Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sekelipi mata kehidupan mereka sekeluarga berubah. Isteri tercinta yang sama-sama melayari alam rumah tangga kini ibarat ‘orang asing’.
Tragedi kemalangan yang menimpa mereka baru-baru ini menyebabkan isterinya hilang ingatan.
Menurut Imam Baydowi Sumardi, 32, isterinya berubah sejak kemalangan itu kerana berlaku pendarahan dalam kepala yang menyebabkan tempurung kepala terpaksa dibuka. “Mohon semua doakan isteri saya supaya sihat semula. Kami berdua terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur dan makanan dengan menaiki motosikal di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.
Ads
“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter.
Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu,” demikian luahan Imam Baydowi suami kepada Nur Hana Ismail, 27, yang hiIang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 Ogos lalu. Imam Baydowi yang bekerja sebagai penghantar barang berkata, sejak kemalangan itu, dia tidak bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri.
Ads
“Empat anak dan anak saudara yang berusia 6 tahun, ibu mentua berusia 61 yang tinggal bersama, ada tolong menjaga. Manakala adik ipar saya seorang yang bekerja buat masa ini. “Keadaan isteri memang berubah 100 peratus, tidak sama seperti dahulu. Dia tidak ingat saya, anak kami yang berusia antara setahun hingga 7 tahun dan ibunya sendiri. Malah isteri juga bersifat agresif sehingga ada kala terpaksa mengikat tangannya kerana cuba beberapa kali mencabut tiub di leher dan hidung,” katanya lagi.
Menurut Imam Baydowi, keadaan isterinya hari ini, menunjukkan peningkatan apabila memanggilnya dengan panggilan ‘abah’. “Malah, Nur Hana juga menunjukkan respon untuk duduk. Alhamdulillah hari ini ada respon yang bagus daripada isteri. Tetapi dia semakin agresif dengan cuma menggigit diri sendiri dan juga saya. “Memang tidak sama perwatakan isteri yang dahulunya periang, ceria dan lemah lembut. Sejak kejadian yang menimpa keluarga saya ini menjadi tular, Alhamdulillah bantuan yang diterima sangat membantu keluarga. Segala barang keperluan makanan serta keperluan mencukupi. “Keluarga saya juga dapat kunjungan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan jiran yang turut menyumbang katil hospital serta kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan isteri saya,” katanya. Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full ada melawat bersama NGO serta memberi sumbangan kepada mereka sekeluarga, semalam.
Ads
“Alhamdulillah sumbangan mencukupi. Saya harapkan rakyat Malaysia mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya,” katanya.
Bukan semua pandai menjahit apatah lagi ia memerlukan minat untuk dilakukan bahkan memerlukan ketelitian dan kesabaran.
Namun jangan jadikan itu sebagai penghalang dan bolehlah dicuba menghasilkan jahitan yang ringkas dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Pn Haslina untuk membuat bahagian tangan baju bergetah.
Ini perkongsiannya.
Tutorial Lengan Getah
Sambil2 dok menjait lengan blouse saya nak share cara jahit getah di hujung lengan.. Banyak cara lain sebenarnya tp ni salah satu cara paling mudah dan kemas..
Cara-caranya :
Sediakan getah mengikut keselesaan lengan masing-masing. Contoh macam hujung lengan saya 6.5″ jadi panjang getah saya potong 8″ ..ukuran hujung lengan pada kain 14″
Jahit getah pada ke dua-dua hujung kain pada bahagian lengan tersebut.
Letakkan getah pada permukaan kain sebelah dalam ye, bukan sebelah luar/cantik. Benamkan jarum pada hujung getah, kemudian tarik getah tersebut sebelum menjahit.
P/s : untuk jahit getah di lengan saya suka pakai tapak tinggi rendah.
Rupanya akan jadi begini selepas menjahit getah di atas kain.
Kemudian lipat/gulung hujung lengan untuk menutup getah (2 kali lipat/gulung)
Ok kat sini fungsinya tapak tinggi rendah tu. Letak kedudukan kain seperti dalam gambar.. jahitan akan lebih sekata @ sama bila pakai tapak ni.. tapi kalau pakai tapak biasa pun ok..
Benamkan mata jarum dulu sebelum jahit. Bagi mengelakkn jarum patah.. kemudian tarik getah.
Sambil tarik getah tu bolehlah jahit seperti biasa.
Selesai jahit getah boleh la jahit cantum then jahit tepi or jahit tepi baru cantum
lengan tu.. ikut suka la mana-mana yang mudah.
Memasak antara aktiviti yang menyeronokkan, apa lagi bila hasil yang dimasak menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Namun, kadang kala ada benda yang menyebabkan proses memasak tergendala atau mengambil masa yang lama. Misalnya memasak daging, kalau tak kena caranya gdaging menjadi liat dan tidak sedap dikunyah.
Nah, admin kongsikan beberapa petua mudah melembutkan daging. Petua ini dimuat naik oleh puan Awatif Osman. Selamat mencuba!
5 PETUA MUDAH LEMBUTKAN DAGING
===========================
Tips ni saya dapat dari orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang sakit kepala nak lembutkan daging. Ada juga chef yang bagi petua.
Ada yang guna no 1 tak jadi, dia guna no 2. Ikut mana yang kita selesa ye.
Potong daging lawan urat.
Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.
Rebus daging sambil tutup periuk.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk. Dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.
Rebus bersama kurma
Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
Rebus bersama nenas
Nenas kan ‘tajam?’ Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan? Hihi.
Rendam bersama soda bikarbonat.
Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.
Ada juga bagi petua masukkan sudu besi sewaktu merebus. Atau gula-gula hacks. Hihi. Boleh juga cuba. Mana tau jadi, kan?
Silakan #share. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isteri tu sumber rezeki suami. Jika baik layanan pada isteri, murah lah rezeki suami. Dengan membahagiakan mereka, rezeki akan terus mengejar suami. Oleh itu, jika isteri minta sesuatu jangan terus kata, tidak mampu atau tidak boleh, tetapi usahakan untuk mendapatkan. Bagaimanapun jangan berjanji takut nanti akan dituntut pula sehingga jadi perselisihan faham.
Isteri pula sudah tentu tidak akan meminta diluar kemampuan suami. Jadi, suami jangan kedekut untuk membahagiakan isteri. Penuhi permintaan jika ia tidak membebankan walaupun ia mengambil masa yang agak lama. Begitulah yang dinyatakan oleh saudara, Firdaus Shakirin mengenai sikap suami yang seharusnya memberi layanan yang baik termasuk memenuhi permintaan isteri.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Gambar hiasan
Bila isteri minta sesuatu, jangan kata “TAK BOLEH” lagi…Usaha dulu, tapi JANGAN JANJI.
Sebab bila berjanji, dia akan berharap…bila dia berharap, klu dia tak dpt, dia akan kecewa.
“Hari tu abg kata nak beli…dah 3 bulan ni, tak beli-beli lagi pun.”
Kita pulak nak marah bila dgr dia cakap macam ni…
TUNAIKAN PERMINTAAN ISTERI
Sentiasa tanam nawaitu utk cuba tunaikan permintaan isteri sbb apa yg dia minta tu bukanlah sesuatu yg mustahil utk kita tunaikan…ianya juga mengikut kemampuan kita…jarang2 sekali mereka nak minta sesuatu diluar kemampuan pasangan mereka…
Mereka pun masih waras dan boleh berfikir dengan baik…Takkanlah mereka nak membebankan dan menyusahkan pasangan mereka.
“Nanti abg akan usahakan…bulan depan kita beli…tunggu bonus ujung tahun, baru abang belikan…”
Bila kita cuba penuhi permintaan isteri, insyaAllah Allah s.w.t akan buka pintu rezeki kita sebagai suami dan mudahkan urusan kita…niat kita baik…boleh jadi apa yang isteri mintak tu, adalah sesuatu yang boleh memudahkan urusan dia…
Bila kita mudahkan urusan isteri, Allah s.w.t akan mudahkan urusan kita.
Simple ja formula yg Allah dah bagi kat hamba-hambaNya…mudahkan urusan org, Dia mudahkan urusan kita, bwk org kluar drpd kesulitan, Dia akan bwk kita kluar dr kesulitan…
Buat baik dibalas baik…
Buang batu atau kayu yg menghalang atau memudaratkan org lain pun pahalanya besar apatah lagi menunaikan permintaan mereka yg berada dibawah tanggungan kita…
Sebaik2 sedekah kan pd ahli keluarga kita sendiri…? Maka anggap setiap pemberian kita kpd ahli keluarga kita tu sebagai satu bentuk sedekah…
Sedekah ini adalah antara 3 amalan yg tidak akan terputus pahalanya walaupun kita dah MENINGGAL DUNIA…
Jgn berkata TIDAK lagi pada sesuatu yg diminta isteri, tapi usahakanlah dahulu walaupun kena menyimpan setiap bulan…
InsyaAllah, mesti Allah akan bagi jalan utk kita tunaikan.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.