Tidak dinafikan mendidik anak bukan tugasa yang mudah. Lebih mencabar apabila anak-anak semakin membesar dan mempunyia pelbagai kerenah diluar dugaan. Memang anak ini anugerah yang amat bernilai yang perlu didik dengan sebaiknya. Namun ada segelintir ibu bapa kadang kala sukar mengawal emosi sehingga anak menjadi kemarahannya.
Kesannya, tanpa sedar akan membuatkan anak memberontak dan menujukkan rasa tidak puas hati.
Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar kata. Selain membacakan ayat-ayat doa melembutkan hati anak, kita sebagai ibu bapa juga perlu muhasabah diri.
Mendidik anak dengan sabar, tanpa tengking atau memarahinya dengan suara yang kuat akan membuatkan sukar melembutkan hati anak.
Begitu dengan perkongsian ini. Menyediakan rahsia muda untuk melembutkan hati anak-anak.
.
1 Rahsia Lembutkan Hati Anak-Anak.
Dulu saya ingat lagi, masa saya kerap marah tengking cubit Rizqi, dia jadi sangat ‘kental’.
Tak makan dek saman orang kata.
Tapi sejak saya alhamdulillah dah berbulan-bulan takda dah marah tinggi suara dengan Rizqi sejak amalkan Good Rizqi ni.
Ada 1 perubahan yang paling luar biasa.
Biasanya, hari-hari setiap kali Rizqi buat kebaikan, saya dan isteri akan kerap cakap,
“Ummi Papa bangga dengan abang”
Sampai satu tahap, bila dia buat perangai tak baik yang agak melampau, kami hanya cakap dengan nada lembut je,
“Ummi Papa kecewa dengan abang”
Nak tau apa yang jadi?
Menangis meraung dia bila dengar tu.
Bersungguh dia minta maaf sambil nangis, hanya sebab serangkap ayat tu.
Sebab apa?
DIDIK ANAK DENGAN TENANG
Sebab bila kita kerap handle dia dengan tenang, dengan pujian, tiada marah tengking, apatah lagi cubit,
Even dengan ayat “kecewa” pun dah boleh sentuh hati dia.
KERAP MARAH, SUSAH NAK SENTUH HATI ANAK
Kalau masa kami kerap marah tengking cubit dia dulu, susah nak sentuh hati dia.
Yelah kan. Apa lah sangat kita cakap kecewa, sedangkan hari hari kita siap cubit lagi.
Hati anak jadi lagi keras.
JANGAN TENGKING MARAH
Jadi Tuan Puan, rahsia nak lembutkan hati anak ni simple je.
Kita kena biasakan didik dia dengan lembut, tenang, jauhkan dari tengking marah.
Anak tu ibarat span. Kita banyak siram air, lembablah ia basah.
Kalau hari-hari kita asyik perah, biar di tengah panas, maka keringlah dia mengeras.
Sungguh, ia mungkin tak mudah, tapi berbaloi. InsyaAllah.
Kredit: Good Rizqi
.