Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sekelipi mata kehidupan mereka sekeluarga berubah. Isteri tercinta yang sama-sama melayari alam rumah tangga kini ibarat ‘orang asing’.
Tragedi kemalangan yang menimpa mereka baru-baru ini menyebabkan isterinya hilang ingatan.
Menurut Imam Baydowi Sumardi, 32, isterinya berubah sejak kemalangan itu kerana berlaku pendarahan dalam kepala yang menyebabkan tempurung kepala terpaksa dibuka.
“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter.
Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu,” demikian luahan Imam Baydowi suami kepada Nur Hana Ismail, 27, yang hiIang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 Ogos lalu.
“Empat anak dan anak saudara yang berusia 6 tahun, ibu mentua berusia 61 yang tinggal bersama, ada tolong menjaga. Manakala adik ipar saya seorang yang bekerja buat masa ini.
Menurut Imam Baydowi, keadaan isterinya hari ini, menunjukkan peningkatan apabila memanggilnya dengan panggilan ‘abah’.
“Memang tidak sama perwatakan isteri yang dahulunya periang, ceria dan lemah lembut. Sejak kejadian yang menimpa keluarga saya ini menjadi tular, Alhamdulillah bantuan yang diterima sangat membantu keluarga. Segala barang keperluan makanan serta keperluan mencukupi.
“Alhamdulillah sumbangan mencukupi. Saya harapkan rakyat Malaysia mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya,” katanya.
Sumber: Imam Baydowi & Harian Metro