerjayanya bagi memberi tumpuan kepada kesihatan dirinya.

“Bila dah kena macam ni, banyak urusan dunia harus dilepaskan kerana fokus utama adalah rawatan untuk segera sembuh,” katanya.

Energy Positif Bantu Segera Pulih

Bagaimanapun, Zety tidak terpaksa menerima hakikat apabila terkena jangkitan virus sehingga lapisan pertama paru-paru sebelah kanannya bernanah dan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang lapisan tersebut.

Setelah segala ujian yang ditempuhi wanita ini, dia akhirnya pulih daripada penyakit kanser pada Jun 2020 dan sejak itu hanya perlu melakukan pemeriksaan secara berkala dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

“Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan “Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan orang. Bila kita maafkan orang ni, energy positif membantu saya cepat pulih.

“Jangan anggap penyakit yang Allah beri ini satu musibah, sebaliknya ia anugerah daripadaNya. Sebenarnya melalui dugaan ini jugalah kita boleh kenal orang di sekeliling kita. Siapa yang ada dan bantu kita ketika sakit sebab saya sendiri banyak hilang kawan masa sakit,” ujarnya.

Nasihatnya buat sesiapa yang didiagnosis menghidap kanser supaya tidak membuang masa mendengar cakap-cakap orang terutama yang gemar mencadangkan pelbagai rawatan alternatif, sebaliknya terus dapatkan dan jalani prosedur rawatan di hospital adalah tindakan terbaik.

Sumber : mStar

Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club