
Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim menyelar netizen yang mempertikaikan cara dia dan isterinya, Maryam Younarae dalam membesarkan anak mereka, Rina terutama dalam mengekalkan tradisi makanan Korea kepada Rina.
Semuanya bermula selepas ada wargamaya yang kurang senang kerana memberikan anak kesayangan mereka makanan Korea.
Maryam dilihat ada memuat naik video anaknya menikmati hidangan makanan tradisi Korea, Jjajang Tteopokki.
Tidak hanya berdiam diri, Ryzal menyelar komen individu berkenaan dengan kata-kata sindiran serta menganggap ia ujian untuknya berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
Pun begitu ramai wargamaya yang turut berpandangan positif dan meminta pempengaruh itu mengabaikan sahaja pendapat sedemikian.
Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia, Ibu Bapa Guna Kaedah Sleep Training

Isi Kandungan
ToggleBayi empat bulan meninggal dunia, ibu bapa guna kaedah Sleep Training. Sleep training adalah proses mengajar bayi untuk tidur dengan sendiri tanpa perlu didodoi, digendong, atau diberi susu setiap kali mereka terjaga di tengah malam. Latihan ini juga melibatkan pembentukan rutin tidur yang konsisten dan persekitaran tidur yang kondusif.
Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia
Ramai ibu bapa menghadapi cabaran apabila bayi mereka tidak mempunyai corak tidur yang teratur, menyebabkan gangguan kepada rehat ibu bapa dan bayi itu sendiri. Sleep training atau latihan tidur adalah satu pendekatan yang boleh membantu bayi belajar untuk tidur sendiri dengan lebih konsisten dan tanpa bantuan.

Baru-baru ini sepasang suami isteri kehilangan bayi mereka selepas menggunakan kaedah ‘sleep training’. Walaupun pakar menyatakan bahawa usia 4-6 bulan merupakan waktu yang sesuai untuk membuat sleep training tersebut, namun malang tidak berbau menimpa ibu ini apabila bayinya maut!
Ibu Bapa Guna Kaedah Sleep Training
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Thread Facebook, bayi berusia empat bulan itu difahamkan menangis selama dua jam semasa berada di katilnya sendiri.
BAGAIMANAPUN, IBU KEPADA BAYI TERSEBUT MEMBERITAHU DIA HANYA MEMANTAU MELALUI RAKAMAN KAMERA LITAR BERTUTUP (CCTV).

Berkongsi lebih lanjut, setelah tidak lagi kedengaran tangisan bayi tersebut, si ibu pergi memeriksa dan menyangka bayinya sedang tidur.
Malang tidak berbau, bayi tersebut meninggal dunia setelah dibiarkan menangis tanpa henti.
Sumber: iNews, Facebook Thread Syahlianna
Kredit foto (top image): Freepik
Baca artikel lain juga: Adik Ada Penyakit GBS Individu Dakwa Ada Kecuaian, Bayi Meninggal Dunia Hari Kedua Dilahirkan!
Bayi Meninggal Dunia Diberi Minum Air Herba Dan Kencur Untuk Rawat Jangkitan Kuman
Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia, Ibu Bapa Guna Kaedah Sleep Training
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Anak Pemalu, 10 Perkara Ini Mak Ayah Kena Buat, Baru Anak Yakin

Isi Kandungan
ToggleKanak-kanak pemalu cenderung untuk merasa tidak selesa atau gugup dalam situasi sosial, terutamanya ketika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
Mereka sering memilih untuk berada di tempat yang selamat, seperti bersama keluarga atau rakan rapat, dan memerlukan masa lebih lama untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu.
Justeru, perkongsian Wawa Shauqi yang terkenal dalam bidang penulisan kekeluargaan telah berkongsi 10 perkara yang membantu untuk mengelak anak bersikap pemalu.
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri. Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting.
Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat. Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.
Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.

1) Validate.
Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia.
Saya cakap pada anak,
“Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.”
2) Puji.
Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu.
Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang.
.
3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu.
Bercakap kena yakin dan jelas.
.
4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali.
.
5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai.
“Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?”
Walaupun niat nya nak bodek main sekali je.
.
6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan.
Kalau dia menang, cakap tahniah.
Kalau kawan kalah, bagis semangat,
“Tak apa. Ko cuba lagi weh.”
.
7) Pesan pada anak, bila orang taknak kawan, tak apa. Saya cakap,
“Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”

.
8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident.
“Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.”
“Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.”
Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak.
Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia.
That confident. Mama pun tak ada.
.
9) Jangan takut cakap “Tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “Tak selesa” bila dibuli.
Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu,
“Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah.”
Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu.
.
10) Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang,
“Aku tak suka ko buat macam ni. Main elok-elok”
Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan,
“Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku.”
Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik dengan anak saya ni.
Bila saya tanya dia handle macam mana, dia kata, dia buat baik je. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok.
“Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit je. Terus dia takut.” Kata anak saya.
.
Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap,
“Ala takpe. Aqlan boleh main benda lain.”
“Aqlan kena prektis lagi ni.”
Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecik, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan.
Anak-anak yang pemalu ni, dia perlu push sikit je dari kita. Bagi mereka peluang, guide sebaiknya, insya Allah mereka membesar jadi lebih berkeyakinan.
Sumber: Wawa Shauqi
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari

Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025.
Menurutnya, manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025.
“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.
“Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan beberapa kaedah iaitu serahan tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah pula akan diberikan menerusi ibu bapa atau murid.
“Cara kedua adalah pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
KPM memberitahu, Kerajaan Madani memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP.
Jelasnya, sebanyak RM150 diperuntukkan kepada setiap murid secara sekali bayar (one-off) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.
“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan Madani untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Kredit foto (top image): Berita Harian
Baca artikel lain juga: Bantuan Awal Persekolahan, Pelajar Tingkatan Enam Terima Februari 2025
Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) Diteruskan, Mak Ayah Boleh Tarik Nafas Lega!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my