Kisah ketabahan seorang suami menjaga isteri tercinta yang disahkan mengidap kanser otak, kanser saraf dan kanser payudara ini wajar dijadikan iktibar.
Usahanya untuk mendapatkan rawatan buat isterinya tidak pernah terhenti. Selain itu, terus memohon doa kepada Yang Maha Esa untuk diringankan beban yang ditanggung.
Terkini di akaun fbnya Haji Abdul Wahab Mah, sekali lagi dititipkan doa dan harapan buat isterinya yang dikatakan kini terbaring lemah.
Ya Allah, Engkaulah yang aku sembah dan tempat meminta doa. Semoga dapat meringankan kesakitan Kanser Otak, Kanser Saraf dan Kanser Payudara iaitu Isteri ku yang bernama Siti Asmara Binti Kamal sehinggakan tangan bengkak akibat dari pembedahan Kanser Payudara sebelah kiri.
Begitu besar kesengsaraan sepanjang masa yang beliau lalui, sehinggakan menitis air mata ku melihatnya.
Ya Allah yang Maha Mengetahuinya, Engkau ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan setiap malam. Tangan ini lah yang akan menjadi saksi bahawa suamimu Abdul Wahab Mah yang akan memimpinmu masuk Syurga yang mana kamu sukai. Tangan ini lah yang telah melahirkan 7 orang cahaya mata dan menyeri hidupku Ya Allah..
Sesungguhnya hanya kepada Engkau sajalah merayu segala doa ku supaya meredhai ketentuan Qadak dan Qadar. Kekadang aku pujuk diri ku supaya diberikan kekuatan dan keimanan menghadapi dugaan dan cubaan yang paling besar yang pernah aku lalui.
Tak pernah aku bayangkan dan terfikir isteri ku menghadapi ujian begitu sakit sekali di penghujung usia.
Cuaca tak selalunya cerah adakala akan dilanda hujan. Tak sanggup aku melihat rintihan kesakitan dari suara seorang wanita yang bernama isteri pernah hadir dalam hidupku.
Aku bersyukur kepadaMu kerana menjodohkan seorang wanita melalui tulang rusuk seorang lelaki yang pernah menggembirakan hatiku di kala sedih dan jatuh.
Isteri aku inilah yang pernah mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan zuriatnya, sungguh pun disaat akhir ini beliau masih berjuang untuk melangsungkan sisa hidup di akhir hayat.
Semoga Engkau terimalah segala ibadah dan ketabahan beliau. Ya Allah, Engkaulah yang aku minta berikanlah kekuatan dan semangat untuk melalui liku-liku disaat akhir hidupnya supaya kami diberi teguh iman yang dapat melafazkan perkataan LAILAHAILLALLAH dipenghujung nyawanya..
Ekstra info :
Bagi yang ingin menyumbang untuk meringankan perbelanjaan rawatan.
Maybank: 101196437274
Abdul Wahab Mah Bin Abdullah +6016-7179098
Sumber : Haji Abdul Wahab Mah