Bagi pengguna pengangkutan awam, anda pasti berdepan dengan perasaan takut dah ragu-ragu apabila kenderaan awam yang anda naiki bergerak terlalu laju atau bergerak memasuki lorong sebelah.
Pasti akan terdetik di hati, adakah pemandu ini benar-benar mampu untuk membawa anda ke destinasi yang dituju ataupun sebaliknya.
Seorang wanita berkongsi pengalaman di mana dia menaiki bas yang dipandu oleh seorang pemandu bas yang diambil kesempatan oleh majikan untuk berkerja lebih masa sehingga kurang tidur selama hampir 6 hari.
Wanita dikenali sebagai Shu Ling itu dalam perjalanan dari Johor ke Perak menuju ke Thailand bagi bertemu keluarganya untuk pergi bercuti.
Dia telah membeli tiket bas yang sepatut bergerak pada jam 10.30 malam, tetapi bas hanya tiba pada pukul 2 pagi. Semasa dalam perjalan, wanita itu terjaga daripada tidur untuk melihat lokasi di mana dia berada pada ketika itu.
Shu Ling terkejut apabila menyedari bas itu tidak bergerak jauh kerana pemandu itu membawa bas pada kelajuan 30km/j dalam keadaan keletihan.
Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pemandu kerana ada ketika bas itu terhoyong-hayang ke lorong kanan sehingga ada kenderaan membunyikan hon ke arahnya.
“Melihat pemandu tersebut memandu pada kelajuan perlahan dan tidak duduk di lorongnya, saya bertambah gementar dan tidak berani tidur. Saya terus memerhati dan merasakan kami hampir mengalami kemalangan beberapa kali,” katanya.
Ads
Selepas beberapa ketika, pemandu bas memberitahu penumpang bahawa dia tidak lagi boleh berjaga dan meminta izin untuk tidur sebentar selama 30 minit. Kesemua penumpang bersetuju kerana pemandu tersebut dilihat sangat letih.
Selepas berehat, pemandu bas tersebut telah meneruskan perjalanan tetapi pada pukul 8 pagi, dia mula memandu dengan tidak berhemat.
“Seorang makcik yang baru bangun tidur juga menyedari pemandu bas itu memandu secara berbahaya. Dia bersama seorang kanak-kanak berusia tiga tahun (ketika itu),” kongsi Shu Ling.
“Jadi, kami meminta pemandu berhenti untuk menukar pemandu lain dan mendapati hanya seorang pemandu di dalam bas. Bas jarak jauh sebenarnya memerlukan dua pemandu! Kami juga berasa tidak berdaya untuk membantunya.
“Tidak lama kemudian, pemandu itu memanggil pemandu bas lain untuk mengambil alih dan membantu mengambil penumpang. Akhirnya, (kebanyakan) penumpang bas itu bertukar ke bas lain,” jelas wanita itu.
Ads
Bagaimanapun, Shu Ling terpaksa duduk di dalam bas itu bersama dua penumpang lain, kerana ‘bas bantuan’ tidak dapat membawanya ke destinasi yang dia hendak pergi — 30 minit dari destinasinya, yang lebih dekat daripada Sitiawan, Perak, di mana dua penumpang lain juga ingin pergi.
Walaupun ia adalah laluan terakhir, pemandu bas itu berkata dia tidak dapat meneruskan perjalanan selama lagi 45 minit untuk tiba di Sitiawan.
Jadi beliau mencadangkan membayar RM80 kepada dua penumpang itu untuk mereka menaiki Grab ke Sitiawan.
Kemudian, pemandu itu menawarkan untuk membawa Shu Ling ke destinasi yang lebih dekat.
Ads
“Kami semua bersetuju demi keselamatan kami. Dengan jarak tidak berapa jauh, saya duduk di hadapan bas untuk memulakan perbualan dengan pemandu bas.
“Pemandu itu berkata sudah enam hari dia tidak tidur, hanya tidur siang selama satu hingga dua jam sehari. Pemandu itu berkata, dia sudah sampai tahap berasa seperti ada jalan di hadapan walaupun tiada. Semakin saya mendengarnya, semakin saya takut,” kata Shu Ling.
Wanita itu turut menanyakan mengapa pemandu itu memaksa diri untuk terus bertugas. Pemandu itu menyatakan pihak syarikat memintanya untuk meneruskan perjalanan dengan perlahan untuk melawan rasa penat serta mengantuk.
Dia rasa simpati dengan pemandu itu dan berharap agar ada pihak-pihak bertanggungjawab dapat tampil memberikan keadilan bukan sahaja demi keselamatan penumpang, bahkan untuk kesejahteraan dan kesihatan pemandu bas.
Zaman sekarang dapat dilihat ramai ibubapa terutamanya yang masih muda sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan bukit. Ini kerana ia merupakan aktiviti yang sering mereka sertai sejak dasri zaman bujang. Malah ada juga yang bertemu jodoh sewaktu menyertqi aktiviti ini.
Seperti sudah menjadi satu trend, sewaktu hujung minggu sahaja ramai yang menghabiskannya dengan aktiviti ini. Malah bagi yang mempunyai kumpulan sendiri, mereka gemar menjelajah seluruh gunung atau bukit di Malaysia demi kepuasan peribadi.
Bagi yang sudah berkeluarga, ada juga menjadikan ini sebagai aktiviti keluarga. Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, pendedahan kepada tumbuhan dan alam menjadi misi utama ibu bapa pada anak-anak.
Baru-baru ini, viral di laman media sosial TikTok apabila seorang bapa yang dikenali sebagai Muhammad Furqan Othman dilihat melakukan aktiviti pendakian ini dengan membawa anaknya yang berusia 5 bulan tanpa menggunakan pengendong atau baby carrier.
Bayi yang berusia 5 bulan bernama Marissa Faitihah Hana dilihat sangat tenang dan tidur sepanjang pendakian tersebut. Hanya melekap kemas di badan bapanya.
Tambah si bapa ini lagi di dalam video perkongsian, anaknya itu akan menangis jika bapanya berhenti lama ketika pendakian. Hal ini menyebabkan mereka meneruskan jalan pendakian dengan lancar.
Apa yang menariknya, bayi tersebut akan mudah menangis apabila berada di dalam rumah berbanding berada di kawasan luar yang lebih tenang dengan alam.
Furqan berkata dia juga pernah membawa anaknya itu mendaki ke tempat paling tinggi seperti di Bukit Broga dan turut mempunyai perancangan ke Gunung Angsi dan Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan.
Dalam ruangan komen, ramai warganet yang kagum dengan Furqan kerana bukan mudah untuk mengendong bayi untuk melakukan aktiviti ini namun ada juga yang menasihatkannya agar berhati-hati sewaktu menjalani pendakian kerana risau bayi terjatuh kerana jalan licin ataupun tiba-tba meragam di dalam hutan.
Ada juga yang teruja dengan apa yang dilakukan ini dan ingin cuba melakukannya bersama anak-anak.
Dalam usia yang masih muda dimana rakan-rakan seusianya mungkin masih ingin bermain tanpa memikirkan masa depan, namun tidak bagi kanak-kanak ini.
Clovis Hung, seorang kanak-kanak dari California yang berusia 12 tahun telah berjaya melakukan sesuatu hal yang luar biasa apabila berjaya mendapatkan lima ijazah di usia yang masih mentah.
Dia berjaya melakukan semua ini melalui hasil didikan di rumah dan menamatkan pengajiannya bersama rakan sekelas yang lain.
Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk menghadiri Kolej Fullerton selepas melihat Jack Rico iaitu seorang remaja berusia 16 tahun mendaftar dan menamatkan pengajian dengan empat ijazah pada usia muda 13 tahun.
Clovis bagaimanapun berjaya mengatasi rekod itu dan telah menjadi graduan termuda dalam sejarah Fullerton. Beliau telah menamatkan pengajiannya dengan lima ijazah Bersekutu Seni dalam Sejarah, Sains Sosial, Tingkah Laku Sosial dan Pembangunan Diri, Seni dan Ekspresi Manusia, serta Sains dan Matematik.
Fullerton mempunyai program khas yang membolehkan pelajar menghadiri kolej mereka sambil melengkapkan kurikulum homeschool.
Clovis dan ibunya mengakui agak sukar untuk melakukannya lebih-lebih lagi dengan pembahagian masa. Bagaimanapun, usahanya berjaya membuahkan hasil.
“Soalan pertama yang biasa ditanya oleh profesor dan rakan sekelas ialah berapa umur saya. Mereka terkejut dengan apa yang saya buat di sini dan sentiasa ingin tahu tentang markah kuiz dan peperiksaan saya.
“Namun, selepas itu, saya telah menunjukkan sikap yang serius terhadap pelajaran saya. Membuatkan mereka semua percaya pada keupayaan dan keazaman saya untuk mendapat gred yang baik,” katanya.
Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan laporan cuaca di YouTube Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang turut disiarkan saluran Berita RTM, petang tadi, dipuji ramai.
Siti yang mengenakan sut rona hitam tampak bersahaja dan yakin ketika menyampaikan laporan kaji cuaca seluruh negara.
Siti turut memuat naik hantaran ke Instagram (IG) mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta MetMalaysia atas undangan menjadi penyampai itu.
“Terima kasih kepada kementerian melalui MetMalaysia kerana mengundang saya menyampaikan ramalan cuaca hari ini sebagai penyampai selebriti.
“Kolaborasi itu diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti laporan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang serta laut bergelora,” katanya.
Selain saluran YouTube, laporan kaji cuaca berkenaan turut disiarkan Berita Wilayah di RTM 1 jam 5 petang tadi dan Berita RTM jam 8 malam ini.
Dalam tempoh kurang sejam, video yang disiarkan di saluran YouTUbe itu sudah meraih lebih 1,000 tontonan.
Dalam reaksinya, seorang pelayar YouTube itu mendakwa tidak pernah menonton laporan kaji cuaca.
“Saya tak pernah tengok berita cuaca. Tapi sebabkan Siti yang sampaikan, saya tengok,” komennya.
Sementara itu, seorang lagi pengunjung kagum dengan cara penyampaian penyanyi tersohor itu.
“Nada Datuk Siti macam penyampai berita dulu-dulu…Best,” komennya.
Sebelum ini, penyanyi itu pernah muncul membaca berita untuk Awani, kira-kira tiga tahun lalu.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...