Dianggap Takut Bini, Cara Jep Elak Bersentuhan Ketika Kerja Raih Pujian Ramai!

Share

Lawak yang bersahaja dari pelawak popular Jep Sepahtu sememangnya menjadi tumpuan orang ramai dalam rancangan Sepahtu Reunion Live. Memiliki bakat lawak yang semulajadi, Jep sememangnya tak perlu ‘try hard’ nak buat lawak, tengok dirinya sahaja boleh membuatkan orang ketawa.

Selain dari bakatnya itu, perkara lain yang berjaya mencuri hati tumpuan pada Jep adalah caranya menjaga batas dari bersentuhan dengan rakan selebriti berlainan jantina. Walaupun dia sering menggunakan alasan ‘takut bini’ tetapi ramai yang menganggap itu hanyalah caranya mengelakkan diri dari melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang lain.

Buktinya, baru-baru ini tular satu video kompilasi gelagat Jep di laman Tiktok milik @anakpokyi ketika berlakon dalam Sepahtu Reunion Live di mana dia sedaya upaya menjaga batas pergaulannya dari dulu hingga ke musim baru ini.

@anakpokyi Suami Mithali. 💕. #fyp #foryoupage #jeptapan #jepsepahtu #sepahtureunion #lawak #xyzbca ♬ Buah Hati – Armada

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memuji tindakan Jep yang cuba menjaga hati dan perasaan isterinya, Sari Yanti. Dalam masa yang sama, netizen menganggap Jep antara contoh terbaik yang boleh diikuti oleh pelawak lain semasa melakonkan sketsa lawak.

Sumber : @anakpokyi

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini