Bagi pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin kerja berpasukan bersama keluarga serta dua anak mereka menjadi keutamaan mereka di rumah.
Kata Amyra, dia tidak mempunyai pembantu rumah jadi kerja-kerja di rumah dilakukan secara berpasukan termasuk dua anaknya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia dan Amar juga turut mendidik dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa dalam melakukan kerja-kerja rumah.
“Sekarang pun kami dah didik anak-anak kami, makan basuh pinggan sendiri, baju masuk bakul.
Ads
“Kami dah mula ajar mereka, sebab kami tiada pembantu dan ‘teamwork’ dalam family sangat penting walaupun anak baru berumur 4 tahun,” jelas Amyra.
Bahkan kata Amyra, dia paling beruntung kerana dia dan suami mempunyai citarasa yang sama bahkan kerja menguruskan kediamannya dilakukan bersama-sama tanpa rasa ada tekanan untuk berlebih-lebih.
Ads
“Kami tiada jadual khas untuk bersihkan rumah. Tapi Myra dan Amar, masing-masing dah pandai sendiri (dalam mengemas rumah). Ada masa kami terlalu ‘busy’ dan rumah bersepah, Amar tak kisah.
“Jadi bila suami tak kisah, tiada ‘pressure’ dalam bersihkan rumah, kita akan selalu bersihkan rumah mengikut waktu lapang. Namun Myra dan Amar sukakan rumah yang bersih dan lapang, jadi kita selalu buat,” ujarnya.
Ads
Berkongsi mengenai dekorasi rumah pula, kata Amyra dia dan suami cukup serasi dalam menghias rumah.
“Mengenai citarasa dekorasi rumah, Myra tidak mempunyai masalah dengan Amar. Sebab kami mempunyai ‘taste’ yang sama.
“Rumah yang kami duduk sekarang berkonsep moden, rumah yang akan berpindah nanti Insya Allah berkonsep macam ‘English Cottage’,” kata Amyra yang kini masih dalam proses renovasi serta dekorasi rumah baru.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Aqeef Anaqi,7 dan Ayra Arissa,4.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana kini kembali menjadi perbualan hangat netizen di media sosial berikutan pendedahan isteri kepada Syamsul Yusof baru-baru ini.
Perkongsian ibu kepada sepasang cahaya mata ini meraih perhatian ramai. Disebalik kontroversi yang melanda, namun hubungan antara menantu dan mentua tetap baik.
Ini dapat dilihat apabila Puteri Sarah menerusi aplikasi TikToknya memuatnaik satu rakaman video mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri bersama cucu mereka.
Hidup ini penuh dengan keberkatan, tapi kita selalu ambil mudah. Kita selalu fikirkan perkara yang kita tidak miliki. Hargailah apa yang kita ada sekarang dan bersyukurlah.
Demikian kapsyen yang ditulis Puteri Sarah.
Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan Datuk Yusof Haslam dan isteri yang masih melayan menantu serta cucu dengan baik walaupun rumah tangga anaknya sedang dilanda badai.
Mendengar perkongsian daripadanya Puan Noor Diyana Mohamed Zukri, 36 sebagai canser servival, cukup menyentuh hati. Bukan calang-calang orang mampu berada ditempatnya kini, punya semangat yang luar biasa hatta sepanjang bercerita tidak sedikit pun menitiskan air mata. Begitu sabar bercerita satu persatu tentang penyakit yang ditanggungnya kini.
2014 Disahkan kanser
Pada mulanya saya tidak menyedari sebarang perubahan pada diri yang menunjukkan saya tidak sihat, semuanya normal. Hingalah pada suatu hari, sedang saya bersabun dapat rasakan ada benjolan di payudara. Risau dengan keadaan itu, saya pergi ke klinik biasa dan kemudian direfer ke hospital.
Apabila dibuat pemeriksaan, benarlah ada ketulan sebesar 4.5-5 cm dan pembedahan harus segera dilakukan. Dan ketika ini tujuannya hanya untuk mengeluarkan ketulan tersebut, dan siapa menduga selepas 4 hari di bedah barulah didiognos saya ada kanser payudara.
Jujur saya katakan, masa itu emosi saya sangat terganggu, menangis sepanjang hari dan tidak dapat menerima kenyataan. Apa yang saya rasa hidup ini tiada harapan lagi. Namun, suami begitu positif orangnya dan dialah sebenarnya sumber kekuatan saya. Apa yang dia mahu agar saya kembali sembuh.
Maka saya akur untuk jalani pembedahan untuk membuang payudara saya dan jalani rawatan bermula bulan Dis 2014 dan complete kimo/radioteraphy pada bulan Mac 2015. Saya fikirkan selepas buat semua itu, akan berakhirnya kesakitan yang ditanggung. Tetapi sebenarnya disaat itulah semuanya baru bermula.
Tahap kesihatan saya semakin merosot, rambut saya gugur, selera makan berkurangan, kuku menjadi biru, muntah-muntah dan saya ambil keputusan hanya mengurungkan diri dalam rumah.
Pengorbanan suami
Saya cukup bersyukur dikurniakan suami sepertinya, tetap melayan saya seperti dahulu. Penuh kasih sayang dan saya amat hargainya. Suami sangat mainkan peranannya, ketika saya terlantar sakit, dia cuti kerja tanpa gaji demi menjaga saya. Dia jugalah yang menguruskan anak sambil dibantu orang tua kami.
Selain itu, dia jugalah yang tidak putus asa terus berusaha membawa saya ke merata-rata untuk mencari rawatan kanser. Pantang dapat tahu, ada cara alternatif, akan diusahakan untuk saya berubat.
Kuasa Tuhan, Saya Hamil
Ini suatu peristiwa yang cukup luar biasa dan doktor sendiri pelik bagaimana saya boleh hamil. Memandangkan saya telah dibekalkan ubat yang harus diambil selama 5 tahun untuk melawan kanser daripada menyerang lagi. Dan kesan ubat tersebut menghalang untuk saya mengandung.
Namun, kuasa dan perancangan Allah itu cukup indah. Saya disahkan hamil pada tahun 2016 dan doktor menyarankan untuk digugurkan kandungan tersebut atas faktor kesihatan. Namun naluri ibu yang ada dalam diri saya mengatasi semuanya. Saya rayu untuk meneruskan kandungan walaupun doktor jelaskan risiko yang bakal saya tanggung. Saya pasrah, kandungan ini harus diteruskan!
Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan kesihatan saya stabil dan menjalani rawatan kandungan lebih kerap berbanding ibu yang normal. Perkembangan bayi stabil dan pada usia 8 bulan kandungan, setalah dibuat setail scan, doktor dapati tangan bayi masih tergenggam tidak terbuka. Menurut doktor, bayi akan ada alami masalah apabila dilahirkan nanti. Saya serahkan semuanya pada Allah dan hanya Dialah tempat saya bergantung.
Subhanallah, anak saya dilahirkan sempurna dan normal seperti bayi lain. Syukur dengan kurniaan Allah yang cukup indah. Kami namakan Tuan Mohd Aiyjaz Aniq yang kini berusia 1 tahun 6 bulan dan dia jugalah putera permata hati yang melengkapkan lagi dengan 4 orang puteri kesayangan kami.
Terus Diduga
Setelah 4 bulan melahirkan anak, kanser menyerang saya lagi dan inilah risiko yang perlu saya tanggung atas keputusan yang saya buat. Jadi saya perlu membuang satu lagi payudara untuk terus berjuang. Sekali lagi, suami tetap dengan keyakinannya bahawa saya boleh sembuh dan sihat seperti sediakala.
Selepas pembedahan saya menolak untuk jalani kimoterapi kerana tidak mahu merasai kesakitan sebagaimana yang pernah saya lalui dulu. Atas keputusan ini juga, doktor sarankan untuk saya mengambil ubat yang lebih kuat untuk melawan kanser dan pengorbanannya saya perlu membuang rahim. Maka pada bulan 12 yang lalu saya telah lakukan pembedahan tersebut.
Suami tetap bagi semangat dan antara kata-katanya yang saya pegang adalah “Tak pa, kita buat apa sahaja asal sihat” dan atas sebab itu juga saya mahu jalani kehidupan yang sihat bersama keluarga.
Menikmati saat bahagia bercuti bersama keluarga di Pulau Perhentian
“Saya pikir positif nak sihat je.Tak fikir sakit, fikir nak sembuh”-Noor Diyana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wani Comel, namanya pernah tular suatu ketika dulu kerana mengalami masalah berat badan dan terbaharu menerusi entri di Instagram miliknya yang dimuatnaik oleh keluarga terdekat, Wani dikatakan telah meninggal dunia pada hari yang sama dengan rakan baiknya, Nur Rabiatul Nabihah. Difahamkan, mereka berdua telah disahkan positif COVID-19.
Di entri berasingan turut dimaklumkan bahawa PUTRI NUR RABIATUL NABIHAH BT RIDUAN, meninggal pada 4.40am 18 Ogos 2021 dan manakala NURUL AIRAWANI NAZIRA BT IBRAHIM pula pada 9.00pm 18 Ogos 2021.
Difahamkan juga arwah sudah lengkap mendapat 2 dose vaksin covid-19, namun Allah lebih sayangkannya. Bersama kita sedekahkan al-Fatihah semogo arwah berada di dalam golongan orang-orang yang beriman.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.