Bila sebut sahaja berdiet, apa yang sering dibayangkan adalah sekatan untuk makan itu dan ini. Kalau tidak dipatuhi, habis ‘ke laut’ lah usaha untuk berdiet.
Memikirkan kesukar untuk mendisiplinkan diri, ada yang patah semangat untuk berdiet. Pun begitu, tahukah anda sebenarnya untuk turunkan berat badan tidaklah sampai perlu stress.
Ini dijelaskan lagi di dalam perkongsian Arif Sukri, Coach Fitness. Semoga bermanfaat dan terus termotivasi untuk meneruskan diet.
Kawan-kawan. Diet kita belum sepenuhnya kelaut jika,
1. Dalam satu hari ada 1 waktu sahaja kita makan terlebih daripada keperluan.
2. Minum 1 cawan teh tarik sehari sekali sahaja. Dan selebihnya banyak minum air kosong.
3. “Terambil” nasi lebih masa tengahari pun belum boleh hukum sepenuhnya kelaut.
4. Teringin nak makan kek, lalu anda nikmati sepotong kecil bukan juga maksud diet dah kelaut.
5. Nasi Briyani Kambing ada orang belanja makan pun bukan maksud dah kelaut.
6. Nikmati Aiskrim Mekdi di Drive Thru 3 hari sekali, belum juga kelaut.
7. Sehari tak bersenam tapi 2-3 hari lepas dah sempat buat senaman atau gantian aktiviti lain, itu pun belum tentu diet kelaut.
Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu cepat menghukum yang diet kita sedang kalaut, tak jadi, dan gagal.
Hidup ini ada naik turunnya. Mungkin pagi kita dah terlebih makan, tengahari kita boleh baiki semula.
Boleh jadi juga waktu pagi dan tengahari diet kita dah baik. Tapi malam tu ada sikit kekangan lalu kita makan lebih sikit dari perancangan. Itu pun tetap belum kelaut.
Selagi keperluan kita tidak melebihi. Dan masih ada ruang untuk diperbaiki, diet itu masih boleh terus dibuat. Tanpa anggap kita dah kelaut dalam progres.
Begitulah. Yang penting selagi kita sedar kita dah jauh dari perancangan dan cepat-cept move on. Itu adalah pilihan yang baik.
Arif Sukri
Diet Tanpa Stres