“Dia Yang Peluk, Kita Yang Nangis” Video Alif Satar Sambut Ibu Ayah Pulang Tunai Haji Bikin Sebak!

Share

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya selamat tiba di Tanah Air selepas selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci .

Berita ini dikongsikan oleh Alif sendiri di satu entri terbaru di laman Instagramnya.

Paling menyentuh hati, dalam video pendek berdurasi 39 saat itu merakamkan Alif meluru ke arah ibunya sebaik sahaja mereka bertemu.

Alif kemudiaannya memeluk erat ibunya sebelum mencium ibunya dengan penuh kasih sayang.

“Ada hamba Allah berikan video ini pada saya. Terima kasih kerana merakamkan momen ini.

“Semalam Alif sambut mama ayah balik dari Tanah Haram. syukur kedua-duanya pulang dengan selamat.

“Buat semua jemaah haji yang baru pulang, semoga Allah S.W.T menerima segala ibadah mu, semoga Allah besarkan pahala mu dan semoga Allah ganti dan gandakan apa yang telah kau belanjakan. Ameen,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati melihat video tersebut. Malah, ada yang meluahkan rasa kerinduan terhadap ibu ayah selepas melihat video tersebut.

Sumber : Instagram Alif Satar