Ibu bapa perlu membina keberanian dalam diri anak-anak, bukanya cepat mengalah dan tidak berani mencuba.
Memiliki anak yang berani menjadi kebanggaan ibu bapa. Tidak hanya kecerdasan untuk mereka sukses di kemudian hari, tetapi juga keberanian.
Setiap anak yang dilahirkan mempunyai potensi masing-masing untuk meraih kejayaannya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini yang menyentuh mengenai keberanian mesti ada dalam diri anak. Bukan pantau anak melampau hingga kurang yakin diri.
Pantau untuk mendisiplinkan? Atau pantau sampai anak jadi penakut?
Ramai yang salah faham dengan perkataan ‘pantau’. ‘Pantau’ sangat bagus untuk mengelakkan anak-anak kita dari cedera. Mahupun terjebak buat benda-benda yang salah.
Tapi janganlah sampai semua benda kita larang anak buat. Anak pegang apa-apa kita ketuk tangan dia.
Anak baru nak berjalan ke tempat gelap, kita takutkan dia. Anak baru nak test pegang barang, kita dah gertak.
Lama-lama, anak takut nak explore semua benda. Nak cuba buat apa-apa pun tak confident.
Ads
Sedangkan dari exploration deria badan itulah yang membina jaringan otak yang mereka perlukan jadi budak bijak. Rugi besar kalau kita asyik melarang-larang anak buat semua perkara.
Sebab apa? Sebab kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang banyak larangan. Dan peraturan yang keterlaluan, menyebabkan anak : – Hilang keyakinan diri. Nak pandang mata orang pun takut boleh. Apatah pagi nak buat semua sendiri. – Penakut. Sampai ke besar penakutnya menghalang mereka dari pergi jauh. -Hilang sifat risk-taker. Sedangkan sifat inilah antara orang-orang yang mudah berjaya. -Boleh jadi juga, mereka cari saluran lain untuk salurkan kepuasan diri. Kat rumah dia tak dapat, kat luar dia mencuba. Tau-tau kena tangkap dengan kawan-kawan. Nauzubillah…
Didik anak jadi berani
Apa yang boleh kita lakukan untuk galakkan sifat aktif, berani dan menyerlah dalam diri anak-anak adalah :
Kurangkan ‘no’. Dr Syeikh Muszaphar pernah berpesan perkara yang sama dalam satu talk. Beri anak ruang untuk explore. Jangan takut anak pegang benda tajam atau buat benda bahaya. Selagi kita memantau dengan baik, insya Allah anak akan dapat kebaikan.
No ‘helicopter parenting’. Beri anak buat sendiri. Sesekali, biar mereka suap sendiri, butang baju sendiri, selesaikan puzzle sendiri. Memang anak buat kerja lambat dan messy. Memang tak sempurna. Tapi dari situlah mereka belajar jadi mahir.
Ads
Perbanyakkan aktiviti outdoor. Beri anak kebebasan untuk berlari, melompat, memanjat. Malah berkaki ayam. Connect dengan alam. Detox dari gajet.
Sign up kelas. Cari kelas yang kena dengan kecenderungan anak. Dari kelas pidato, kelas muzik, kelas renang, kelas teakwando dan kelas baking.
Cuba perkara baru. Buat sesuatu di luar kebiasaan. Sekali-sekala bawa anak camping. Beri anak hammer untuk bantu kita bertukang. Ajak anak bercucuk tanam. New experience spark connection baru dalam otak anak.
Jangan sekat mereka mencuba atas alasan jantina. Tak salah perempuan memanjat. Tak salah lelaki menjahit. Tak salah perempuan memanah. Tak salah lelaki memasak. Kita yang kadang meletakkan boundry yang tak perlu. Sampai anak salah tafsir had kerja untuk lelaki dan perempuan.
Ya, saya faham. Peraturan sangat penting untuk mendisiplinkan anak-anak. Tapi janganlah disekat sampai anak tu dipaksa rigid macam robot. Ada masanya, kita perlu beri autoriti untuk anak mencuba. Dalam masa yang sama, kita sebagai ‘coach’, memerhati dari jauh. Agak-agak melampau, baru tiup wisel dan mula semula. Kalau salah, betulkan.
Kalau perlu kata semangat, bagilah motivasi. Kalau bahaya, pesan untuk ambil langkah berjaga-jaga. Barulah anak kita membesar jadi yakin diri. Tak takut mencuba. Dan berani untuk melangkah jauh terkehadapan dari orang-orang lain.
Ads
Saya tau macam mana rasanya jadi kanak-kanak yang penakut. Sebab tu bila ada anak sekrang ni, saya beri je ruang untuk mereka explore.
– Saya beri anak pegang pisau untuk tolong saya memasak – Saya bagi anak slide tilam kat tangga, asalkan tilamnya cukup tebal – Saya bagi anak panjat tinggi-tinggi asalkan saya pantau – Saya bagi anak main skate board dan roller blade, asalkan pakai helmet. Sebab nak mereka jadi explorer. Yang yakin diri dan berani mencuba.
Sepasang KASUT boleh menjadi contoh terbaik bagi pasangan suami isteri. Bentuknya sama, namun berdampingan. Waktu berjalan tidak pernah serentak tapi destinasinya sama. Tidak pernah ganti posisi, namun saling melengkapi.
Demikian juga dalam kehidupan berumah tangga. Bukan hanya berlandaskan nafsu semata-mata, tetapi tahu akan tanggung jawab dan peranan masing-masing.
Demikian yang dipraktikkan oleh Taleeb Mizad yang merupakan seorang penyanyi di dalam rumah tangganya yang sudah memasuki usia 5 tahun.
Menerusi catatannya dalam laman instagram, Taleeb mengakui orang sekarang lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti.
“Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bagi mereka yang berkahwin..” ujarnya.
Malah, beliau turut bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya yang dulu hanya sekadar memiliki skuter. Namun rezeki Allah tak pernah salah alamat. Percaya pada ketentuanNya, menurut Taleeb selagi berusaha pasti akan ada rezeki untuk mereka.
“Ini tweet abg yg lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita. Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dgn dugaan & ujian yg Allah beri, jgn cepat melatah dgn dugaan. Allah uji hambaNya yg beriman utk tingkatkan taqwa pd Allah. .
.
“Terima kasih Allah, temukan mcm2 rezeki kepada kami dr sumber yg tak disangka. Kalau nak tahu cmne kami berjaya dpt guna vios skrg, boleh contact abg atau @juliananazarudin tentang biz shaklee, mudah2an rezeki dpt dikongsi bersama
Allah beri kita rezeki melalui pelbagai cara. Ada yang cepat, dan ada yang lmbat. Itu semua bergantung pada takdir Tuhan selagi kita yakin padaNya.
Taleeb mendirikan rumah tangga bersama Juliana Nazarudin pada 22 Jun 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla.
Kentang putar antara makanan yang menjadi permintaan dan pilihan anak-anak setiap kali ke restoran segera.
Tapi, takkkan asyik nak ke restoran segera selalu kan? Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri kentang putar di rumah kerana caranya sangat mudah. Yang apsti air tangan ibu lebih enak kan dan terjamin kebersihannya.
Jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Rasanya pun tak lari jauh dari kentang putar ala KFC.
BAHAN-BAHAN
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara membuat:
Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam.
Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
Bila kentang sudah empuk, toskan air.
Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.
BAHAN-BAHAN RESEPI SOS (GRAVY)
– 1 labu bawang besar (dadu)
– 2 ulas bawang putih (dadu)
– 4 sudu butter
– 2 sudu tepung gandum@ jagung
– 2 kiub ayam
– lada hitam dan sulah
– 2 1/2 cawan air
CARA-CARA:
Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel).
Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
Masukkan air ( sikit2 sambil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. kisar sampai semua hancur. Masak balik atas api sederhana
Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Bagi yang belum pernah mencuba menanam pokok di laman rumah, tentu membayangkan betapa sukarnya bercucuk tanam.
Namun melalui perkongsian daripada Coach Bahar yang sememangnya pakar dalam tanaman cili dan pelbagai tanaman lain, telah berkongsi tips dan info yang sangat berharga untuk anda memulakan langkah- langkah menanam cili hingga dapat dituai hasilnya.
Nak tahu detail ini perkongsiannya.
Menanam cili di tepi rumah
Tip tanam cili dirumah
1. Pilih tempat yang dapat pencahayaan yang baik.
2. Jika tempat redup menyebabkan nanti pokok cili kita tinggi dan berbuah kecil.
3. Anda boleh menanam ditanah atau didalam pasu dan kini ada teknologi fertigasi.
4. Kalau guna pasu 16 x 16 boleh pokok cili hidup 6 bulan. Mediam campuran tanah merah campur tanah hitam dan pasir.
5. Tanaman terus ke tanah mungkin akan bermasalah kerana tanah biasanya tak subur.
6. Jika nak tanam juga terus ke tanah, gemburkan dulu dan rawat dulu tanah dicampur kapur dan ditaburkan dengan baja tahi ayam.
7. Masa memindahkan anak pokok cili adalah antara berumur 3 – 4 minggu.
8. Biasanya saya memindahkan anak pokok cili pada waktu petang. Bukan tak boleh pindahkan anak pokok dipindahkan tengah hari. Takut terkejut dan mungkin anak pokok layu dan seterusnya mati.
9. Masa yang sesuai untuk menyiram pokok cili adalah pada waktu pagi dan petang. Pokok cili hendaklah disiram 2 kali sehari. Tapi jika gunakan sistem fertigasi siraman dibuat secara automatik 4 ke 5 kali sehari.
Biasanya 250 ml setiap kali siraman. Bermula jam 8 pagi dan selang dua jam. Ianya bergantung pada saiz pokok dan cuaca.
10. Jangan ditanam pokok pada lopak yang bertakung. Jika air luar terlalu banyak mungkin menyebabkan kulat.
11. Jika gunakan pasu atau polybeg. Kayu pancang perlu dipasang lebih awal supaya akar tidak rosak jika dibuat pada umur matang.
12. Kayu pancang dibuat adalah mengelakan pokok tumbang bila berbuah lebat.
13. Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam dalam masa pembasaran pokok. Jika gunakan baja kimia kena ikut sukatan. Jika terlalu lebih pun mungkin pokok akan mati.
14. Jika dibuat secara manual, pembajaan dibuat 2 minggu sekali.
15. Jika ada semut mungkin merosakan pokok. Biasanya white fly juga akan membantutkan pembesaran pokok. Jika gunakan baja organik saya suka campuran air dengan bawang putih.
16. Jika musim hujan, pokok perlu kerap diracun. Racun untuk mencegah bukan untuk mengubat.
17. Waktu paling sesuai untuk meracun adalah waktu magrib.
18. Cili matang bila 70% cili berkilau dan berwarna merah. Waktu paling sesuai untuk memetik adalah selepas 9 pagi keatas kerana embun sudah kering.
19. Jangan biar cili basah. Jika nak disimpan lama keringkan cili dulu.
20. Jika buah telah dipetik, baja perlu cepat diberikan pada pokok semula.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...