Amanah diperoleh, bukan diberi. Tetapi apabila dilamun cinta, kita menjadi “buta” apabila pasangan membuat sebarang kesalahan, hati wanita akan dilembutkan dengan kata-kata dan akhirnya dimaafkan. Begitulah dengan kes wanita ini yang memberi pinjam wang sebanyak RM5000 kepada tunangnya.
Wanita yang digelar Chaa telah berkongsi “screen shot” perbualan bersama bekas tunang di TikTok yang kini mendapat sebanyak 377,000 tontonan.
Chaa mendakwa bahawa lelaki tersebut sering meminjam wang daripadanya sejak mereka masin bercinta sebelum nombor telefonnya disekat atau “block” dan tidak lagi dapat dihubungi.
Melalui satu temu bual bersama mStar, Chaa, 23, berkata dia amat menyesal kerana rela membiarkan bekas tunangnya itu berhutang wang daripadanya kira-kira berjumlah RM5,000.
Ads
“Mula-mula saya memang percayakan dia sebab dia cakap nak ganti balik duit yang dipinjam. Dia pun ada guna duit saya dulu dalam RM2,500 tapi diganti balik. Lepas tu dia asyik minta lagi. Setiap kali pinjam tak pernah bawah RM50, mesti RM100 ke atas saja. Kalau saya tak nak bagi dia akan telefon saya berulang-ulang kali. Kalau saya nekad tak layan, dia akan mesej dekat WhatsApp sampailah saya rimas. Akhirnya saya bagi juga sebab nak suruh dia diam,” ujar Chaa.
Menurut Chaa, semakin lama mereka menjalinkan hubungan, lelaki itu semakin ‘giat’ meminjam wang walaupun hutang terdahulu masih belum dibayar.
Chaa mendakwa, pelbagai alasan diberikan lelaki itu ketika mahu meminjam wang dan sering menabur janji-janji manis untuk membayar hutang itu semula.
“Sepanjang saya dengan dia, memang dia asyik berhutang saja. Kononnya nak beli barangan motosikal dan banyak lagi alasan lain. Bukan sikit-sikit dia minta. Padahal gaji saya lagi rendah berbanding dia setiap bulan. Sebelum kami putuskan untuk bertunang dulu, dia dah bayar segala hutang. Jadi saya ingatkan dia okay, itu yang saya teruskan juga pertunangan kami. Tak sangka lepas bertunang lagi teruk. Masa bertunang barang hantaran pun guna duit saya. Buat makan-makan pun famili saya tanggung. Anggaran kos majlis bertunang dalam RM2,000. Dia cuma beli cincin saja” katanya.
Ads
Tidak lagi mampu dipergunakan, Chaa memutuskan ikatan pertunangannya pada 3 Jun lalu, lebih sebulan selepas majlis pertunangan diadakan iaitu pada 7 Mei 2022.
Sehingga kini, Chaa mendakwa hutangnya hanya dilangsaikan sebanyak RM300 sahaja daripada jumlah keseluruhan dianggarkan RM5,000.
Tambahan pula, apabila diminta supaya segera menyelesaikan segala hutang, lelaki itu didakwa mengugut Chaa untuk menyekat nombor telefonnya.
Ads
“Kami memang dah tak ada hubungan apa-apa sampai hujung bulan Jun. Bila saya asyik tekan minta dia bayar, dia suruh cakap elok-elok. Katanya kalau dia tak nak bayar, dia dah lama block saya. Tapi akhirnya memang dia block. Saya menyesal kenal dia walaupun sebulan saja kami bertunang. Sekarang saya dah tak boleh nak cari dia untuk minta duit sebab dah tak boleh berhubung,” ujar Chaa lagi.
Mengikuti perkongsian Chaa di TikTok, dia menjelaskan bahawa video dikongsi itu bagi memberi kesedaran kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati memilih lelaki sebagai pasangan hidup.
“Untuk semua kaum hawa, kalau baru kenal lelaki dan dia dah mula nak pinjam duit, jangan tunggu lama lama. Tolonglah tinggalkan dia. Lelaki yang baik dan bertanggungjawab tak akan melakukan perkara macam tu. Jangan kasihankan dia. Nasib baiklah saya sedar awal sebelum berkahwin dengan dia,” ujar Chaa.
Harimau mati meninggalkan belalang, manusia mati meninggalkan nama. Ungkapan ini cukup sesuai untuk menggambarkan sisi seorang dermawan bernama Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Dalam satu perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Farhan Che Hassan, anak muda ini bercerita kisah betapa dermawannya pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB Ini. Beliau telah mewakafkan sebahagian besar hartanya untuk kepentingan Islam dan umatnya demi mencari redha Allah.
Ini termasuklah pembinaan Masjid Sri Sendayan, Seremban yang mula dibuka baru-baru ini, yang merupakan antara beberapa masjid yang diwakafkan oleh jutawan Muslim itu.
Masjid yang boleh menampung kira-kira 5,000 jemaah itu dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar telah dibeli dan diwakafkan oleh Abd. Rashid untuk kegunaan umat Islam. Dua lagi masjid yang dibina beliau adalah Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi. Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain 2 di Seremban.
Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat
Korang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD. Rashid bin Hussain, nak cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.
Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara. Haa masjid ni beliau yang sumbangkan.
Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.
Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”. Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.
Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba2 nya☝🏻
Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang dtg beribadat pada beliau dan ramai org dapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini.
Kita yang tak kaya dunia ni tak nk usaha kaya akhirat ?
Sembahyang pun malas malas …. Saya lah ni.(Amar Sufi Ali)
P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.
Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang datang beribadat pada beliau dan ramai orang dapat manfaat dari Rumah-Rumah Allah di dunia ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dapat dinafikan bila kita meletakkan pengharapan pada manusia selalu buatkan kita rasa kecewa. Oleh itu letakkan lah sepenuh pengharapan kepadaNya yang Maha Berkuasa. Malah ingatlah pertolongan Allah itu sentiasa dekat bagi hambanya yang meminta.
Di sini dikongsikan bagaimana kita dapat sentiasa berikhtiar untuk mendirikan solat untuk memohon pertolongan dengan Allah yang dikongsikan oleh Dzuriasikim Dzulkefli
TIPS AGAR KITA SENTIASA BERIKHTIAR UNTUK SOLAT.
1. Samada solat sunat Tahajjud, hajat atau solat wajib serta yang lain-lain… anggaplah ia sebagai salah satu ikhtiar atau jalan terbaik (dan yang paling “dekat”) untuk memohon pertolongan dari Allah. Ingatlah pertolongan Allah itu sentiasa dekat bagi hambaNya yang meminta.
2. Setiap kali terjaga malam atau selagi kita masih mampu bersolat, anggaplah ia sebagai peluang yang paling akhir (sebelum ajal) buat kita melakukan ibadah di dunia yang sementara ini.
3. Ingatkan diri selalu bahawa doa dalam Tahajjud itu adalah umpama anak panah yang tidak akan pernah tersasar dari sasarannya.
4. Adalah sangat rugi jika kita rajin merayu dengan manusia tetapi sangat sedikit merayu kepada Allah sedang hati setiap manusia itu adalah milik Allah.
5. Adalah sangat rugi jika kita tiada halangan untuk beribadah, masih bernyawa, tidak sakit, tidak ada sebarang kekangan tetapi bermalas-malasan untuk menunaikan solat kerana setiap waktu itu tidak akan dapat kita putar kembali.
7. Bayangkan betapa banyaknya mereka yang sudah pergi sangat berkeinginan untuk kembali ke dunia (walaupun hanya sebentar) untuk bersedekah dan beribadah sahaja dan tidak memikirkan hal-hal yang lain sedangkan kita yang hidup tidak memikirkan hal mati.
8. Selalu ingatkan diri bahawa dunia ini hanyalah sementara.
Dunia ini hanyalah sementara.
Dunia ini hanyalah sementara.
Segala kebahagiaan kita, keluarga kita, pasangan kita, hujan, panas, matahari, bulan, bintang… serta airmata mu adalah pinjaman yang tidak ada satu pun yang akan kekal.
Membayangkan kalau menanam sepokok dua pokok buah-buahan tentu seronok rasanya bila berbuah lebat pada musimnya. Dapatlah dinikmati bersama keluarga dan boleh juga disedekahkan pada jiran-jiran.
Pun begitu andai ada yang menanam pokok durian, diakui tempuh masa untuk menunggu pokok berbuah buat kali pertama mengambil masa yang lama hingga lebih daripada 10 tahun.
Malah ada yang lebih lama daripada tempuh itu namun tetap sabar dan disarankan jangan sesekali berasa hampa.
Ini sebagaimana perkongsian Cikwan Redzuan Jelani, penantian untuknya menikmati buah durian daripada pokok yang ditanaman mengambil masa hampir 30 tahun.
Menurutnya dia menanam pokok tersebut daripada biji benih dan pokok tersebut tidak pernah sekali pun berbuah hinggalah dia mempraktikkan beberapa cara dan petua lama untuk membantu pokok tersebut berbuah.
Hasilnya memang menjadi!
Tips & Petua Supaya Pokok Durian Berbuah
Buah sulung, penantian hampir 30 tahun, tanam dari biji.
Tip 1 : Kelar Batang Pokok
Caranya kelarkan kulit batang…tapi jangan sampai putus semua…tinggalkan dalam anggaran 2_3 inci kulit pokok yang bersambung….kelar semua nanti pokok mati….kulit pokok yang bawak nutrien dari akar ke dahan dan ranting.
Tip 2 : Baja garam
Durian ni saya tanam kat kawasan tanah gambut. Berkemungkinan tanah ada unsur asid yang tinggi. Jadi untuk neutralkan asid itu saya beli garam kasar seguni. Tabur 5 kaki jarak dari pangkal ke kawasan keliling pokok. Dalamkan parit sempadan, akar durian dia tak boleh dekat dengan kawasan yang air bertakung…nanti tunjangnya busuk…hujung pokok mati… Tip dari bilik sebelah geng tanam durian.
Tip 3 : Baja protein
Campuran telur +vitagen yang diperam dalam suhu bilik semalam saya sembur dekat akar durian yang timbul….seminggu sekali kalau sempat.
Tip 3 : Baja buah
Beli 2 kilo baja buah dekat kedai baja. Tanam dalam jarak 4 kaki dari pangkal pokok. Buat 2 lubang dan setiap lubang letak 1 kg. Berulang 3 bulan sekali tapi berubah tempat. Ni belum sempat masuk kali yang ke 4 dah berbuah. Last baja kali yang ke 3 haritu…
Tip 4 : Cakap dengan pokok
Masa buat semua proses dekat atas tu…saya membebel dengan pokok. “Sudah buat macam-macam ni…segala tip petua pun dah! Kalau tak berbuah juga kali ni, tahun 2021 kena tebang”.
Awal tahun 2021 buah dah gugur…. Bila berbunga pun tak tahu sebab saya bekerja. Tak ada masa sangat jenguk kebun. Cuma masa baja tu saya tick dekat kalendar! Yang bagi tahu pokok ni berbuah pun..orang yang kait buah sawit.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...