Didik Anak Dengan Cara Ini Kesilapan Besar Buat Ibu Bapa. Ubah Sekarang Sebelum Terlambat!

Share

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan.
Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.Sebenarnya, masih ramai ibubapa yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1. Membandingkan

Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain seperti adik-beradik,jiran, saudara,kawan sekelas atau sesiapa sahaja.Perkara ini, pasti akan mewujudkan perasaan cemburu dan iri hati dalam diri, anak-anak pula akan mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan untuk bersaing.

2. Merendahkan kebolehan anak

Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung dan meluahkannya kepada orang lain di hadapan anak-anak. Fitrah anak -anak ia akan percaya sepenuhnya perkara yang didengarnya terutama daripada ibu bapa sendiri.Ini akan membentuk sikap negatif dalam diri anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan yang ada dalam diri mereka.
3. Marah anak tak kena tempat

Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kena pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya.Jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang, namun jangan pula menyebelahi kesalahan mereka. Jelaskan secara bijak, kesilapan perbuatan mereka dan tindakan yang sewajarnya.Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan.

4. Tidak jadi pendengar yang baik

Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
5. Terlalu memanjakan anak

Sekiranya terlalu memanjakan anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.Anak-anak akan terlalu bergantung pada ibu bapa dan tidak pandai membuat keputusan sendiri apabila dewasa kelak.Jangan biasakan anak meminta-minta dan menurutkan segala kemahuan anak. Perlu juga ajarkan anak untuk berusaha dahulu sebelum mendapatkan sesuatu yang diinginkan.