
Puas memikirkan cara terbaik untuk menutup kesan dinding yang bertompok-tompok putih atau hasil daripada kesan gam kertas dinding yang dibuka, ada baiknya anda mencuba gaya dinding dengan teknik shiplap.
Gaya dinding Shiplap ini mengambil inspirasi daripada pembinaan kapal sekali gus menjadikan ruang kediaman nampak bergaya dan tersendiri.
Nak tahu bagaimana cara pemasangan dan bahan-bahan yang diperlukan, ayuh ikuti perkongsian daripada Nurul Aini.
Pkpb kali ni makeover dinding yang bertompok dengan kesan cat ni dengan shiplap..dinding tu jadi bertompok camtu lepas saya cabut wallpaper lama.
Kalau boleh kikis better kikis sebab nak ratakan dinding..tapi kalau dinding dah rata tak kikis pun tak apa.
Peralatan & kos:
1. MDF board – RM93
(3mm x 150mm x 4 kaki)&(3mm x 150mm x 2 kaki)
2. Gam silikon – RM7.50 X 2
3. Wood filler (tutup gap)- RM10
4. Cat Nippon Paint (capitol gold)- RM130
Step 1 : Letakkan gam pda MDF board dan tampal di dinding.
Step 2 : Jarak-jarak antara board pakai 2 keping duit syiling jer.
Step 3 : Selepas itu letak filler antara gap supaya tidak nampak kesan gap.
Step 4 : Kemudian cat dua layers
Step 5 : Siap
Ekstra info :
Saya beli memang beli dah siap saiz camtu..boleh pilih 4 kaki or 2 kaki..yang lebih sikit-sikit tu guna pisau / gergaji kecik
Total penggunaan
4 kaki = 32 keping
2 kaki = 16 keping
Sumber : Nurul Aini Md Desa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rutin Setiap Tahun Untuk Gembirakan Isteri, Suami Ni Jahitkan Sendiri Baju Raya 30 Helai. Memang Awesomelah!

Pelbagai cara seorang suami menzahirkan rasa kasih, sayang dan penghargaan kepada isteri tercinta. Tidak hanya dengan dilafazkan dibibir malah dibuktikan dengan tindakan dan perlakuan bagi memastikan pasangan berasa bahagia dan gembira.
Ini samalah kisahnya seperti yang dilaporkan Harian Metro, demi menggembirakan isteri yang disayangi, seorang suami iaitu Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman sanggup menjahit 30 pasang baju raya untuk digayakan oleh isterinya sepanjang Syawal nanti.
Watch on TikTok
Sejak Tahun Pertama Berkahwin Jahitkan Baju Isteri
Syed Muhammad Shah Hasif, 29, atau mesra disapa Syed dari Seri Alam, di sini berkata, rutin itu dilakukan sejak tahun pertama mendirikan rumah tangga lagi.
Menurut Syed, isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 23 tidak pernah meminta namun dia sendiri yang mahu menjahit baju raya berkenaan.
“Ini tahun ketiga saya menjahit baju raya buat isteri dan saya lakukannya kerana gemar menjahit.
“Malah, saya turut menjahit pakaian untuk dipakai isteri sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan kami, tiga tahun lalu.
“Isteri tidak cerewet, dia terima saja dan mengakui seronok kerana dapat menggayakan baju raya hasil kerja tangan saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Syed berkata, dia membuat persiapan enam bulan lebih awal untuk menghasilkan semua baju berkenaan.
Katanya, kerja menyiapkan baju itu dilakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa dan lazimnya ia siap sebelum Ramadan.
“Enam bulan sebelum hari raya, saya akan membeli kain untuk digunakan bagi menjahit baju.
“Bila ada kelapangan, saya akan menjahit baju berkenaan supaya semua 30 pasang baju siap awal dan dapat digayakan isteri sepanjang Syawal,” katanya yang mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun diberi nama Syed Muhammad Nouie Jaeden El-Alawi.
Syed berkata, dia tidak berasa apa yang dilakukannya itu satu pembaziran, sebaliknya mahu baju itu menjadi kenangan buat isterinya seandainya dia tiada suatu hari nanti.
Menurutnya, dia tidak hanya menjahit baju untuk dipakai isterinya ketika hari raya saja.
“Ini kerana saya ada hasilkan baju untuk dipakai isteri ke majlis kenduri dan lain-lain lagi.
“Ini cara saya menghargai dan memberi kegembiraan buat isteri dan Syawal tetap perlu diraikan walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.
“Saya pernah pakai baju raya sama selama lapan tahun ketika zaman bujang dulu, jadi saya tidak mahu isteri dan anak melalui pengalaman sama,” katanya yang turut menghasilkan baju raya buat anaknya.
Sumber : Harian Metro & Tik Tok @prince.syed.shahid
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ibu-Ibu Yang Mahu Langsing Dan Awet Muda, Cuba Teh Jintan Manis Ini. Gerenti Puas Hati!

Biasanya, rempah ini digunakan di dalam masakan. Jangan tak tahu, jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia memiliki khasiat tersendiri buat anda yang ingin menurukan berat badan. Kaum wanita khususnya yang mahu badan langsing boleh cuba teh jintan manis.
Dengan pengambilan secawan teh jntan manis pada waktu malam juga dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini.
Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan. Selain itu, ia juga membantu mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid.
Kawal tahap kolesterol
Kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh-lenguh otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser.
Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!
Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid dan menopaus, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf.
Merawat gejala pra-haid, pra-menopaus dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)
Penyediaan Teh Jintan Manis
Bahan-Bahan
1 sudu jintan manis
2 gelas air
Cara :
- Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
- Masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadiRebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
- setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Kacau dan minum 3 kali sehari (sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Jika rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (selama 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan berkilo-kilo dari berat badan) cubalah secawan teh jintan manis .
Jika diamalkan berterusan, kita akan merasa manfaat dan kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dalam badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yang membersih darah, buah pinggang, paru-paru dan limpa. Untuk kesan yang terbaik perlu istiqamah.
kredit : Suriani Senapi
“Bukan Isu Malas Kerja, Jangan Tambah Kepedihan Mereka.” Bonda Rozita ‘Tegur’ Dato Vida Isu Bendera Putih!

Usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida (DSV) menerima kecaman hebat daripada netizen susulan satu kenyataan yang dikongsi menerusi satu video di laman Tiktok.
Dalam video tersebut, dia memberi nasihat kepada golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 supaya tidak bergantung harap kepada bantuan semata-mata.
Kenyataan DSV itu nyata menimbulkan pelbagai reaksi ramai. Terbaru, Bonda Rozita Ibrahim antara yang turut memberi respond berkenaan ‘nasihat’ yang telah diberikan oleh DSV itu.
Dato Vida ” janganlah gunakan alasan PKP pendapatan terjejas sampai nak beli Pampers anak pun tak boleh – usaha ” – Sy minta maaf dulu pada datuk Vida apa saya ulas ni adalah baik2 belaka untuk semua orang.
Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Malas kerja ..!! Kalau dulu xda COvid mana ada org kebar bendera putih nak minta makanan ..!! Byk lagi pemalas jahat penipu besar tak pakai bendera putih pun, itu lagi mencuri malas yg lebih jahat – menakutkan ,dibenci oleh negara.
Ujar ibu kepada Datuk Aliff Syukri ini lagi, dia pernah melalui saat kemiskinan suatu ketika dahulu. Justeru, dia memahami apa yang dirasai oleh golongan ini.
Sy pernah lalui kemiskinan tp bukan dlm Covid – Tak semua org miskin meminta2 ..!! ayat malas xsesuai digunakan dlm rakyat stress – kita simpati kita kena ada sensitivity sbb manusia sekarang sgt teruk perasaannya- posting berhati2 utk menjaga perasaan hati semua orang ” rakyat tolong rakyat – kami x nak ada yg kelaparan & bunuh diri ..!!
Org bersimpanan RM byk ada sikit % je, klu lama mana pun xboleh bertahan – Covid ni xtau lama mana lagi. lihat saja berapa byk company besar bankruptcy- berapa byk hilang kerja & bercerai sbb Covid – Dlm isu sekarng kita jgn salahkan sesiapa pun ..!!
Ulas Bonda Rozita lagi, tiada orang yang sanggup menebalkan muka menaikkan bendera sekiranya tidak terdesak. Apatah lagi dengan situasi sekarang.
Kita semua dah cukup tertekan – kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan. LOGIKNYA tak da org suka naikan bendera putih – sy tengok pun sedih dan sy tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sbb rakyat kita bukan jenis meminta minta
Semua org nak kerja – xharap duit kerajaan ..!! Kita nak kehidupan bebas dulu – Kita semua dh usaha mcm2 – kalau dah Kawat besi – saman sana sini – Viral langgar SOP – sedangkan anak rumah lapar itu tekanan besar pd Kami – belum lagi sakit risau ,rindu mak ayah tua dikampung.
Dalam pada itu, Bonda Rozita mengakui apa yang disampaikan oleh DSV adalah untuk menaikkan motivasi buat masyarakat. Namun apa yang disampaikan itu hanya membuatkan golongan ini semakin tertekan.
Bonda respect Dato Vida juga sbb niat dia bagus nak kasi motivasi pd rakyat Msia yg mana niat dia baik sangat – tetapi rakyat kita xperlu motivasi begitu saat begini – mereka lagi down nanti.
Mereka dlm gelora & down , jgn kita tambah kepedihan mereka – Kita org tua Dato Vida, byk pengalaman suka duka
.
mental rakyat msia serabut sangat dah – Hanya segelintir myb 2% antara kita rakyat ni yg kehidupan senang makan pakai atau hatinya. Perhatikan “Allah memberikan kekuatan – sabar rezeki yg xsama dan xsemua org boleh usaha mcm u Dato Vida sy niaga juga – sy sendiri stuck..!! Sy down sbb lihat rakyat sakit mental dgn Covid ni kita x tau bila nak selesainya.
Ujar Bonda Rozita lagi, andai tidak mampu membantu , usah menambah kesedihan pada diri golongan ini.
Hati org ramai kena jaga – kita buat posting yg lawak2 ke – kasi info ke – hiburkan mereka. Itu lebih sesuai xsemua org boleh usha klu xda ilmu xda modal – kita terkurung – jika kita
x mampu nak sedekah semua org- jangan usik hati mereka..! melainkan menyenangkan hati mereka ..!!
Bonda tau Dr Viva baik dn suka bantu orang just tukar teknik u supaya tak tambah kekeruhan yg sedia ada Bonda respect Dato Vida ushawan yg kuat dn ceria.
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.