Dibuang Kerja, Suami Nekad Rahsiakan Daripada Isteri. Tapi Selepas Tiga Bulan Ini Yang Terjadi. Sebak!

Share

Sejak pandemik covid-19 melanda dunia, ia telah mengakibatkan berjuta kematian seluruh dunia. Bahkan impaknya turut memberi kesan kepada ekonomi dunia sehingga ramai kehilangan pekerjaan akibat kegiatan ekonomi dihentikan atas faktor penyekang penularan wabak ini.

Natijahnya, Malaysia juga tidak terkecuali sehingga Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada penghujung Mac selama hampir tiga bulan. Ia mengakibatkan ramai antara kita kehilangan pekerjaan dan tiada aktiviti perniagaan sehingga menjejaskan ekonomi isi rumahtangga.

Sehingga kini, masih ada lagi syarikat yang memberhentikan pekerja atau mengurangkan pembayaran gaji bulanan ekoran kegiatan ekonomi tidak serancank sebelum pandemik.

Sudah pastinya pandemik ini memberi kesan kepada cara hidup dan ekonomi kita sekarang. Sebagaimana yang dilalui seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Mamat’ berkongsi cerita sukar dalam hidupnya ketika PKP melalui panggilan telefon di stesen radioa Suria FM

baru-baru ini.

NEKAD TIDAK BERITAHU ISTERI

Beliau yang telah berkahwin telah berhentikan kerja tanpa notis ketika PKP nekad tidak memberitahu kesusahan kepada isteri tersayang.  Selama tiga bulan bekerja melakukan penyamaran keluar bekerja seperti biasa, namun melakukan kerja harian lain.

“Saya baru lepas dibuang kerja. Tanpa apa-apa sebarang notis sejak MCO. Saya berkahwin dan tak bagi tahu isteri saya dibuang kerja. Pagi-pagi saya keluar pergi kerja. Keluar macam biasa naik motor.

Rasa serba salah dalam diri, lelaki ini memilih untuk tidak berkongsi detik sukar bersama isteri.

“Saya rasa serba salah. Tak sampai hati nak bagi tahu kena buang. Sebab ketika itu semua orang kalut cari kerja.

JIWA PENYABAR

Dalam tempoh tiga bulan beliau bersabar dan tidak patah semangat mencari pekerjaan di samping membuat kerja harian.

“Saya buatlah kerja harian. Tak kisah kerja apa pun. Saya pakai  macam biasa. Tapi sebenarnya ada baju spare (baju lain) dalam motor. Saya lakukan semua ini selama tiga bulan. Tiap-tiap pagi saya keluar. Saya tak nak isteri tahu saya kena buang kerja. Saya buat kerja harian tapi pada masa yang sama saya tak stop cari kerja lain.”

REZEKI DATANG TANPA DIDUGA

Namun, rezeki tidak pernah salah alamat. Akhirnya beliau mendapat pekerjaan pada awal September lalu.

“Alhamdulillah, 14 Sept saya dapat kerja. Saya dapat interview saya cakap pada isteri tapi kena buang kerja saya tak bagi tahu pada isteri.”

JANGAN MENYERAH KALAH!

Sehingga kini, isterinya tidak mengetahui kisah benarnya ketika PKP. Nyata, beliau seorang suami yang bersikap tidak pernah putus asas untuk memastikan keluarganya bahagia.

Sebelum mengakhiri perkongsiannya, beliau menasihati agar mereka yang kehilangan pekerjaan tidak mudah putus asa tetap berusaha mencari peluang pekerjaan.

“Saya kerja shif,saya dalam perjalanan balik kerja, terkesan dengan topik ‘interview’ ini. Saya call untuk berkongsi. Cuma saya nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja, atau yang otw (dalam perjalanan) mencari kerja, percaya pada diri sendiri. Kita usaha Allah tolong. Jangan give up! (menyerah kalah),” nasihat lelaki ini mengakhiri perkongsiannya.

Sungguh inspirasi kisah lelaki yang hanya dikenali ‘Mamat’ ini. Semoga kita juga jangan mudah menyerah kalah. Tuhan akan tolong kita!

Kredit: Suria FM