Dikurniakan 11 Anak, Raih Perhatian & Netizen Lebih Rasa Bangga Dengan Isteri Pasangan Ni!

Share

Pasangan Ni Dikurniakan 11 Anak, Netizen Lebih Rasa Bangga Dengan Isteri Pasangan Ni!

Anak ialah satu amanah dan anugerah yang sangat berharga. Pun begitu mungkin ada yang merasakan di zaman ini bilangan anak tidak perlu ramai. Bukan kerana menolak rezeki, namun banyak perkara difikirkan untuk mempastikan keluarga hidup dengan harmoni dan sempurna.

Namun lain pula kisahnya bagi pasangan suami isteri, Shamsuri, 38 dan pasangannya Rosnaida Ismail, 36, yang berkahwin pada tahun 2005 dianugerahkan dengan 11 orang anak, iaitu enam lelaki dan lima perempuan dengan anak sulung berusia 17 tahun, manakala anak bongsu berusia setahun.

 

 

Menurut Shamsuri, dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai dan menganggapnya sebagai rezeki daripada Allah SWT.

“Ramai juga salah sangka ingat saya ada lebih seorang isteri kerana ada ramai anak, tetapi hakikatnya saya tidak berkahwin lebih daripada satu.

“Saya dan isteri berkahwin kira-kira 18 tahun lalu ketika sedang menuntut di universiti. Nawaitu (niat) kami kahwin kerana Allah, jadi syukur sangat dengan rezeki Allah bagi iaitu ada anak ramai yang jaraknya selang setahun serta dua tahun.

“Saya memang suka anak ramai. Ia kerana adik-beradik saya pun ramai, 13 orang semuanya dan saya anak ke-11.

“Isteri pula okey dan kiranya kami satu kepala suka anak ramai. Lagipun, isteri ada tiga beradik saja,” katanya sebagaimana memetik perkongsian bersama Harian Metro.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Bercerita lanjut, Shamsuri berkata, memiliki anak ramai membuatkannya bekerja lebih keras bagi memastikan keperluan dan kebajikan anak terbela. Sebagai bapa, Shamsuri seboleh mungkin memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

“Bukan senang ada anak ramai kerana 11 orang ada 11 perangai berbeza. Banyak juga perkara perlu difikirkan termasuk yuran persekolahan kerana ada lapan masih bersekolah dan semuanya perlukan kos.

“Anak ramai perlukan tahap kesabaran dan kekuatan tinggi, tetapi alhamdulillah dengan izin Allah, semuanya dipermudahkan untuk dijaga dari kecil sampai sekarang.

“Ia hasil bantuan isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa dan anak yang besar bantu uruskan adik mereka,” katanya.

Shamsuri berkata, dia tidak menyangka perkongsian video di TikTok mendapat perhatian ramai warganet.

“Ikutkan, saya tidak aktif di TikTok jadi tak sangka ramai menonton video dimuat naik. Niat saya sebenarnya nak bagi semangat kepada orang lain supaya jangan malu ada anak ramai kerana segelintirnya begitu.

“Bukan niat saya untuk menyinggung, melukakan hati atau menunjuk-nunjuk kepada mereka yang tiada anak kerana zuriat itu milik Allah, bukan kita.

“Kita rancang macam mana sekalipun, kalau Allah nak bagi, Dia bagi dan saya bersama isteri cuma berusaha untuk ramaikan lagi umat Nabi Muhammad,” katanya.

@shamsuri_safie #AllhamdulillahUsratiJannati #Ceriaselalu #JanganmengkhufurinikmatAllah ♬ SWIPE – ALYPH

Sementara itu, Rosnaida menganggap pengalaman melahirkan 11 cahaya mata adalah perkara normal bagi setiap wanita yang bergelar ibu.

“Alhamdulillah, setakat ini kelahiran anak semuanya normal dan dipermudahkan Allah. Bahkan semua kelahiran awal dari tarikh sepatutnya.

“Perasaan setiap kali melahirkan anak masih sama iaitu teruja, sama saja daripada yang sulung sampai bongsu,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kekuatan dan keberanian isteri ini yang melalui proses kelahiran hingga 11 kali dan semuanya secara normal. Malah tidak kurang juga memuji personaliti ibu ini yang kekal cantik dan slim  meskipun ramai anak.

Sumber : Harian Metro & Tiktok shamsuri_safie

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club