Bila cakap bab berdiet untuk kurus, bunyinya macam mudah. Tapi ramai juga yang gagal melaksanakannya.Lebih-lebih lagi masa musim perayaan ini yang semestinya sana sini menu yang dihidangkan untuk tetamu enak-enak belaka.
Di sini ada 11 cara diet yang bukan sahaja boleh turunkan berat badan, malah menyihatkan pula bila diamalkan.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih ini.
Ramai mengeluh sebab susah sangat hendak turunkan berat badan. Betul?
Apabila sudah turun, cepat pula naik beratnya. Tak konsisten. Motivasi untuk terus berdiet juga mudah hilang. Anda pernah rasa perasaan seperti ini?
Saya kongsi cara pemakanan dan diet terbaik yang membolehkan anda lebih mudah konsisten dengan diet harian. Jom ikut 11 langkah ini.
1.Makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari (sarapan, makan tengah hari, dan makan malam); Penting untuk diingat bahawa makan malam tidak perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Dapat lima kali pun bagus.
Ads
2.Sebahagian besar pengambilan makanan harus terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian. Bahagikan hidangan makanan anda seimbang semua aspek termasuk ayam, ikan, kacang, telur, dan kacang.
3.Pilih makanan yang rendah lemak, kolesterol, garam (sodium), dan gula tambahan; lihat label item yang disenaraikan pada label makanan.
4.Saiz dan portion makanan; makan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi untuk menghilangkan lapar saja dan kemudian berhenti makan. Tak perlu sehingga betul-betul kenyang.
Ads
5.Makanan ringan boleh diterima dalam kesederhanaan dan harus terdiri daripada makanan seperti buah, biji-bijian, atau kacang untuk menghilangkan kelaparan dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan.
6.Elakkan minuman manis dan bergula yang tinggi kerana kalori yang berlebihan dalam minuman tersebut.
Ads
7.Elakkan makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur untuk mengurangkan refluks gastroesophageal dan berat badan berlebihan.
8.Sekiranya seseorang marah atau tertekan, makan tidak akan menyelesaikan situasi ini dan boleh menyebabkan masalah menjadi lebih buruk. Kawal emosi anda adalah kuncinya.
9.Elakkan memberi ganjaran kepada kanak-kanak dengan makanan ringan manis; kaedah dan amalan sedemikian boleh menjadi kebiasaan seumur hidup mereka. Termasuk kita juga.
10.Gaya hidup vegetarian telah mula dipromosikan untuk gaya hidup sihat dan penurunan berat badan; vegetarian harus memeriksa dengan doktor mereka untuk memastikan mereka mendapat cukup vitamin, mineral, dan besi dalam makanan mereka.
11.Makanan yang dimasak akan memusnahkan bakteria-bakteria berbahaya dan patogen lain; jika anda memilih untuk makan makanan mentah seperti buah-buahan atau sayur-sayuran, ia harus dibasuh dengan air yang benar-benar bersih (selamat untuk diminum) sebelum minum atau memakannya.
Tentu, kita inginkan kehidupan suami isteri yang bahagia. Ia adalah impian kehidupan berkeluarga setiap pasangan suami isteri. Sekali gus dapat membentuk anak yang bijak dan mendengar kata.
Berikut panduan yang boleh dijadikan hala tuju untuk membentuk keluarga bahagia.
1 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2 Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3 Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6 Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12 Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16 KEKALKAN MAWADDAH (ROMANTIK) DALAM RUMAHTANGGA. JALAN PEGANG TANGAN, BARING ATAS RIBA PASANGAN, PELUK PASANGAN, PANDANG WAJAH PASANGAN DENGAN RASA CINTA. BIARPUN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
17 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18 Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28 Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Sumber: islamituindah.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau cakap mengenai wajah yang cerah, putih dan gebu, rasanya semua wanita inginkan wajah putih mulus. Produk di pasaran dengan bahan pemutih antara yang berjaya menjadikan wajah semakin cerah.
Wajah putih gebu selalunya diimpikan semua wanita. Lebih-lebih lagi bila wanita yang sibuk dengan urusan anak-anak dan langsung tidak ada masa untuk fikirkan soal cantik.
Sambil sibuk melayan anak, ibu-ibu kena cuba petua ini yang dikatakan membantu buat kulit lebih cerah dan licin. Tak perlukan kos yang mahal, semua bahan dirumah boleh anda aplikasikan di kulit wajah.
SCRUB KUNYIT
Skrub kunyit boleh anda aplikasikan di wajah untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. Ambil kunyit hidup bersama garam serta sedikit beras dan kisah hingga lumat. Kemudian sapukan ke seluruh wajah seperti memakai masker. Biarkan kering seketika dan selepas itu sentallah wajah dengan gosokan perlahan bagi menanggalkan segala bintik hitam. Wajah juga tampil lebih cerah.
PUTIH TELUR
Telur bermanfaat untuk melembapkan kulit. Selain itu, putih telur berfungsi untuk menganjalkan kulit. Cara yang sangat mudah iaitu dengan menyapu putih telur di wajah umpama memakai masker. Biarkan seketika dan basuh bersih. Tidak hanya menganjal dan mencerah, putih telur juga sangat berkesan untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam di atas hidung.
LEMON
Lemon memang sangat banyak manfaatnya pada tubuh dan wajah. Lemon dikatakan sangat baik untuk mengeluarkan sel kulit yang mati dan menjadikan kulit putih secara semula jadi. Gunakan air perahan lemon untuk membersihkan wajah setiap pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Jadi, lemon kena sentiasa ada di rumah.
AVOKADO
Avokado kaya dengan vitamin E dan berfungsi untuk membantu mencerahkan kulit wajah. Ambil isi avokado dan sapu di bahagian wajah seperti masker seminggu sekali. Selain itu, avokado juga boleh menghilangkan kulit berminyak dan menghilangkan jerawat.
TOMATO
Tomato juga digunakan untuk mencerahkan kulit. Tomato boleh mengeluarkan sel kulit yang mati pada wajah. Gunakan masker tomato di malam hari dan bilas dengan air suam di pagi hari. Setiap hari melakukannya boleh mencerahkan kulit secara semula jadi dari dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita pastinya suka kepada kecantikkan diri termasuk ingin memilik badan yang langsing walaupun sudah beranak pinak.
Bayangkan jika mengalami perut buncit dan menggeleber sungguh memalukan dan merimaskan. Tentu rasa tak selesa bila mata orang asyik tertumpu pada bahagian perut.
Paling sedih bila ada teman menegur, ‘eh, dah berapa bulan dah ni..’.. Rasa nak nangis tepi bucu katil. Nak marah pun, memang betul pun, perut buncit.
Jadi tentu ada caranya untuk perut kembali kempis. Selain bersenam apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh puan Eiscya Isa Boleh follow caranya yang sungguh bermanfaat. Ramai yang share petuanya. Jom cuba, guna tiga bahan je!
Perut macam PREGNANT 9 BULAN dh takda dengan amalkan minum Air miss kerengga
Atau eiscya panggil air carbo blocker..nak tau kenapa?baca dekat bawah k..
Eiscya tau ramai yang ada masalah pregnant tp bsalin nyer idok..aka perut buncit la kan..jgn risau .so,ni la jalan penyelesaian nyer.
Air ni sememangnya akan membuatkan lelamak anda menagis Dan juga menyebabkan anda terpaksa beli baju baru..sbb nanti suma baju korang longgar.. . So raya ni boleh ler korang suma jadi miss kerengga.. . Ini merupakan petua yg diperturunkan pyoor dari Thailand.. klau korang prasan tgk badan aweks2 Thailand suma cikeding kurus, kulit pun cantik je kan? . Salah satu rahsia diorang ada lah air ni la..air yg kekalkan badan diorang kurus n kulit yg cantik
………………………………………………………………………….
. BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN Tak susah pun suma bahan dapur je…jimat lagi tau
✔Asam glugur (5 ke 8keping)/eiscya Guna cikit sbb asam hbis malas nk p beli ✔Gula melaka ✔Daun pandan(simpul atau koyakkan ✔air 5gelas (Sesapa yg xsuka manis boleh abaikan gula melaka)
Amalkan minum sebelum makan..minum suam2 atau sejuk..tapi of coz yg suam bagus.
❌Asam gelugur Mengandungi pelbagai vitamin,mineral,serta sebatian penting sperti ●hydroxyl citric acid(HCA), ●serat ●hidroksi sitrik ●flavonoid ●asid askorbat(cantikan kulit) ●asid tartarat ●membantu menurunkan kadar kolestrol jahat(triglycerides &LDL),dan boleh membantu meningkat kan kadar kolestrol baik(LDL)
Berkhasiat
Semua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencantikan kulit dan untuk menurun kan berat badan. . Kandungan HCA yg tggi pda asam gelugur dapat membantu mngurangkan nafsu mkn serta mencegah pembentukan lemak dari pnghasilan gula dari karbo yg diambil dlm makanan.
Maksudnye klau korang minum air ni,badan korang xkan serap lemak atau lemak xkan buat meeting dalam badan korang dalam bahasa mudahnyer😘
Best kan?mkn tp lemak xstay.
Haa sebab tu eiscya panggil as air carbo blocker..dh clear?
❌gula melaka ●mngandungi pelbagai vitamin Dan bagus untuk antioksidan. ●rendah glisemik indeks berbanding gula putih
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...