Disahkan Positif Covid-19, Ustazah Asma’ Ingatkan Minta 2 Perkara Ni Dengan Ikhlas & Benar-benar!

Share

Apabila mengetahui ada individu yang kita kenali telah disahkan postif Covid-19, membuatkan hati kita turut bimbang dan cemas dengan nasib yang menimpa insan tersebut.

Apatah lagi buat si empunya badan yang menangungnya. Silih berganti rasa  takut, bimbang dan sedih dalam diri mereka hanya tuhan sahaja yang tahu. Memandangkan kes disebabkan Covid-19 menunjukkan angka kematian yang tinggi, pastinya memberi impak dan ketakutan melampau jika diri disahkan positif Covid-19.

Meredakan kerisauan di hati dan memikirkan apa perlu dibuat, ustazah Asma’ Harun berkongsi saranan dan nasihat apabila ada seseorang bertanya dengan rasa yang amat takut dan ‘rasa macam nak mati’ kerana disahkan positif covid, apakah permintaan terbaik saat ini dengan Allah?

Saya jawab, minta 2 perkara dengan seikhlas dan benar-benar berniat di dalam hati :

1. Minta kesembuhan, kuat dan sihat untuk kembali kepada Allah dengan banyakkan ibadah, berubah jadi lebih baik dan tunaikan tanggungjawab yang masih banyak sesama manusia sekeliling. Maka banyakkan istighfar agar Allah ampuni kita.

2. Minta Allah beri Husnul Khatimah (kematian yang baik dan indah). Sebab jika taqdirNya kita bertemu kematian asbab covid ni, kita tetap tak boleh lari, maka Husnul Khatimah adalah sebaik-baik cara kembali.

Jadi, kita mohon dua perkara, untuk hidup sihat dan bahagia atau mati selamat dan sejahtera. Kita mungkin tak banyak masa beramal soleh untuk melayakkan diri dapat Husnul Khatimah, tapi dengan doa semoga Allah tetap kurniakan kita Husnul Khatimah.

Kesudahan hidup di dunia dengan kematian yang baik adalah permulaan hidup di sana yang jauh lebih bahagia, ia kekal selama-lamanya.

*Sahabat semua, saya lihat banyak update status mohon doa samada kerana sakit atau kerana khabar kematian. Maka jangan scroll sebelum kita penuhi hajat orang tersebut walaupun kita tak kenal. Doa sahaja dengan apa-apa ayat yang mudah yang penting sampai maksud. Mungkin satu hari, kita pula yang perlukan doa orang ramai..
Sayang semua kerana Allah dan Rasulullah.

 

Sumber : Asma’ binti Harun

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club