Pasangan Ni Dikurniakan 11 Anak, Netizen Lebih Rasa Bangga Dengan Isteri Pasangan Ni!
Anak ialah satu amanah dan anugerah yang sangat berharga. Pun begitu mungkin ada yang merasakan di zaman ini bilangan anak tidak perlu ramai. Bukan kerana menolak rezeki, namun banyak perkara difikirkan untuk mempastikan keluarga hidup dengan harmoni dan sempurna.
Namun lain pula kisahnya bagi pasangan suami isteri, Shamsuri, 38 dan pasangannya Rosnaida Ismail, 36, yang berkahwin pada tahun 2005 dianugerahkan dengan 11 orang anak, iaitu enam lelaki dan lima perempuan dengan anak sulung berusia 17 tahun, manakala anak bongsu berusia setahun.
Menurut Shamsuri, dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai dan menganggapnya sebagai rezeki daripada Allah SWT.
“Ramai juga salah sangka ingat saya ada lebih seorang isteri kerana ada ramai anak, tetapi hakikatnya saya tidak berkahwin lebih daripada satu.
“Saya dan isteri berkahwin kira-kira 18 tahun lalu ketika sedang menuntut di universiti. Nawaitu (niat) kami kahwin kerana Allah, jadi syukur sangat dengan rezeki Allah bagi iaitu ada anak ramai yang jaraknya selang setahun serta dua tahun.
“Saya memang suka anak ramai. Ia kerana adik-beradik saya pun ramai, 13 orang semuanya dan saya anak ke-11.
“Isteri pula okey dan kiranya kami satu kepala suka anak ramai. Lagipun, isteri ada tiga beradik saja,” katanya sebagaimana memetik perkongsian bersama Harian Metro.
Ads
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bercerita lanjut, Shamsuri berkata, memiliki anak ramai membuatkannya bekerja lebih keras bagi memastikan keperluan dan kebajikan anak terbela. Sebagai bapa, Shamsuri seboleh mungkin memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
“Bukan senang ada anak ramai kerana 11 orang ada 11 perangai berbeza. Banyak juga perkara perlu difikirkan termasuk yuran persekolahan kerana ada lapan masih bersekolah dan semuanya perlukan kos.
“Anak ramai perlukan tahap kesabaran dan kekuatan tinggi, tetapi alhamdulillah dengan izin Allah, semuanya dipermudahkan untuk dijaga dari kecil sampai sekarang.
“Ia hasil bantuan isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa dan anak yang besar bantu uruskan adik mereka,” katanya.
Ads
Shamsuri berkata, dia tidak menyangka perkongsian video di TikTok mendapat perhatian ramai warganet.
“Ikutkan, saya tidak aktif di TikTok jadi tak sangka ramai menonton video dimuat naik. Niat saya sebenarnya nak bagi semangat kepada orang lain supaya jangan malu ada anak ramai kerana segelintirnya begitu.
“Bukan niat saya untuk menyinggung, melukakan hati atau menunjuk-nunjuk kepada mereka yang tiada anak kerana zuriat itu milik Allah, bukan kita.
“Kita rancang macam mana sekalipun, kalau Allah nak bagi, Dia bagi dan saya bersama isteri cuma berusaha untuk ramaikan lagi umat Nabi Muhammad,” katanya.
Sementara itu, Rosnaida menganggap pengalaman melahirkan 11 cahaya mata adalah perkara normal bagi setiap wanita yang bergelar ibu.
“Alhamdulillah, setakat ini kelahiran anak semuanya normal dan dipermudahkan Allah. Bahkan semua kelahiran awal dari tarikh sepatutnya.
“Perasaan setiap kali melahirkan anak masih sama iaitu teruja, sama saja daripada yang sulung sampai bongsu,” katanya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kekuatan dan keberanian isteri ini yang melalui proses kelahiran hingga 11 kali dan semuanya secara normal. Malah tidak kurang juga memuji personaliti ibu ini yang kekal cantik dan slim meskipun ramai anak.
Benda ni nampak simple. Tetapi jika ibu bapa tak ambil perhatian, ia boleh menjadi suatu masalah besar.
Ikuti tindakan yang betul bila ada objek masuk dalam hidung anak. Dr Ezairy,
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak jelaskan dengan lanjut.
Ini yang berlaku kepada pesakit kami. Foreign body nose merupakan antara masalah biasa yang kami temui di Klinik Pakar ENT.
Jika anak anda termasukkan sesuatu ke dalam hidung, ikuti langkah ini
✅ Bertenang dan jangan panik
✅ Jangan cuba-cuba untuk mengeluarkan objek tersebut dengan apa-apa alatan. Ia berisiko tertolak ke dalam
✅ Terus sahaja ke hospital terdekat, rujukan ke pakar ENT akan dilakukan
Masalah utama yang kami temui ketika pesakit dibawa berjumpa kami ialah pesakit dah trauma. Nampak kami je dah menangis, sebab dah banyak kali cuba untuk dikeluarkan.
Masalah nombor dua, apabila dah pernah cuba dikeluarkan dengan alatan yang tidak sesuai, ia bahkan menolak lagi ke dalam. Anak-anak jadi lebih tantrum, objek pun lagi masuk ke dalam. Kami di klinik ENT jadi lebih sukar nak keluarkan.
Kami ada alat yang lengkap, cara terbaik ialah menggunakan alat sesuai dan cubaan pertama kali mengeluarkan objek tersebut. Anak kita pun tak trauma lagi.
Nota kesihatan : apabila objek dah terlalu dalam, anak-anak pun dah trauma, hidung pun dah luka sebab dah banyak kali cuba dikeluarkan, kami di ENT terpaksa bawa pesakit ke dewan bedah. Ini yang kalau boleh kami nak elakkan jika boleh, kerana prosedur ni boleh dilakukan di klinik sahaja.
Apabila video tular memaparkan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak baru- baru ini, ternyata menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Pun begitu dalam sedar atau tidak, sebenarnya kes buli di zaman belajar bukan lah perkara baru. Malah sudah lama berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Senior pukul junior, ia seakan satu budaya yang dibawa dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai antara kita dahulunya pernah menjadi mangsa buli rakan-rakan. Ini seperti mana kisah peribadi yang dikongsikan oleh pakar motiovasi yang tidak asing lagi namanya, iaitu Dr Tengku Asmadi.
Rupanya siapa sangka dia juga pernah menjadi mangsa buli hingga membuatkan dia nekad untuk melawan keganasan tersebut dengan tindakan yang boleh merosakkan masa depannya.
KISAH BENAR SAYA DIBULI
Dulu sewaktu kecil saya membesar di kampung tanpa ayah. Hanya emak sahaja yang ada. Emak pula turun lepas subuh dan pulangnya ada ketikanya lepas Maghrib kerana mencari rezeki sebagai tukang masak di restoran di bandar Kuala Terengganu.
Al kisahnya, di kampung saya itu memang ada remaja yang nakal dan pembuli. Dan saya antara yang sering dibuli. Mereka pegang saya dan pakat ketuk kepala ramai-ramai. Orang Terengganu kata ‘kherpok’. Bahasa bakunya ‘Luku’. Maklumlah saya ni dulunya kurus dan halus sahaja. Dan semua ini dilakukan atas arahan seorang yang berlagak ketua dan samseng.
Nekad Lawan
Kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu, satu hari saya keluar dan selit pisau daging dalam baju. Niat saya hari ini, siapa yang buli aku, aku tetak.
Entah macam mana hari itu, tiada seorang pun yang datang membuli. Maka terhindarlah dari sebarang petaka. Usia saya masa itu baru 14 tahun. Apa lah sangat anak usia 14 tahun, membesar tanpa ayah dan terbiar ini tahu berfikir panjang.
Jika berlakulah perkara yang tidak baik masa itu, maka hidup dan nasib saya mungkin tidak seperti hari ini. Tiadalah insan bernama Dr. Tengku Asmadi seperti hari ini.
Syukur, asbab berkat doa ibu, Allah lindungi saya. Apa yang saya nak beritahu, buli boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Yang membuli boleh lakukan perkara buruk. Yang dibuli kerana mempertahankan diri juga boleh melakukan perkara buruk.
Aura Aidilfitri semakin dirasai oleh semua umat Islam, apabila sejak semalam lagi warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.
Seronok bila dapat berkumpul semula bersama adik-beradik dan sanak saudara selepas dua tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama-sama.
Dalam pada seronok hendak beraya bersama ahli keluarga, kadangkala kita terlupa ada perbuatan atau percakapan kita tanpa sengaja boleh melukakan hati orang lain.
Hari Raya yang sepatutnya menjadi hari saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim menjadi hari saling ‘kecam-mengecam’ pula.
Selain daripada itu jangan dilupakan juga tentang COVID-19 yang masih ada lagi dalam kehidupan kita. Walaupun banyak SOP sudah dilonggarkan menjelang esok tetapi kita tetap kena jujur dalam menganalisis kesihatan diri sendiri.
Pesanan ringkas dan nampak sedikit lucu yang dikongsi oleh doktor selebriti, Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya bolehlah kita jadikan panduan bersama agar sentiasa menjaga diri sendiri, ahli keluarga dan komuniti sekeliling kita.
Semoga lebaran kali ini benar-benar membawa kenangan paling bermakna kepada kita semua selepas mengharungi pelbagai dugaan selama dua tahun memerangi COVID-19.
Selamat pulang ke kampung halaman masing2 semua. Lama tak beraya kat kampung kan? Masa Hari Raya nanti ingatlah:
❌️ Jangan keluar rumah kalau bergejala. Buat self test COVID-19
❌️ Jangan dok compare2 perkembangan anak orang lain tak boleh buat itu ini lagi. Setiap anak berbeza perjalanannya
✅️ Makanlah sedap puas2. Biasalah naik badan sikit nanti. Sebab tu panggil Hari Lebaran. Bukan Hari Kempisan/Tirusan
✅️ Bersenamlah balik lepas makan sedap banyak2 tu. Sedarlah diri sikit
Stay safe semua n jangan gaduh2 kecik hati cepat pastu viral2 kat sosial media. Kongsilah benda2 positif. Sikit2 nak viral
Selamat berLEBARan semua
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.