Diet Pun Boleh Makan Sedap! Hilang 32KG Dengan Variasi Menu Berasaskan Roti

Share

Kalau sebut diet je, mesti terbayangkan menu yang penuh dengan makanan warna hijau, semestinya sayur dan tidak menyelerakan! Tapi, sebenarnya banyak resipi mudah yang senang diolah sesuai dengan kalori yang boleh diambil ketika diet. Cuma kita tak tahu je!

Jadi, tak salah pun nak makan makanan sedap seperti yang dilakukan oleh Nurul Ain Arbaai. Jom kita tengok 8 resepi berasaskan roti untuk anda cuba.

8 IDEA MENU DIET YANG BERASAKAN ROTI

Saya share kan antara idea menu beserta resepi yang boleh dibuat daripada roti. Pelbagaikan menu sihat supaya tak bosan & diet happy-happy.

❌ 32kg loss tanpa sebarang produk
✅ Flexible diet (eat all foods but moderately)

1. ROTI JOHN SIHAT

Bahan-bahan:
Ayam kisar – 1 cawan
Telur – 2 biji
Bawang merah – 1/2 biji sederhana
Bawang putih – 1 ulas
Cili – 2 biji
Serbuk cili – 1 sk
Serbuk kari – 1 sk
Garam bukit sedikit
Roti wholemeal
Cheese slice (beqa super slim)
Salad
Kubis
Timun
Sos cili (sedikit sahaja)
Mayonis (kewpie pink)

Cara-cara:
1. Masak ayam kisar dengan sedikit olive oil atau minyak biasa sehingga masak. Ketepikan.

2. Untuk filling, campurkan telur, bawang merah (dadu), bawang putih (dadu halus), cili, serbuk cili, serbuk kari, & garam bukit sedikit.

3. Tuang filling ke atas non stick pan seperti dalam video dan letakkan roti wholemeal. Ain celup dulu roti wholemeal dengan filling.

4. Terbalikkan dan tunggu sehingga keperangan.

5. Letak cheese, salad, kubis, timun. Boleh tukar dengan apa2 sayur kegemaran.

6. Letak sedikit sos cili & mayonis kewpie pink atau dressing kesukaaan. Siap!

2. PUDING ROTI COKLAT SIHAT

Bahan-bahan:
Roti wholemeal – 2 keping
Cocoa Peanut Butter @nutasty.my – 1 tbsp
Telur – 1 biji
Susu segar – 3/4 cup
Unsalted butter (melted) – 1 tbsp
Cinnamon powder – 1/2 tsp
Pure honey – 1 tbsp
Kismis secukupnya
Cara-cara:
1. Sapu cocoa peanut butter @nutasty.my antara roti dan potong roti saiz kecil.

2. Campur semua bahan (3-7).

3. Masukkan roti tadi ke dalam bancuhan 2. Biarkan dalam 20 minit sehingga roti kembang.

4. Masukkan kedalam bekas kecil (ramekin/aluminium, cupcake) dan tabur kismis sebagai topping.

5. Bakar menggunakan air fryer (suhu 180℃ selama 10 minit). Siap!

3. BANANA YOGURT TOAST

Bahan-bahan:
Roti wholemeal – 1 keping
Natural yogurt – 1 sb
Pure honey – 1 sb
Pisang – 1 biji (sederhana)
Cara-cara:
1. Sapukan natural yogurt ke atas roti.

2. Susun pisang yang sudah dipotong. Letak pure honey.

3. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 4 minit atau sehingga crunchy dan pisang caramelized. Siap!

4. CUSTARD TOAST

Bahan-bahan:
Natural yogurt – 3 tbsp
Telur – 1 biji
Pure honey – 2 tbsp
Kurma – 3 biji
Cashew (optional)
Roti Canadian Purple Wheat
Cara-cara:
1. Untuk custard. Mix natural yogurt, telur & pure honey.

2. Tekan bahagian tengah roti dan tuang custard.

3. Letak kurma paste yang sudah dibuang biji dan direndam dengan sedikit air.

4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 160℃ selama 7 minit.

5. Untuk campuran custard ni, boleh dapat untuk 3 keping roti. Selamat mencuba!

5. BREAD EGG TART

Bahan-bahan:
Roti wholemeal – 2 keping
Telur – 1 biji
Susu segar – 50ml
Pure honey – 1 tbsp
Esen vanilla – 1sk
Cara-cara:
1. Campur sebati bahan (2-5).

2. Masukkan roti wholemeal dalam bekas ramekin sebagai pastry.

3. Tuang bancuhan (1) ke dalam ramekin tadi.

4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 15 minit. Siap!

6. CUCUR ROTI SIHAT

Bahan-bahan:
Roti purple canadian – 1 keping (potong kecil)
Roti seeded multigrain Massimo – 1 keping (potong kecil)
Telur – 2 biji
Taugeh – segenggam
Salad – 2 helai
Carrot – 1/4 cawan
Daun kucai – 4 helai
Bawang merah (dadu) – 1/2 biji kecil
Chili flakes – 1/2 sk
Mixed herbs – 1/2 sk
Garam pink – 1/2 sk
Cara-cara:
1. Campur semua bahan. Tekan-tekan sikit supaya roti kembang (mudah dibentuk).

2. Bentukkan bulat seperti cucur. Masak menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 10 minit.

7. BREAD APPLE PIE

Bahan-bahan:
Apple merah – 1 biji
Cinnamon powder – 1 tbsp
Pure honey – 1 tbsp
Roti purple canadian – 2 keping
Cara-cara:
1. Untuk filling, buang kulit apple merah dan potong dadu.

2. Masukkan cinnamon powder & pure honey. Kacau sebati.

3. Masukkan filling ke dalam roti yang sudah dilenyekkan. Kelim roti menggunakan garpu. Boleh sapu sedikit telur kuning di atas roti.

4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 5 minit atau sehingga crunchy. Siap!

8. EGG & CHEESE SANDWICH

Bahan-bahan:
Roti Massimo Barley – 2 keping
Lectuce
Carrot
Slice cheese Beqa Superslim – 1 slice
Telur – 2 biji
Fresh milk – -1/3 cup
Garam bukit sedikit
Chili flakes sedikit
Dressing : Sos cili & thousand island

Cara-cara:
1. Untuk scrambled egg, campur telur, fresh milk & sedikit garam bukit & chili flakes.

2. Masak menggunakan non stick pan tanpa minyak.

3. Susun roti dan bahan lain seperti dalam video atau ikut kreativiti masing-masing.

Sumber : Nurul Ain Arbaai