Dijamin Kos Belanja Ramadan & Raya Tahun Ni Sama Macam 3 Tahun Lepas Hanya Di Lotus’s!

Share

Tekanan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, makanan dan perkhidmatan asas ini di antara barangan yang wajib kita gunakan. Bahkan hal ini turut memberi kerisauan antara kita bila memikirkan tentang persiapan menyambut Ramadan dan Syawal.

Pastinya pada dua bulan ini kita menjangkakan jumlah perbelanjaan isi rumah akan lebih banyak berbanding bulan-bulan biasa.

Lebih-lebih lagi untuk belian barang basah seperti ikan, ayam daging, sayur dan sebagainya. Tidak dengan itu, umumnya bila bulan Ramadan pasti kita gandakan pembelian produk minuman yang menyegarkan untuk dinikmati saat berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

Itu bermakna peruntukan berbelanjaan perlu juga digandakan!

Apatah lagi andai ada yang ingin membuat jamuan kecil-kecilan untuk meraikan kunjungan keluarga terdekat di sepanjang Syawal ini. Perbelanjaan perlu juga dirancang agar semuanya dapat dilaksanakan tanpa ada rasa tekanan dalam berbelanja.

Jangan Risau Lotus’s Kan Ada!

Percaya atau tidak sebenarnya sekarang ini Lotus’s ada membuat promosi luar biasa yang pastinya akan menguntungkan setiap pelanggan yang berbelanja barangan dapur dan keperluan lain.

Kempen #imbasbalikharga2019 yang diperkenalkan Lotus’s  bermula 31 Mac yang lalu  hingga 25 Mei 2022 ini, dijamin akan memberikan keceriaan berganda buat kita semua dalam membuat persiapan Ramadan dan Syawal. Apa tidaknya, kempen ini membawa maksud semua barangan terpilih akan menggunakan balik harga yang dijual pada tahun 2019! Sah-sah harganya lebih murah kalau hendak dibandingkan dengan harga sekarang!

Kalau tidak percaya jom kita semak harga yang ditawarkan oleh Lotus’s bersempena kempen #imbasbalikharga2019, ini antaranya adalah seperti Minuman Berkarbonat Air Fanta  1.75L (Anggur, Oren, Strawberi). Dijual hanya RM1.99 sahaja dan jika ingin dibandingkan dengan harga pasaran kini anggaran RM3.50. Penjimatan cukup ketara dan bolehlah dibeli untuk dijadikan stok minuman ketika berbuka atau meraikan Syawal akan datang.

Begitu juga dengan pembelian Pek Berkembar Tropicana Twister Orange 1.5L, harga yang ditawarkan oleh Lotus’s adalah RM7.99 sahaja berbanding harga di pasaran sekarang sekitar RM10 atau RM11. Melihat perbezaan harga ini pastinya boleh buat kita tersenyum lega kerana banyak penjimatan dapat dilakukan.

Satu lagi barangan yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja adalah Beras Jasmine Super Special Super Import 10KG dijual dengan harga RM23.99 sahaja. Begitu juga dengan belian bawang putih hanya RM4.99/kg dan Santan Kelapa Kara RM 12.99 untuk 5 pek. Murah bukan? Semuanya ditawarkan dengan harga pada tahun 2019!

Itu belum lagi jika kita lihat tawaran harga untuk Aiskrim Nestle 1.5L yang digemari ramai, dijual hanya RM5.99 sahaja.  Memang cukup mengujakan untuk dimiliki dan rugi jika dilepaskan begitu sahaja. Begitu juga buat keluarga yang meminati minuman kopi jenama Nescafe 3-dalam-1 hanya RM9.99. Manakala RM6.99 jika kita membeli produk Uncang Teko Teh Lipton P80.

Apa yang pasti, banyak lagi produk terpilih yang ditawarkan dengan harga di tahun 2019 dan bolehlah anda kunjungi ke Lotus’s untuk melihat sendiri. Rugi sekiranya dilepaskan begitu sahaja, apatah lagi dengan pembelian di Lotus’s memberikan keuntungan berganda kepada kita sebagai pelanggan.

Syoknya Berbelanja

Melihat senarai harga dan barangan yang ditawarkan Lotus’s pastinya buat kita teruja untuk berbelanja. Apa tidaknya boleh dikatakan begitu banyak penjimatan dapat dinikmati bila berbelanja di Lotus’s bersempena kempen #imbasbalikharga2019 yang dilancarkan.

Apa yang lebih syok dan membahagiakan kita sebagai pengguna adalah pastinya dapat membeli dengan harga dulu-dulu yang jauh lebih murah!

Kata orang rezeki ayam nampak di kaki, rezeki kita tiada siapa yang tahu. Jadi bolehlah kita anggap dengan tawaran harga yang lebih rendah diberikan oleh Lotus’s ibarat satu rezeki juga buat kita semua.

Setidak-tidaknya terasa lega di hati bila memikirkan wang belanja untuk pembelian barangan dapur  dan keperluan lain sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Jadi untuk anda ketahui lagi apa yang menarik ditawarkan oleh Lotus’s sepanjang kempen #imbasbalikharga2019 bermula 31 Mac  hingga 25 Mei 2022,  sila layari website https://corp.lotuss.com.my/  atau dapatkan info terkini di facebook Lotus’s Malaysia