DiBeri Tempoh Tiga Bulan Kosongkan Kediaman, Pelakon ‘Mat Saleh’ Johan Abdullah Luah Rasa Bimbang.

Share

Masih ingat lagi tak pelakon ‘mat saleh’ , Johan Abdullah, 73, yang fasih bertutur bahasa Melayu tetapi pelat dalam filem ‘Fenomena’ (1999) dan filem perang ‘Leftenan Adnan’ arahan Aziz M Osman.

Era kegemilangannya dia sering di beri watak pegawai Inggeris atau watak bapa keturunan Inggeris sesuai dengan perwatakan dan tutur bicaranya pelat Inggeris.

Namun semua itu tinggal kenangan setelah mengalami masalah kesihatan akibat angin ahmar yang berpunca daripada Parkinson,

Kini Johan yang berasal dari Christchurch, New Zealand mengalami kesukaran hidup apabila tidak dapat bekerja setelah di serang penyakit berkenaan.

Laporan Harian Metro, Johan kini bimbang mengenai rumah sewanya akan dijual pemiliknya.

Menurut Johan, dia telah cuba berbincang dengan pemilik rumah, namun diberi tempoh selama tiga bulan oleh pemilik untuk berpindah.

“Manalah kami nak tinggal selepas ini kerana kami tiada pendapatan tetap malah isteri ada terfikir buat sementara waktu ini nak buat rumah kongsi di tanah lot milik saya di Kampung Gadong tidak jauh dari sini,” katanya.

Mengakui bukan mudah mencari rumah baru yang memerlukan wang pendahuluan yang banyakan sedangkan dirinya tidak bekerja dan menyara persekolahan kedua anaknya.

Hilang sumber pendapatan

Menurut isterinya, Sarepah, mereka sekeluarga mula hilang sumber pendapatan sejak suami jatuh sakit pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu.

“Kami sekeluarga sebelum ini meneruskan hidup dengan duit upah menulis dokumen kerajaan dan upah berlakon diterima suami.

Isterinya juga diuji penyakit tiroid dan ‘slipped disc’ (cakera teranjak).

“Tapi bila suami sakit memang terputus langsung sumber pendapatan dan bila memikirkannya buat saya jadi sedih kerana saya sendiri turut menghidap penyakit tulang belakang yang mana pergerakan agak terbatas.

“Selagi Allah bagi saya kudrat untuk jaga suami, saya akan terus pikul tanggungjawab ini dan saya rela hadapi dugaan ini, biarlah kami susah senang bersama.

Pernah dapat bantuan

Sarepah berkata, mereka pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) dan Persatuan Artis yang diketuai DJ Dave.

“Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memahami keadaan kami sekeluarga.

“Saya harap abang Johan segera sembuh seperti sediakala dan dia dapat melepaskan rasa rindu kembali berlakon,” katanya

Sumber: Harian Metro

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz