Sejak virus Covid 19 melonjak naik, ada beberapa buah negeri diberi dibawah PKPB. Bukan itu sahaja, telah mengakibatkan penutupan ratusan sekolah di kawasan yang terlibat.
Namun pembelajaran tetap dijalankan tetapi secara online atau grup whatssap. Bagaimanapun bukan mudah untuk mendidik anak untuk komitment dengan pembelajaran di rumah. Jika ada ibu bapa yang bekerja dari rumah tentu agak sukar untuk memantau anak-anak.
Menerusi perkongsian seorang bapa ini yang dikenali sebagai Ibrahim M Hasan, beliau sengaja menyuruh anaknya membuat sendiri jadual pembelajaran di rumah. Ia sebenarnya secara psikologi mendidik anak-tentang erti komitment.
Menarik kan idea ini.
Ikuti perkongsiannya
TEKNIK KOMITMEN DIDIK ANAK-ANAK
Apa khabar anak-anak hari kedua PKPB? Semalam survive ke?
Mungkin ada yang menghadapi kesukaran untuk anak-anak mengikuti jadual yang kita sediakan. Kenapa sukar? Sebab kita yang sediakan, bukan dia sendiri.
Suruh Anak Buat Jadual
Dalam menyediakan jadual, saya menyuruh anak-anak sendiri yang buat jadual tersebut dan saya hanya ‘guide’ sikit sahaja. Bukan kerana saya malas nak buat tapi jika anak buat sendiri, ini akan memberi kesan berbeza kepada mereka.
Kerana mereka yang menulis sendiri, mereka akan lebih rasa ‘punya’ dan memiliki. Ini menjadikan mereka akan lebih komit dan buat apa yang mereka sendiri telah persetujui. Bahkan jika ingin ubah jadual, saya akan suruh mereka ubah sendiri.
Dengan pantauan yang minima, saya hanya akan tanya “jadual sekarang apa?” lalu mereka sendiri akan jawab dan terus buat. Almaklumlah saya juga ‘work from home’ jadi tiada masa sepenuhnya untuk memantau anak-anak.
Dalam teknik persuasion, ini dipanggil ‘komitmen’ bermaksud mereka akan lebih terikat dengan apa yang telah mereka persetujui pada awalnya.
Tapi bila dah tengok betul-betul rupanya banyak jugak masa freetime.
Jika teknik tidak berjaya, mungkin akan cuba guna teknik ‘rotan’ pula.
Kredit: Ibrahim M Hasan