Diet Bila Makan Di Luar, Ada Pantang Larangnya. Tolong Patuh Kalau Nak Kurus!

Share

Amalan berdiet boleh dikatakan ramai antara kita mencubanya.  Maklumlah bila berat badan semakin bertambah,  tentu kita rasa tidak selesa.  Lebih-lebih lagi bila terasa baju sedia ada pun sudah sendat untuk digayakan.  Mana mungkin hal ini dibiarkan begitu sahaja.

Lalu amalan berdiet dijadikan solusi terbaik untuk mengembalikan semula bentuk badan ideal.

Sepanjang tempoh berdiet,  bukan sahaja perlu mengurangkan pengambilan makanan,  bahkan ada pantang larang dan panduan pemakanan yang perlu dipatuhi.

Tentu yang terbaik semasa diet adalah dengan memasak sendiri hidangan yang ingin dimakan. Ini memandangkan kita boleh kawal garam, minyak, bahan perasa dan gula dengan kuantiti yang baik.

Namun bila sudah tidak ada pilihan dan kesuntukan waktu, makan diluar pun tak ada masalah. Apa yang penting,  kita perlu pandai pilih makanan yang berkualiti sahaja.

Nak tahu bagaimana,  ikuti perkongsian Encik Arif Sukri ini.


Sepanjang diet dulu hampir 60% saya makan di kedai sahaja. Memandangkan jadual kuliah yang agak padat, masa cuti je boleh masak.”

Jika ke kedai makan dan tak tahu pilih makanan apa yang jadi keutamaan semasa diet. Saya ada tipnya.

1. Nasi segenggam.

Ini kena niat dari awal-awal lagi. Sebelum masuk ke kedai walaupun kedai dia tak ada beras perang yang selalu kau makan. Beras putih pun tak ada masalah. Semasa cedok, anda ukur siap-siap dalam satu senduk setengah.

2. Protin yang bersih.

Bila dah selesai ambil nasi saya terus ke bahagian lauk pauk. Dan tentunya akan utamakan lauk-lauk yang bakar atau rebus sahaja. Ikan bakar, ayam bakar anda utamakan ini. Nak pilih ayam utamakan dada atau rusuk ayam. Sesekali jangan ambil bahagian sayap atau paha yang lebih tinggi kadar lemaknya.

3. Jika nasib tak baik lauk bakar dah habis. Tak apa, anda tenang saja. Boleh untuk ambil ikan-ikan gulai, ayam gulai dan seumpamnya. Ini saya jadikan sebagai pilihan kedua. Jika ada daging atau ayam. Saya akan utamakan daging putih yang lebih kurang lemaknya, seperti ayam.

4. Punyalah banyak cabaran masa diet. Lauk pilihan kedua dah habis. Maka teruslah ke pilihan ketiga iaitu yang bergoreng. Lauk goreng-goreng ini jadikan pilihan akhir.

5. Kuah yang baik.

Lepas dah pilih nasi dan lauk yang baik. Pemilihan kuah dalam nasi juga amat penting dalam diet. Tak boleh nak banjir-banjir dah. Harus kering-kering saja.

6. Sumber serat.

Ramai yang diet namun meninggalkan sumber serat. Sayur-sayur harus jadi keutamaan bila ke kedai makan. Ambillah dalam kuantiti segenggam. Jika berkuah saya suka sup bayam. Jika tiada saya akan pilih ulam segar seperti salad, ulam raja, pucuk janggu dan selainnya. Pastikan ada dan sayur elakkan yang bergoreng juga.

7. Sambal belacan.

Boleh tak ada masalah cuma kurangkan sedikit penggunaannya. Kerana kadar asin yang tinggi tak baik juga untuk diet. Bersederhanalah ya.

Harap tip ini membantu dan lepas ni tak ada lagi alasan tak boleh diet bila di kedai makan. Semua atas pilihan anda. Teruskan usaha! “

sumber : Arif Sukri