Anak adalah anugerah dan nikmat dari Allah SWT kepada semua pasangan yang berkahwin. Bahagianya sesebuah perkahwinan apabila dikurniakan anak-anak penyeri rumahtangga.
Namun dalam mendidik anak-anak ada cabarannya. Setiap anak-anak perwatakan yang berbeza. Lebih mencabar lagi, apabila mempunyai ramai anak. Bukan mudah nak menguruskan anak-anak yang mempunyai pelbagai karena.
Jika anak seorang dua takpe. Bayangkan jika lebih dari empat. Bahkan, jarak usia pula dekat. Setahun atau dua tahun. Tentu huru hara rumah. Mau bersepah rumah sana sini. Hanya ibu bapa yang terpilih sahaja yang mampu mempunyai anak yang ramai. Itu belum kes air tumpah, pinggan atau pasu pecah. Begitu juga dengan dinding kena conteng!
Biarpun, penat melayan karenah anak-anak, namun itulah momen manis yang akan dikenang apabila anak-anak membesar nanti. Ia akan jadi kenangan manis dan membuat hati menjadi sayu apabila kita meniti usia.
Begitulah emosi yang diluahkan oleh seorang ibu, Norazilah Awi, menerusi group ‘Anak Sepahkan Apa Hari Ini’.
Beliau melahirkan emosi sayu apabila contengan anak-anak semasa kecil di dinding akan dicat semula. Biarpun nampak biasa-biasa, tapi ia merupakan kenangan buat dirinya semasa membesarkan anak-anak.
“Harini last kenangan waktu besarkan anak-anak. Tinggal dinding terakhir hasil lakaran masa anak-anak nak membesar. InsyaAllah 2 minggu lagi anak yang sulung nak nikah. Doakan majlis saya ye kawan-kawan”
Kredit: Norazilah Awi