Pada saat serangan covid-19 ini, bukan sahaja aspek kesihatan kita semua terkesan malah pelbagai perkara tidak terjangka turut berlaku.

Lihat sahaja, ramai yang hilang mata pencarian, dibuang kerja dan sebagainya kesan daripada penularan Covid-19.

Apa yang pasti bila diberhentikan oleh majikan, saat itu bukanlah mudah untuk dilalui.

Sekelip mata tiada lagi sumber pendapatan dan ini sekali gus boleh menjadi detik hitam dalam hidup.

Membayangkan kesukaran yang dilalui, tidak terjangkau dek fikiran namun hanya yang telah melalui detik dibuang kerja faham situasinya.

Ini sebagaimana yang pernah dilalui oleh Puan Azila Ajid. Lantas di sini dikongsikan pengalamannya melalui detik tersebut  moga dapat memberi inspirasi untuk yang lain segera bangkit membina kehidupan.

Ini perkongsiannya.


Memang tak senang nak move on bila kena buang kerja. Saya menangis hampir setiap hari selama seminggu mengenang nasib. Lagilah itu kerja yang saya paling suka tau.

Macam-macam benda terfikir. Apa salah aku. Tak cukup ke apa aku bagi pada syarikat. Kenapa aku yang bawa masuk sales pun kena begini. Gaji aku bukan besar sangat pun banding orang lain. Kata nak jimat kos, kenapa bukan yang gaji besar? Serabut rasa.

Dah lah momen kena buang tu menyedihkan. “On the spot” tanpa notis. Pilu ya amat.

Mac 2015, industri minyak dunia dah gawat. Satu hari tu saya ada mesyuarat dengan syarikat carigali di KLCC yang mula 8.30 pagi sampai hingga lebih kurang 11. Dapat mesej bos tanya saya mana dan minta jumpa dia lepas setel kerja.

Tak tunggu lama, saya terus balik pejabat. Panas peluh pun belum hilang, baru je on laptop bos panggil ikut dia. Saya masa tu blur lah nak pergi mana. Kepala pula fokus kerja sebab sibuk fikir kejap lagi 2.30 petang nak kena buat presentation kat client lagi.

Saya ikut je sampai masuk bilik yang agak gelap hujung sebelah kiri tingkat tu. Bos buka je pintu saya nampak Manager HR dan bos pada bos saya. Terus terfikir. Eh aku nak kena buang ke?

“Due to current economic scenario, we have to let you go and” belum sempat bos saya sambung skrip buang pekerja beliau dengan muka serba salah dia…

“Takpe. Straight to the point je. Just bagitahu apa pakej you all nak buang i ni” sampuk saya laju. Serius malas nak dengar segala drama masa tu. Yelah, nak buang, buang je lah. Aku letih ni baru habis meeting tau. (masa tu perasaan sedih bercampur marahlah, masa taip ni saya ketawa tau. Hahaha)

Ads

Lepas setel Manager HR terangkan semua yang ada, saya diminta kemas barang dan keluar secepat mungkin dari situ.

Apa lagi. Jem terus otak. Bukan saya je terkesima, kebanyakan rakan pejabat satu tingkat kawasan saya terkedu. Yelah, saya yang terawal kena lalui semua tu. Benda “baru” lah kira masa tu.

Saya cubalah control macho je dari awal nampak cool masa siapkan kemas meja tu. Depan orang kan. Takkan nak meraung pula. Hahaha Tapi bila tiba-tiba nampak kakak admin kesayangan saya menangis teruk, saya tewas. Menangis-nangis jugalah saya kat situ.

Setel kemas, terus saya keluar pejabat. Dalam 20 minit je proses tu tau! Wey serius sakit hati! Korang bayangkan. Kerja 5 tahun lebih, berkorban masa jiwa raga setia dari bujang sampai anak sorang. Sekali nak buang, laju je kena “halau”. Pedih gais. Hahaha

Turun parking, masuk kereta Vios saya tu dan terus keluar bangunan. Sungguh syahdu wey. Bila dah ke jalan besar depan Tabung Haji Jalan Tun Razak, saya call suami bagitahu kena buang. Suami terus ambil cuti balik nak teman saya.

Sepanjang perjalanan dari Menara Tan&Tan Jalan Tun Razak ke Bandar Baru Bangi saya menangis.

Sumpahlah senak rasa dada. Apa nak bagitahu mama papa. Mak mentua semua. Bayangkan selama ni ada rezeki lebih, boleh raikan ramai orang, sekarang hilang semua sekelip mata.

Saya ambil masa dalam dua tiga hari untuk bagitahu mama papa dan mak. Adik beradik pun lama baru tahu. Kawan-kawan pula ramai tak kontek masa tu kecuali beberapa orang. Katanya selepas itu mereka tak tahu nak cakap apa dan macam mana.

Saya banyak habiskan masa duduk dalam bilik. Tetibe jadi pendiam. Sampai dalam seminggu macam tulah seingat saya, mama papa cuba ajak saya berbual. Mungkinlah mama papa sedihkan tengok saya yang ceria jadi begitu.

Ads

Mereka mula ajak saya keluar jalan-jalan. Tolong mereka dengan urusan harian dan buat macam-macam perkara. Masa tu mereka banyak ingatkan saya tentang takdir, rezeki, ketentuan Allah. Ingat Tuhan selalu.

Alhamdulillah. Berkat bantuan emosi mama papa, dalam sebulan lepas tu saya walaupun hati ni sakit lagi pengalaman tu, saya lega. Saya mula bangkit buat banyak perkara selain cari kerja. Antaranya:

1. Belajar ilmu hartanah dan kewangan. Follow mentor di facebook seperti Tuan Zaidi Ismail dan ke kelas hartanah Faizul Ridzuan.

2. Bincang dengan suami kewangan keluarga. Buat tracking pampasan tu tahan berapa lama bila bayar hutang bank dan komitmem termasuk bil saya dan barang keperluan peribadi (spa etc).

3. Ubah lifestyles. Mula belajar semula naik kenderaan awam macam KTM bila perlu. Kurangkan keluar rumah melepak restoran yang menelan belanja banyak.

4. Buat aktiviti yang menyeronokkan macam jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.

5. Banyak habiskan masa family time.

Korang. Masa ni saya belum belajar berniaga tau. Jadi memang taklah saya ni nak ada back up plan kan. Dan sungguh saya tak positiflah macam sekarang sebab belum belajar kentalnya jiwa peniaga. Haha

Oh ya. Macam tadi tulah rutin hidup saya lepas tu. Berbahagia seadaanya. Rezeki Allah, saya dapat kerja baru 6 bulan selepas kejadian dengan 2 tawaran bekerja di syarikat berbeza. Dalam awal September 2015 saya lapor diri. Gaji pulak kurang 30% dari apa saya dapat sebelum ini.

Ads

Dibuang Kerja, Wanita Ni Kongsi Pengalaman. Jadikan Inspirasi Untuk Bangkit Semula!

Syukur saya Allah izin ganti walau tidak sama. Alhamdulillah sebab dah ubah lifestyle masa menganggur tu, jadi gaji tak sama macam dulu pun saya gembira. Bila dah belajar ilmu kewangan, saya lebihkan menyimpan berbanding dulu dari berbelanja.

Saya mula belajar berniaga melalui bisness shaklee untuk dapat pendapatan tambahan. Tambah ASB loan jadi maksima, buat ASB loan 2. Setelkan hutang kereta. Yang ada rumah sahaja (sendiri dan sewakan). Saya beringat sangat pasal persediaan #tabung kecemasan.

Kawan-kawan. Tak senang nak lalui pengalaman kena #VSS. Jangan cakap saya tak sabar tak tabah ya, tapi pedih itu sukar nak tulis. Lukis pun belum tentu orang paham. Tak lalu, memang kira kau takkan tahulah. Hahaha

Bila kita kena tu, tak kisah lelaki ke perempuan, kalau nak menangis lepaskan sahaja. Nak sedih, biarkan perasaan tu lalu. Cuma janganlah biarkan lama-lama (seminggu sampai ke sebulan macam saya ni rugi tau.huhu).

Memang berat nak lalui, tapi janji Allah, dalam setiap kesulitan akan ada kemudahan.

Mungkin ada sebahagian kita kena buang kerja, nak dapat gaji sama macam apa kita ada hari ini itu sukar. Kalau ada bisnes pun belum kencang.

Lagi-lagi kalau baru nak mula. Memang ia tak mudah dan mencabar. Tapi jangan mengalah dan yakinlah, rezeki Allah akan sentiasa cukupkan. Berpegang sahaja pada Allah, pintu rahmatNya akan terbuka luas.

Hari ini saya menulis dengan yakin sebab saya dah merasainya. Indahnya hidup dan bahagia sangat walau pernah rasa perit dibuang kerja.

Buat makluman, saya pada awalnya rasa macam dah bersedia kut kena buang sebab masa tu dah teruk sangat industri ni. Saya dah siapkan laptop pejabat dengan semua info kerja yang perlu handover, semua barang peribadi saya kebanyakannya dah dibawa pulang lebih awal.

Walaupun begitu, percayalah masa kena sakitnya tetap berbisa. Namun, pengalaman itu yang menjadi antara kekuatan saya untuk hadapi hidup hari ini.

Musim #Covid19 yang rakus menyerang dunia hari ini mungkin akan menyebabkan ramai lagi mengalami pengalaman yang sama. Walaupun perit, percayalah kalian akan mampu laluinya. Doa saya semoga Allah mudahkan segalanya buat kita semua dan beri ganti yang lebih baik kelak.

Sedih VSS, berhenti, hari ini suri rumah bahagia dan laki bini kerja sendiri. Alhamdulillah

sumber : Azlia Ajid

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI