Diana Danielle Luah Rasa Syukur Farid Kamil Pandai Santuni Anak-Anak. Deep!

Share

Suka duka pahit manis ada lah rencah dalam sebuah rumahtangga. Biarpun dilanda pelbagai kontroversi, pasangan muda tetap teguh dengan dugaan yang melanda perkahwinan mereka.

Sebagaimana perkongsian pelakon Datin Diana Danielle, melalui coretannya meluahkan isi hatinya bahawa bersyukur mempunyai suami seperti Datuk Farid Kamil yang sentiasa pandai santuni anak-anak.

Ikuti perkongsiannya.

ITULAH TAKDIR KEHIDUPAN 

“D akan selalu dalam diam terharu dgn hubungan Aurora & Babah sbb dulu D sekejap sangat rasa kasih sayang seorang Ayah. Itulah takdir, itulah kehidupan.

Saya syukur ibu saya masih hidup, dia yg korbankan segalanya utk saya, dia peneman, dialah pembimbing.

dan saya syukur saya ada suami yg sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya.

Mereka dapat rasa gomolan seorang Ayah, teguran, kasih sayang.

 

DOAKAN AGAR ANAK-ANAK HARGAI HUBUNGAN ERAT KEKELUARGAAN

Masa akan berlalu dgn pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti. No matter what, until this day I always pray for my dad, just cause he is my dad. 

Instagram: dianadanielleb