Anak itu anugerah yang amat bernilai. Ada pasangan yang sukar mendapat anak, ada pasangan dikurniakan rezeki mempunyai anak yang ramai. Begitu yang dilalui pasangan Nor Shaeriani dan Mohamad Farisha.
Mereka dikurniakan tujuh orang anak perempuan yang berusia di antara dua bulan sehingga 13 tahun. Namun jauh disudut hati pasangan ini mempunyai impian untuk menimang anak lelaki pula sebagai pelengkap rumahtangga. Bukan tidak bersyukur kurniaan Ilahi tetapi naluri ingin jua memiliki zuriat lelaki.
“Masa mula dapat anak sulung perempuan, saya dan suami memang nak ‘cari’ anak lelaki. Kemudian dapat anak kedua, ketiga pun perempuan. Kami bersyukur namun tetap pasang impian nak dapatkan cahaya mata lelaki.
“Anak keempat dan kelima pula sepasang kembar, dan dua-dua perempuan juga. Begitu juga dengan anak keenam dan yang ketujuh.
“Saya dan suami okay sahaja, dan berharap dikurniakan anak lelaki selepas ini, mudah-mudahan sebelum berusia 40 tahun. Ada lagi tiga tahun untuk kami mencuba. Manalah tahu, dapat rezeki kembar lelaki pula,” kata wanita berusia 37 tahun ini.
Cuba pelbagai petua
Pasangan ini juga cuba pelbagai petua supaya impian mereka tercapai. Ia termasuk cadangan supaya ‘mencuri’ senduk di rumah orang yang mempunyai anak lelaki.
“Sejujurnya selepas dapat kembar, baru saya rasa nak tanya petua dapat anak lelaki. Ada orang kata, kena curi senduk di rumah keluarga yang ada ramai anak lelaki. Saya tak mahulah curi-curi ni… tapi kalau beritahu tuan rumah, tak menjadi.
“Dari segi pemakanan, kami juga ikut petua orang yang sarankan makan banyak daging dan seafood. Saya dan suami dua-dua cuba. Sampai suami ‘complaint’ kolesterol dia naik. Akhirnya tetap dapat baby perempuan juga.
Apa pun bagi pasangan ini, anak-anak adalah rezeki dari Tuhan. Pasti ada hikmahnya.
“Ini semua rezeki dari Tuhan. Pasti ada hikmahnya Dia nak bagi lelaki atau perempuan. Kita tak tahu. Kalau semua perempuan pun tak apa, nanti tunggu menantu lelaki pula.”
Semoga ada rezeki pasangan ini untuk mendapat zuriat lelaki pula.
Pengurusan anak ramai trik konsep ‘mak malas’.
Dalam pada itu, Nor Shaeriani sempat berkongsi tip menguruskan anak-anak perempuannya. Boleh dijadikan panduan bersama.
5 tips cara Mak ‘malas’ didik 6 anak pompuannya
1.Sebelum tidur
Mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak-anak dia. Cuma Mak ‘malas’ membobel la jangan smpi esok kul 8 baru nk g sekolah…Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil
2.Anak makan
Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Tapi Mak ‘malas’ akan pastikan 1 keluarga makan bersama-sama apabila tiba time makan..Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Anak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja
3.Anak main
Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Selagi X selesai Mak ‘malas’ akan membobel kasi kemas betul2
4.Anak mandi
Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Anak kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’
5.Spring cleaning
Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, kak ngah dengan adik cuci toilet, papa buang sampah, kemas dapur”
Nasiblah dapat Mak ‘malas’. Lagi2 la sekarang Mak ‘malas’ kuat membobel time membuyung ni..bb dalam perut pun automatik terdidik oleh Mak ‘malas’
Hakikatnya Mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak didik anak tentang tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli
Biar Mak ‘malas’ memetir sekarang daripada akan datang menyusahkan suami, dan menyusahkan isteri. “Mak ko tak ajar dari kecik ke?”. Eh..eh..lupa pulak anak Mak ‘malas’ mane ada laki kan …so , esok2 jgn smpi laki korang ckp mcm ni tau.
Bagus trik ‘mak malas’ ni. Boleh dijadikan paduan buat ibu-ibu untuk mendidik anak-anak berdikari. Inspirasi!
Sumber: Mstar & Shaeriani A Hamat