
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya selamat tiba di Tanah Air selepas selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci .
Berita ini dikongsikan oleh Alif sendiri di satu entri terbaru di laman Instagramnya.
Paling menyentuh hati, dalam video pendek berdurasi 39 saat itu merakamkan Alif meluru ke arah ibunya sebaik sahaja mereka bertemu.
Alif kemudiaannya memeluk erat ibunya sebelum mencium ibunya dengan penuh kasih sayang.
“Ada hamba Allah berikan video ini pada saya. Terima kasih kerana merakamkan momen ini.
“Semalam Alif sambut mama ayah balik dari Tanah Haram. syukur kedua-duanya pulang dengan selamat.
“Buat semua jemaah haji yang baru pulang, semoga Allah S.W.T menerima segala ibadah mu, semoga Allah besarkan pahala mu dan semoga Allah ganti dan gandakan apa yang telah kau belanjakan. Ameen,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati melihat video tersebut. Malah, ada yang meluahkan rasa kerinduan terhadap ibu ayah selepas melihat video tersebut.
Sumber : Instagram Alif Satar
Tepuk Bahu Nampak Mudah Tapi Impaknya Besar. Itulah Sentuhan Magik Jika Ibu Bapa Nak Minta Anak Bantu Kerja Di Rumah

Mendidik anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Apatah lgai di zaman yang serba mencabar ini. Kalau ibu bapa zaman dahulu, belum terdedah dengan teknologi seperti mana sekarang, anak-anak mudah mengikut kata.
Malah, anak-anak dahulu pantang nampak rotan, semuanya menikus. Tetapi kini sudah berbeza. Namun, tidak bermakna ibu bapa lepas tangan dalam mendidik anak-anak. Kena bijak mengambil hati mereka dan dalam masa yang sama, anak-anak tetap hormat dan mendengar kata.
Saudara Ammar Kamilin berkongsi teknik jika mahu meminta anak-anak untuk membantu kerja-kerja di rumah.
Ada satu perbuatan kecil yang jika diamalkan, ada kesan besar dalam mendidik anak-anak.
Kita mungkin sudah mengamalkannya, tetapi tak perasan itu adalah amalan yang baik.
Atau, jika belum, saya ceritakan pagi ni.
Saya panggil teknik ini, ‘sentuhan pengaruh’.
Ada dalam beberapa hadith menunjukkan Nabi Muhammad sendiri mengamalkan perbuatan ini bagi tujuan mendidik sahabat.
Apabila kita mahu meminta anak-anak untuk membantu kerja-kerja di rumah. Selalunya, kita mungkin memanggil dan memberi arahan terus kepada mereka.
Mulai hari ini, tambah baik cara itu dengan teknik ‘sentuhan pengaruh’.
1. Panggil anak.
2. Apabila dia sudah di depan kita, pegang tangannya atau tepuk dan lekat terus tangan kita di bahu mereka.
3. Pandang wajah mereka, berikan arahan, “Iman, tolong abah vakum rumah ya.”
4. Selepas mereka angguk, lepaskan sentuhan.
Teknik ‘sentuhan pengaruh’ digunakan dalam langkah ke-2.
Dalam kelam kabut, banyak perkara nak diselesaikan di rumah, biasanya arahan hanya diberi melalui jeritan jarak jauh.
Cara begitu, mudah dianggap sebagai ‘paksaan’.
*****
Sama seperti kita di pejabat.
Hari ini semakin teruk. Arahan dikeluarkan hanya melalui whatsapp. Tiada lagi ‘mutual respect’ seperti dulu.
Saya ingat, awal bekerja tahun 2000 dulu. Setiap kali ada tugas baru, pegawai atasan saya ketika itu akan panggil dan tepuk di bahu sambil berkata, “Eh, kita ada task baru ni. Awak tolong saya boleh?”
Perbuatan tepuk bahu itu mudah.
Tapi, bukan semua orang boleh buat.
Bagi saya, sentuhan itu magik.
Seorang yang tinggi levelnya, sentuh kita.
It’s something!
Susah sangat nak faham, bayangkan Tun M lalu depan kita dan bersalam. Tak cukup itu, tiba-tiba dia tepuk bahu kita!
Wow, imagine that. Coat yang dipakai tu, confirm masuk frame, gantung di rumah.
*****
Perasaan sama ada pada anak-anak.
Apabila ibu bapa meminta bantuan, sambil sentuh mereka. Itu sangat besar.
Sentuhan seperti tepuk bahu, tekap tapak tangan ke dada, pegang pipi, itu semua magik. Perbuatan mudah, tapi impaknya besar.
*****
Ok, sikit lagi ya. Nak reveal rahsia orang berpengaruh.
Apabila kita bersalaman, mereka akan sentuh lengan atau siku kita. Cuba perhati selepas ni.
Nampak macam benda biasa.
Itu adalah tanda, dia sedang sentuh ‘butang akrab’ kita.
Jika kita rasa selesa, itu tanda dia boleh masuk atau ngam dengan kita.
Dapat sesuatu?
Jangan lupa praktis pada anak.
Sebaiknya, sejak kecil ni.
Insya Allah, hati mereka mudah ditakluki.
Suami Ummi Nazeera, Bincang Penggunaan Puting Pada Anak. Menarik Info Perkongsiannya!

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani , 30, berkongsi info mengenai penggunaan puting di laman instagramnya.
Petikan seperti berikut:
View this post on InstagramA post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on
Petua Agar Suami Makin Mencintai Isteri Supaya Hubungan Makin Intim

Kebanyakan isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suaminya. Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami isteri.
Tetapi patut direnungkan, bahwa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Apa ertinya ini?
Ya, ertinya adalah bahawa cinta memerlukan usaha! Jika ingin suami selalu cinta kepada Anda, Anda tidak boleh hanya diam dan berkata, “Alaa, dia kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya ! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?”
Jangan beranggapan begitu! Cinta dan hubungan intim suami harus disirami sentiasa agar sentiasa manis dan kekal. Ikuti panduan bagaimana untuk menambahkan cinta suami supaya makin intim.
Lima Saranan Agar Suami Selalu Cinta
1) Berusaha dengan tulus dan ikhlas ‘menyerahkan hidupnya’ untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. “Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga.” (HR al-Bazzar).
Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapapun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.
2) Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. “Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah” (HR Thabrani).
3) Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Bila anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri anda. “Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya.” (HR Ibnu Majah).
Oleh itu apapun yang bergejolak dihati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami anda. “Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, “Janganlah engkau sakiti dia, Allah membencimu. Sesungguhnya dia disisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami.” (HR Ahmad).
Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Disaat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.
4) Berusaha untuk menjadi partner yang menyenangkan di kamar tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif meski kepada suaminya sendiri. Ini kerana adanya anggapan bahawa perempuan yang agresif dianggap murahan dan tidak terhormat. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang bersikap agresif kepada suaminya sendiri.
5) Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan Anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk Anda!