Kini dengan pelbagai pengaruh media sosial dan pelbagai lagi pesekitaran lain, bukan mudah nak mendidik anak untuk suka membaca Al Quran. Apa pun dalam didik anak untuk suka baca Quran ni, kena dilakukan secara istiqomah.
Sebagaimana pandangan ustazah ini berkongsi coretan apabila muridnya bertanya cara agar mencintai Al-Quran. Tip yang diberikan boleh dipraktikan juga untuk mendidik anak-anak.
Bila murid tanya.. Ustazah kenapa mesti baca Al-Qur’an? Inilah jawapan yang akan buat murid cintakan Al-Qur’an.
Sahabat yang kita akan cari disaat menjelang kematian.
Pernah berlaku peristiwa, seorang lelaki lingkungan 50-an dimasukkan ke hospital. Disaat akhir hayatnya dia sering memeluk Al-Qur’an sambil menangis. Sikap lelaki ini mendapat perhatian seorang Nurse .
Gelagatnya menimbulkan persoalan, kenapa Al-Qur’an itu tidak dibaca tetapi hanya dipeluk sambil meratap?
Jawapan lelaki itu membuatkan Nurse tadi hampir menitiskan air mata.
” Boleh tak tolong bacakan Al-Qur’an ini, pak cik tak pandai baca” Pintanya dalam kesedihan.
Jelas kelihatan penyesalan di wajahnya.
Belajar Al-Qur’an paling mudah. Muda atau tua mesti dapat kuasai dengan cepat kerana kalimahnya itu adalah mukjizat. Bagaimanapun situasi kita, Allah SWT sentiasa akan permudahkan urusan. Lebih-lebih lagi, orang yang bersungguh-sungguh mempelajarinya.
Harta yang bertimbun, makanan yang sedap-sedap, kereta besar lagi mewah tidak setanding dengan nilai Al-Qur’an, terutama saat kita menuju kematian.
Ads
Ada Al-Qur’an, kita akan miliki segalanya.
Sahabat sejati, sentiasa memberitahu perkara yang benar membuatkan Kita tidak akan sesat selamanya.
Tiga hari kita meninggalkan Al-Qur’an, hidup akan terasa kosong. Unsur-unsur negatif, maksiat, nafsu ammarah akan berebut memasuki hati kita. Namun apabila dibaca kalimah Al-Qur’an, perkara negatif berlumba melarikan diri kerana cahaya daripadanya akan menghapuskan kegelapan.
Teman ketika sedih, takut, down dan sakit.
” La Tahzan inna ha ma’ana”
Jangan bersedih sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama dengan kita.
Hati yang sedih, kecewa, terluka dan sakit akan terubat dengan ayat ini. Terasa Allah itu dekat, hampir dan seolah sentiasa mendapingi. Rindu pada Allah baca dan tadabburlah Al-Qur’an.
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
” (Surah al-Baqarah ; Ayat 216)
Ads
5.Teman yang menerangi dan melapangkan lahad.
Rumah yang penghuninya sentiasa membaca Al-Qur’an akan terang bercahaya, begitu juga dalam kubur. Tidak akan gelap dan tidak akan sempit kubur orang yang mendapingi Al-Qur’an,
Teman yang sanggup membela kita di hadapan Allah saat manusia sedang dihisab.
Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua membaca al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Abu Darda berkata,
“Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan tiga perkara menyebabkan aku menangis.Tiga perkara itu ialah:
-orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya,
-Individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya.
-Individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.
Bila sebut tentang perihal adik-beradik, pasti ada saja kisah yang boleh dikongsi. Bergurau kasar tu dah jadi perkara biasa – lagi-lagi bila si abang kuat menyakat adik perempuannya.
Tapi, lain pula kisah seorang pengguna Twitter ini bila si abang yang disakat oleh adik perempuannya. Lucu sungguh. Ni kisahnya.
Apabila ditanya wartawan Keluarga, Abir Islami, 24, menjelaskan yang dia dan adiknya, Rabiatul, sering bergurau tapi ini kali pertama adiknya berbuat sedemikian.
“Bergurau selalu, lumrah hidup berkeluarga. Untuk yang begini tidak sama sekali. Itu yang saya kongsikan di Twitter.”
“Parents suka kalau kami bergurau senda. Itulah manisnya keluarga. Tapi macam yang saya kata, bukan gurau yang begini. Keluarga kami serba sederhana saja.”
Bukan setakat itu, Rabiatul, 19, juga sempat menyakat abangnya sekali lagi dengan membeli barang keperluannya sebelum memulangkan kad debit Abir.
Namun, Abir juga tidak berkira dan tidak kisah adiknya berbelanja menggunakan duitnya kerana baginya besar ganjarannya jika dia membelanjakan duit untuk keluarga.
“Kalau soal duit, saya In Sha Allah tidak berkira. Sebab setahu saya sedekah pada keluarga ni besar ganjarannya.”
Apabila disoal jika dia akan membalas gurauan adiknya, Abir sambil berseloroh menjelaskan yang dia tak akan membalas gurauan itu dengan menggunakan duit.
“Kalau duit memang tak lah. Dia pun bukannya ada duit.”
Malah, Abir menjelaskan yang dia selalu menjadi mangsa ketika mereka keluar makan.
“Oh biasanya adik ajak makan tapi bila part nak bayar tu dia senyum jela cakap tak bawak wallet.”
Umum mengetahui pasangan ini sudah pun bercerai pada Julai yang lalu. Biarpun masih berhubung dengan baik kerana anak, timbul persoalan di kalangan peminat mereka berkenaan perjalanan restoran yang diusahakan bersama sebelum ini.
Akhirnya semalam, pelakon ini membuat pengumuman berkenaan restoran tersebut. Setelah beroperasi selama empat tahun lalu, Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim sepakat untuk menutup FizoMawar Kitchen (FCM) di Bangi dan Kelantan yang diusahakan bersama sebelum ini.
Jelas Fizo, keputusan itu adalah pilihan terbaik yang dipersetujui kedua-dua pihak antara dia dan Mawar.
“Berat untuk saya nak umumkan dan saya sudah buat keputusan dan kami berbincang inilah yang terbaik.
“Saya dan Mawar bersetuju untuk menamatkan operasi Fizomawar Kitchen di Bangi dan Kota Bharu.
“Saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kami selepas ini,” kata Fizo menerusi pengumumannya di Fizo Omar Channel di YouTube.
Sedih dengan keputusan itu, Fizo bagaimanapun akur biarpun mendapat tentangan daripada pelanggan setia mereka.
“Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apabila kami berpisah ramai yang minta jangan tutup restoran ini terutama bagi yang sudah sebati dengan makanan kami.
“Saya tahu ramai yang terkejut tetapi saya terpaksa dan saya minta maaf,” tambahnya.
Fizomawar Kitchen telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan ditutup pada 27 Oktober 2019.
Kata Fizo seramai 300,000 pelanggan telah berkunjung ke restoran tersebut sejak beroperasi.
“Fizomawar Kitchen dibuka pada 2015 dan merupakan hadiah daripada saya kepada Mawar dan ibu saya. Kebanyakan makanan yang disediakan merupakan juadah kegemaran mereka.
“Saya sendiri belajar masakan tersebut di Thailand dan restoran ini ada banyak kenangan,” kata Fizo lagi.
Dalam perancangan lain, Fizo bakal mengadakan majlis khas bersama peminat dan pelanggan tetap Fizomawar Kitchen pada hujung bulan ini dan akan diumumkan kelak.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.
Pasangan yang berkahwin pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.