Perkongsian daripada seorang ibu dan juga guru ini tentang bagaimana cara yang dipraktikkan dalam mendidik anak-anak di rumah ini wajar untuk dicontohi. Selain dapat membantu anak-anak belajar dalam suasan yang selesa di rumah malah lebih berdisiplin dan dalam masa yang sama tahu untuk menyimpan semula setiap mainan dengan cermat. Jadi tidaklah lagi berlakunya insiden kita terpijak mainan anak-anak yang mana sakitnya memang sukar untuk digambarkan.
Jadi jom kita semak perkongsian bermanfaat ini.
“So today Wina nak share sikit ilmu parenting yang Wina dan suami amalkan. Actually, ada yang bertanya dengan Wina macam mana Wina dengan suami ajar anak kami di rumah. Jadi, boleh baca sedikit sharing ni ye”– Wina
1) WUJUDKAN SATU BILIK SPECIAL
Adakan satu bilik special untuk anak-anak supaya diorang suka berada di dalam bilik tersebut. Maksudnya bagi anak-anak ada rasa excited nak stay dalam tu, menarik bagi mereka. Seolah-olah dalam rumah kita tu takda tempat lain paling best selain bilik tersebut.
2) DECO MENGGUNAKAN TEKNIK LABELLING
Sebab apa Wina pentingkan teknik labelling? Macam dalam gambar, Wina buat label pada trofast dan apa jua tempat simpan atau storage toys anak-anak, sebab Wina rasa dengan cara ini anak-anak akan terdidik dengan berdisiplin, lepas main simpan dalam box mengikut kategori yang Wina sediakan.
Ads
Sekali sekala buat acara siapa cepat simpan toys dia menang, atau siapa tak simpan toys abah buang! Haha suara itu selalu terngiang-ngiang di telinga ibu bila abah mereka dah naik tone suara.
Sambil memegang plastik hitam di sebelah tangan sebagai signal mainan tu akan dibuang. Percayalah, toys itu akan tersusun rapi semula sebab anak-anak memang sayang sangat dengan toys diorang. ( Eh, baru perasan ibu ni memang kaki labelling ke? Sebab semua benda nak kena label hihi )
3) DECO DENGAN BAHAN-BAHAN YANG SESUAI
Macam banner yang Wina gunakan tu. Contoh, Rukun Islam dan Rukun Iman. Kita mesti nak anak-anak kita master perkara basic tu kan? So, kena laa letak dekat part yang selalu anak-anak kita lepak dan santai. Jadi, kita pun sebagai ibu abah boleh bacakan pada anak-anak secara tidak langsung .
Kalau nak anak mahir solat, deco dengan bahan yang berkaitan dengan ibadah dekat tempat solat. Kalau nak anak mahir doa makan, doa masuk keluar tandas, jadi deco dekat tempat yang bersesuaian di meja makan dan di dinding sebelum masuk ke tandas. ( Actually banner tu dah lama, dari tahun lepas lagi Wina beli sekali dengan banner surau untuk sekolah )
Ads
4. WUJUDKAN SUASANA HOMESCHOOLING
Adakan satu tempat atau sudut untuk anak-anak belajar, ada bahan untuk kita sendiri mengajar mereka. Kalau boleh nak beli mainan pun kita jangan pakai beli je, beli mainan yang educated sikit. So, dalam masa yang sama kita boleh terapkan element bermain sambil belajar. Kan seronok!
5) PERBANYAKKAN BUKU DAN PELBAGAIKAN PILIHAN BUKU
Kita kena adakan pelbagai jenis buku. Yang penting buku tu buku yang anak-anak suka dan menarik. Kita mesti tahu apa yang anak kita suka kan? Trust me, jika persekitaran anak-anak kita penuh dengan buku InsyaAllah anak-anak kita akan menjadi ulat buku automatically.
Nak anak-anak jadi ulat buku? Kat rumah kena la ada buku banyak-banyak. Buat macam mini library orang kata. Lama-lama anak kita akan bersahabat dengan buku dan cintakan ilmu.
Ads
6. ADAKAN MASA UNTUK MENGAJAR ANAK-ANAK WALAU SESIBUK MANA PUN KITA
Walaupun kita sibuk dengan kerja, badan penat seharian mencari rezeki, adalah menjadi tanggungjawab kita mengadakan masa untuk anak-anak. Bagi tumpuan pada mereka walaupun sekejap. Lepas Solat Maghrib tu nak tunggu Solat Isyak, ajarlah mengaji sekejap. Buat aktiviti ke, mewarna ke, membaca ke, kitakan nak anak-anak kita cemerlang. Kita pun kenalah cemerlang.
InsyaAllah kalau di rumah kita dah touch up, di sekolah pun cikgu-cikgu mereka tambah touch up, InsyaAllah cemerlanglah mereka di dunia dan akhirat. Amin.
Pengalaman sendiri, setiap hari Wina menyaksikan dikalangan anak-anak murid Wina perbezaan seorang anak yang dipeduli oleh ibu bapa mereka dan seorang anak yang tidak dipeduli oleh ibu bapa mereka. Jadi, kita sendiri yang kena pilih dan tentukan!
Nota Comel : Sebenarnya Wina sendiri tak habis lagi deco bilik anak-anak Wina ni. Sebab katil belum sempat beli. Cadangnya nak beli katil ikea je, tapi disebabkan Wina dan suami bz melampau tak tahu bila nak pegi ikea lagi.
Nasib anak-anak ibu cermat bila main toys, kebanyakan toys masa Abang Long kecil-kecil dulu still boleh main. Sekarang dah jarang beli toys sebab Abang Long dah besar. Adik-adik pun sambung main toys Abang Long dulu je. Selamat duit ibu abah.
Kawasan paling banyak bakteria adalah bilik air. Tidak hairanlah apabila lambat dibersihkan, jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci.
Nak nak lagi musim perayaan begini, pasti ramai anak, menantu dan cucu yang pulang beraya ke kampung. Jadinya, ibu-ibu boleh cuba tip mudah ini!
Bagi ibu-ibu yang alah atau sensitif dengan bahan kimia di dalam pencuci pasti akan menghadapi situasi di mana jari jemari menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
• 7 cawan air
• 1/2 cawan soda
• 1/3 cawan jus lemon
• 1/4 cawan cuka
Caranya:
• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
• 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
• Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
• Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
• Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
• Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
• Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
• Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
• Pasang cermin muka di dinding bilik air.
• Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
• Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap daripada kita pasti teruja melawat keluarga atau rakan terdekat yang baru melahirkan bayi.Dalam keterujaan menziarahi ibu baru bersalin dan bayi baru lahir, ada beberapa perkara yang perlu dipandang berat.
1. BERITAHU TERLEBIH DAHULU
Elak datang terlalu awal kerana sesetengah ibu bapa sebenarnya agak keberatan untuk menerima tetamu, lebih-lebih lagi sekiranya keadaan ibu masih memerlukan perhatian atau bayi yang dilahirkan kurang sihat.
Jika kita tidak pasti sama ada mereka bersedia menerima kehadiran tetamu, bertanya dahulu keadaan mereka. Dan sekiranya anda telah berjanji untuk melawat keluarga tersebut dalam tempoh tertentu, patuhilah masa tersebut.
2. TAK PERLU LUANGKAN MASA TERLALU LAMA
Beri ucapan tahniah kepada rakan anda, tanyakan khabar, dan berbual-bual ringkas sekadarnya. Walaupun bayi baru lahir selalunya tidur, mereka kerap juga diberikan perhatian.
Selalunya, ibu perlu menyusu badan dengan kerap pada awalnya dan kehadiran tetamu mungkin akan memberi sedikit kesukaran untuk mereka menyusukan bayi dengan selesa.
3. JANGAN AMBIL GAMBAR TANPA KEBENARAN
Memang comel melihat bayi. Walaupun mereka tidur, kita tetap leka dengan gelagat mereka.Tapi, sebelum mengeluarkan kamera atau smartphone, mintalah izin daripada ibu bapanya untuk diambil gambar bayi tersebut.
Sesetengah ibu bapa belum mahu memaparkan wajah bayi mereka kepada orang ramai atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, hormatilah pendirian mereka.
4. ELAK BAWA AHLI KELUARGA YANG SEDANG SAKIT
Jika ada antara anak anda yang sedang demam, selsema, dijangkiti ruam, atau sebagainya, tangguhkan dahulu melawat bayi baru lahir.
Seperti yang kita tahu, bayi amat sensitif dan mudah terkena jangkitan, lebih-lebih lagi semasa usianya baru menjangkau beberapa hari.Jika terpaksa membawa mereka, pastikan anda memesan supaya mereka tidak terlalu mendekati bayi dan menciumnya sesuka hati.
5. BASUH TANGAN KETIKA MAHU MEMEGANG BAYI
Jika anda ingin memegang bayi, pastikan tubuh anda dalam keadaan bersih. Lebih baik jika dapat mencuci tangan sebelum menyentuh dan memegang bayi untuk mengelakkan jangkitan.
6. FIKIR SEBELUM MENCIUMNYA
Apabila anda bersin, batuk, bernafas, termasuk mencium bayi, kuman boleh terbebas dan menular kepada orang di sekelilingnya, terutamanya bayi yang masih lemah antibodinya.
Apabila dicium-cium, kuman mudah berpindah dari mulut anda melalui air liur ke pipi atau bibir si kecil.
7. MEROKOK, WALAUPUN SEBELUM BERJUMPA BAYI
Ini penting tak kiralah sebelum berjumpa bayi atau semasa di luar rumah / hospital, seseorang tak sepatutnya merokok apabila mereka mendekati bayi.
Ini kerana, walaupun bayi tidak menghidu asap rokok secara terus daripada rokok, bau-bauan yang masih melekat pada baju menandakan partikel kimia itu masih berada pada tubuh anda. Bahkan, asap rokok basi ini lebih merbahaya berbanding asap rokok itu sendiri!
8. JANGAN KEJUTKAN BAYI YANG SEDANG TIDUR
Kita tak tahu betapa susahnya ibu bapa cuba menidurkan anak mereka tadi. Oleh itu, tolonglah jangan mengejutkan bayi sekiranya mereka sedang tidur semata-mata untuk mendukung atau mengambil gambar mereka.
Apabila bayi meragam, tentu ibu bapa akan berasa susah hati dan bertambah letih untuk memujuknya nanti.
9. JAGA PERCAKAPAN
Tak perlu beri nasihat sekiranya tidak diminta, lebih-lebih lagi jika si ibu dan ayah kelihatan tidak bermaya. Mungkin mereka belum bersedia menerima sebarang komen yang mungkin merimaskan, walaupun anda seorang yang lebih berpengalaman.
Ucapkanlah perkara-perkara yang baik dan boleh menenangkan hati mereka.‘KEEP IT SHORT AND SWEET’
sumber gambar: Instagram noradanish & Boss_ned
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seriau Bila Suami ‘Nak’ Masa Pantang, Lakonan Emma Maembong Undang Sebak
Mana-mana wanita yang baru melahirkan anak pasti tidak bersedia untuk melakukan hubungan kelamin dalam tempoh berpantang.
Bahkan suami seharusnya tidak melakukan hubungan intim dalam tempoh enam minggu pertama selepas melahirkan merupakan salah satu pantang larang selepas bersalin mengikut Islam.
Ketika ini badan ibu belum sembuh sepenuhnya selepas sembilan bulan mengalami perubahan hormon dan bentuk badan. Bukan itu sahaja, luka kerana koyakan di bahagian vagina atau episiotomi juga belum lagi sembuh dengan baik, apatah lagi luka yang lebih besar.
Namun siapa sangka ada segelintir tidak menghiraukan pantang larang itu sehingga mengakibatkan ibu selepas bersalin mengalami kemurungan akibat desakan si suami.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi telefilem seram berjudul ‘Nyang’ baru-baru ini mengundang sebak dan kemarahan dikalangan wargamaya.
Mana taknya, watak Sara yang dilakokan oleh pelakon terkenal, Emma Maembong, telah membuatkan ramai yang sebak. Manakala watak antagonis, Zaidi membuatkan ramai yang geram dan marah!
SANGGUP BAWA KELUAR BAYI UNTUK MEMUASKAN NAFSU SERAKAH
Kesian melihat Sara yang dipaksa oleh suami seakan kemaruk hubungan intim membuatkan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Malah ada yang menganggap watak bernama Zaidi memalukan golongan kaum lelaki.
Lantaran nafsu Zaidi yang menguasai dirinya, hilang sudah sifat peri kemanusiaannya sebagai suami hingga sanggup membawa keluar bayi yang baru lahir untuk memuaskan nafsu serakahnya biarpun isteri dalam pantang.
Nyata, apabila nafsu menguasai diri, segala perbuatan dilakukan tanpa fikiran yang waras. Semoga watak Zaidi tidak ada dalam realiti didalam persekitaran hidup kita dan keluarga.
Meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan watak lelaki berkenaan yang memaksa isteri melakukan hubungan ketika dalam tempoh berpantang.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.