Kadang kita sebagai ibu bapa membuat pilihan bahawa garang kepada anak adalah yang terbaik, namun hakikatnya pro dan kontra jika memilih garang atau tegas dalam mendidik anak.
Ikuti pandangan wanita ini, Adlil Rajiah dalam mendidik anak sama ada tegas atau garang. Ikuti perkongsiannya di lamn facebooknya.
Bagi saya, there’s always a fine line between GARANG dan TEGAS.
.
Garang–
ada unsur kekerasan, meninggi suara, menyentak emosi anak.
Dan kadang2 wujud unsur sindiran dan ugutan.
.
Tegas–
tetap dengan peraturan (no means no, yes means yes, don’t means don’t, cant means can’t) tanpa perlu meninggi suara, kekerasan fizikal, sindiran, atau ugutan.
Garang akan buat anak patuh, sebab TAKUT kepada ibu bapa.
Tegas akan buat anak patuh, sebab HORMAT peraturan ibu bapa.
Tanya diri
sebagai ibu bapa, apa yang kita mahukan daripada anak?
.
We want their FEAR,
or their RESPECT?
.
Tapi awas–
fear takkan kekal.
.
Satu hari nanti,
bila anak ada pilihan dan kuasa,
fear mereka terhadap ibu bapa akan hilang.
Dan mereka akan buat kita dan orang lain pula yang fear terhadap mereka.
.
“A lot of parents were their first children’s bully.”
-Sean Grover
.
Anak2 yang ganas, kaki buli–
dahulunya adalah MANGSA.
.
Kita mahu anak hormat dan tak pijak kepala–
tapi last2 bukan kepala kita je kena pijak,
kepala semua orang nak dipijaknya.
.
Choose wisely, dear parents.
Choose RESPECT–
to be respected.
Mendidiklah dengan akhlak.
Bertegaslah dengan adab.
.