Tidak dinafikan setiap ibu bapa mahu mendidik anak berjaya dunia akhirat, malah apabila melihat anak–anak yang cemerlang dan dengan pendidikan agama yang baik, kita akan rasa lega. Ini kerana ia akan membantu anak-anak menjalani kehidupan dengan baik apabila dewasa.
Namun, untuk mendidik anak-anak menjadi begitu, perlu ada acuan yang betul oleh ibu bapa. Ikuti 15 petua menurut aspek Islam dalam mendidik anak-anak.
ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS
Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak.
ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK
Jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil. Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
AJAR ANAK SOLAT
Dalam mendidik anak mengikut cara Islam, solat adalah kunci utama.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
Ads
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
NAMA PANGGILAN YANG BAIK
Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.
PELUK ANAK SETIAP HARI
Dalam mendidik anak cara Islam, kasih sayang dari ibu bapa yang ditunjukkan kepada anak sangat bermakna buatnya. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
PANDANGAN KASIH SAYANG
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
Ads
BERIKAN PUJIAN PADA ANAK
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
AKUI KESILAPAN ANAK
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
UTAMAKAN KELUARGA BERBANDING PERKARA LAIN
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jadi, hargailah masa bersama semasa proses anak-anak membesar.
ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Dalam mendidik anak cara islam, kesabaran yang tinggi amat penting. Elakkan mengeluh. Ucapkan Astagfirullah.
Ads
DENGAR BILA ANAK BERCAKAP
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, jadilah pendengar yang baik.
TENANGKAN ANAK
Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI
Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
BUAT AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANAK.
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.
TERIMA ANAK SEADANYA
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.
Perkongsian daripada seorang suami dan juga merupakan seorang penceramah, menyentuh tentang apabila isteri yang rajin memasak dan suami yang suka makan dirumah.
Diharapkan ianya dapat memberi inspirasi untuk kita sebagai isteri agar terus memperbaiki keenakan rasa setiap hidangan yang dimasak untuk keluarga. Jom semak.
Wahai wanita yang bergelar isteri, JIKA suamimu suka makan di rumah, masakanmu dan tidak suka makan makanan kedai atau luar rumah. Bergembiralah..! itu tanda kalian sudah menawan satu bahagian dari hati suami.
JANGAN pula rasa beban, malas, muak, tak gembira nak masak dan asyik nak ajak makan kat luar.. JANGAN BERHENTI MAHIRI MASAKAN..
Suami tak puji & hargai? bukan begitu, suami nak makan kat rumah, mengunyah dan menambah itulah tanda penghargaan sang suami.
Sekali sekala makan di luar untuk family time adalah juga baik..tetapi sekali sekala, better family time dengan masakan ori oleh isteri.
Sumber : Dr. Zaharudin Abd Rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini pernah tular telefon bimbit yang dicas ketika tidur meletup. Namun siapa sangka, selagi tak kena batang hidung sendiri selagi tu la akan buat kan? Betul tak?
Itulah yang dialami sendiri oleh seorang pengguna Tiktok yang memuat naik gambar telefon bimbitnya yang terbakar akibat meletup ketika cas semasa tidur.
Menerusi perkongsian itu, jelas menunjukkan keadaan telefon bimbit telefon hangus sehingga membuatkan pemiliknya, Muhammad Irfan Aiman Mohd Sobri serik untuk mengecas ketika tidur.
Malah, peristiwa itu telah membuatkan remaja berkenaan tidak berani untuk tidur dalam bilik berkenaan sambil menceritakan kejadian sebenar.
“Saya sudah serik untuk mengecas telefon bimbit ketika tidur dan buat masa ini tak berani nak tidur dalam bilik berkenaan kerana teringat apa yang berlaku.
“Saya memang tak sedar apa yang berlaku sehingga 5 pagi, itu pun selepas kakak kejut untuk bangun.
“Waktu itu, bilik sudah dipenuhi asap jadi saya pun segera keluar untuk selamatkan diri dan mengelak sesak nafas,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Irfan Aiman memanjatkan kesyukuran kerana dirinya selamat dan masih dipanjangkan usia selain tidak berlaku kebakaran besar akibat insiden melibatkan telefon bimbitnya yang telah digunakan sejak dua tahun lalu.
“Alhamdulillah, Allah lindungi saya cuma apa yang berlaku itu akan beri pengajaran buat saya untuk tidak mengecas telefon bimbit ketika tidur atau bermain dengannya ketika proses pengecasan,”luahnya.
Sementara itu, kakaknya, Nurain Najihah tidak menyangka video yang dimuat naiknya menerusi TikTok miliknya tular, sedangkan niatnya hanya sekadar mahu memberi peringatan kepada orang ramai.
“Tak sangka boleh tular kerana saya kongsikan video itu supaya ramai lebih berhati-hati.
“Ia kerana insiden itu sudah berlaku kepada adik saya sendiri jadi tak nak ia terjadi kepada orang lain.
“Setakat ini, tiada yang kecam sebaliknya ramai kongsi ada tabiat sama (mengecas telefon ketika tidur) dan mahu mengubahnya (tabiat) demi kebaikan kerana bimbang berlaku kejadian tak diingini,” katanya.
Meninjau di ruangan komen Tiktok tersebut, ada yang mencadangkan untuk memakai wayar USB yang auto cut bila bateri sudah penuh. Tidak kurang juga ada yang menasihatkan jangan letak di atas katil khuatiri kejadian seperti ini akan berulang.
Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), TikTok @nurain.najiha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupanya ramai yang kurang ilmu mengenai sistem faraid yang dilaksanakan oleh Islam yang tidak boleh dibuat main walaupun hanya melibatkan harta arwah sekadar gula atau garam.
Nampak biasa tetapi ia perkara yang tak boleh dibuat main.
Ikuti perkongsian ini yang sungguh bermanfaat oleh peguam ini.
Garam gula pun pusaka. Bukan sekadar tudung dan baju. Apatah lagi barang berharga arwah. Jangan ambil mudah bila pakai pusaka arwah. Waris-waris faraid arwah redha ke? Ada minta izin dari mereka?
Ini tidak, bila berlaku kematian sibuklah nak buat kenduri arwah. Segala garam gula kunyit beras arwah digunakan untuk kenduri tanpa bertanya kepada waris-waris faraid yang ada.
Ala, gula garam je. Tak kan itu pun nak berkira?
Semalam semasa arwah masa hidup memang garam gula itu miliknya. Tetapi hari ini apabila beliau meninggal dunia, gula dan garam telah bertukar menjadi milik waris faraid yang berhak. Kalau ada seorang waris yang tidak redha, apa hukumnya?
Jadi sebagai orang-orang yang masih hidup, berhati-hatilah semasa mengambil barang orang yang telah mati. Minta izin, minta izin,minta izin walaupun simati itu kakak atau adik yang paling rapat dengan kita.
Ini tidak, semasa simati dibawa ke masjid semasa proses pengkebumian, sibuklah sedara mara ambil barang-barang arwah. Habis baju-baju arwah dalam almari dibahagi-bahagikan tanpa minta izin waris-waris faraid yang berhak.
Inilah masalahnya kalau ada sikap tak ambil kisah.
Lepas itu, waris faraid arwah pun tak kenal. Arwah ada anak lelaki tetapi adik beradik arwah sibuk juga nak kain baju, barang kemas dengan alasan, kami dulu rapat
Dosa makan harta bathil ni bukan dosa kecil. Lagi kena berhati-hati jika simati tinggalkan anak-anak yatim.
Jadi kalau tak ada ilmu mengenai faraid, belajarlah. Sekurang-kurangnya kenal siapa waris faraid kita.
Sebarang persoalan boleh ajukan di https://tanyalahpuanumi.wasap.my
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...