Didik Anak Supaya Cintakan Al-Quran, Ustazah Ini Kongsi Caranya, Boleh Jadi Panduan.

Share

Kini dengan pelbagai pengaruh media sosial dan pelbagai lagi pesekitaran lain, bukan mudah nak mendidik anak untuk suka membaca Al Quran. Apa pun dalam didik  anak untuk suka baca Quran ni, kena dilakukan secara istiqomah.

Sebagaimana pandangan ustazah ini berkongsi coretan apabila muridnya bertanya cara  agar mencintai Al-Quran. Tip yang diberikan boleh dipraktikan juga untuk mendidik anak-anak.

Bila murid tanya.. Ustazah kenapa mesti baca Al-Qur’an? Inilah jawapan yang akan buat murid cintakan Al-Qur’an.

  1. Sahabat yang kita akan cari disaat menjelang kematian.

Pernah berlaku peristiwa, seorang lelaki lingkungan 50-an dimasukkan ke hospital. Disaat akhir hayatnya dia sering memeluk Al-Qur’an sambil menangis. Sikap lelaki ini mendapat perhatian seorang Nurse .

Gelagatnya menimbulkan persoalan, kenapa Al-Qur’an itu tidak dibaca tetapi hanya dipeluk sambil meratap?

Jawapan lelaki itu membuatkan Nurse tadi hampir menitiskan air mata.

” Boleh tak tolong bacakan Al-Qur’an ini, pak cik tak pandai baca” Pintanya dalam kesedihan.

Jelas kelihatan penyesalan di wajahnya.

Belajar Al-Qur’an paling mudah. Muda atau tua mesti dapat kuasai dengan cepat kerana kalimahnya itu adalah mukjizat. Bagaimanapun situasi kita, Allah SWT sentiasa akan permudahkan urusan. Lebih-lebih lagi, orang yang bersungguh-sungguh mempelajarinya.

Harta yang bertimbun, makanan yang sedap-sedap, kereta besar lagi mewah tidak setanding dengan nilai Al-Qur’an, terutama saat kita menuju kematian.

Ada Al-Qur’an, kita akan miliki segalanya.

  1. Sahabat sejati, sentiasa memberitahu perkara yang benar membuatkan Kita tidak akan sesat selamanya.

Tiga hari kita meninggalkan Al-Qur’an, hidup akan terasa kosong. Unsur-unsur negatif, maksiat, nafsu ammarah akan berebut memasuki hati kita. Namun apabila dibaca kalimah Al-Qur’an, perkara negatif berlumba melarikan diri kerana cahaya daripadanya akan menghapuskan kegelapan.

  1. Teman ketika sedih, takut, down dan sakit.

” La Tahzan inna ha ma’ana”

Jangan bersedih sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama dengan kita.

Hati yang sedih, kecewa, terluka dan sakit akan terubat dengan ayat ini. Terasa Allah itu dekat, hampir dan seolah sentiasa mendapingi. Rindu pada Allah baca dan tadabburlah Al-Qur’an.

Al-Qur’an itulah tanda cinta Allah kepada kita.

  1. Menjawab dengan tepat setiap pertanyaan kita.

Kenapa Allah beri apa yang kita tak mahu?

Kenapa tak dapat apa yang kita harapkan?

Allah سبحانه وتعالى menjawab :

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ‌ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

” (Surah al-Baqarah ; Ayat 216)

5.Teman yang menerangi dan melapangkan lahad.

Rumah yang penghuninya sentiasa membaca Al-Qur’an akan terang bercahaya, begitu juga dalam kubur. Tidak akan gelap dan tidak akan sempit kubur orang yang mendapingi Al-Qur’an,

  1. Teman yang sanggup membela kita di hadapan Allah saat manusia sedang dihisab.

Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua membaca al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Abu Darda berkata,

“Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan tiga perkara menyebabkan aku menangis.Tiga perkara itu ialah:

-orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya,

-Individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya.

-Individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.

Sumber:Aminah Mat Yusoff Yusoff