Umumnya setiap pasangan suami isteri ingin dikurniakan anak lelaki dan anak perempuan untuk melengkapkan lagi hidup berumah tangga. Pun begitu, bukan ‘kerja’ kita untuk menentukan jantinan anak yang akan dilahirkan. Dan yakinlah setiap kurniaan Allah itu ada hikmahnya.

Ini sebagaimana menurut Puan Siti Maisarah yang dikurniakan berderet anak lelaki, lima kesemunya! Beliau melihat kurniaan ini cukup istimewa dan menerimanya dengan rasa  bersyukur apatah lagi merasakan dirinya seakan Permaisuri dikalangan 5 puteranya.

Oleh itu, ayuh ikuti perkongsian yang cukup menarik ini.


Apabila saya kemana, ditanya dengan persoalan,
“Ya Allah, semua 5 lelaki ke? Macamana Sarah jaga?”

Saya hanya mampu tersenyum.
Sempat saya berseloroh,
“Anak pertama kedua ni, memang jadi harimau singa.
Tapi masuk no 5, dah jadi Naga berapi uminya. Hahaha”

Dikurniakan Berderet Anak Lelaki, 5 Kesemuanya! Ibu Ini Rasa Cukup Bersyukur!

Ads

Org arab kata, Get what I mean?
Yes! Bukan semudah yg disangka.

Kalau yg pertama lelaki, adalah bonus bagi saya.
Anak kedua lelaki, Allah nak bagi Kawan Untuk abangnya.
Anak ketiga juga lelaki, Allah nk bagi Geng Surau ayahnya.
Yang keEmpat juga lelaki, itu tanda Allah cukup kan pengusung Jenazah saya.

Dikurniakan Berderet Anak Lelaki, 5 Kesemuanya! Ibu Ini Rasa Cukup Bersyukur!

Dan apabila yg ke5 juga lelaki,
Tiada ungkapan yg terbaik melainkan syukur tak terhingga.
Bererti Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri dikalangan mereka.

Ads

Seringkali juga saya ditanya,
“Tak teringin ke Anak perempuan? ”
Tipulah kalau tak teringin. Saya juga manusia normal.
Tapi itu kuasa Allah swt.
Bukan terletak pada kuasa saya.

Allah lebih mengetahui,
Kenapa Allah mengurniakan saya semua Anak lelaki.
Kerana Allah mahu saya kuat!

Ya!. Saya mesti kuat.
Untuk mereka. Untuk saya.

Ads

Wahai IBU yang punya Anak semua lelaki,
Jangan sedih. Jangan merintih.
Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat mereka..

Ya Allah,
Jaga kan pahlawan muda saya.
Moga menjadi pahlawan syurga.amin.

Doakan saya moga kuat menjaga mereka.

sumber  Siti Maisarah Saifuddin

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI